You Follow Me, I Follow You

Thursday, December 30, 2010

Indonesia Juara AFF Suzuki 2010

Salam 1 Malaysia..
Tahniah kepada Indonesia yang jadi juara piala Suzuki 2010. kah kah kah
Mimpi je la Indonesia oi. MALAYSIA BOLEH!! Sekalung tahniah dan syabas kepada barisan pemain muda Malaysia yang telah menunjukkan peningkatan dalam sukan bola sepak. Malaysia juara piala AFF suzuki 2010, bukan seperti tajuk di atas. kah kah kah

Seluruh rakyat Malaysia rata-ratanya berbangga dengan kejayaan sulung ini dan membangkitkan semangat cinta akan negara. Jika dilihat melalui perlawanan pertama peringkat kumpulan, Malaysia memulakan misi dengan kejutan apabila ditewaskan oleh tuan rumah Indonesia dengan jaringan 5-1. Bak kata bijak pandai, kita belajar dari kesilapan. Pada perlawanan seterusnya Malaysia mula menunjukkan kematangan dalam permainan apabila berjaya menumpaskan juara bertahan Vietnam dengan 2-0 pada perlawanan pertama di Bukit Jalil dan seri pada perlawanan kedua di Vietnam.


Kesungguhan skuad Harimau Malaya ini akhirnya berjaya mengukir sejarah apabila berjaya menjulang piala AFF suzuki buat kali pertama selepas 17 tahun edisi kejohanan berlangsung. Kejuaraan ini juga merupakan hasil kebolehan anak tempatan tanpa memerlukan jurulatih mahupun pemain yang diimport. kah kah kah

                           * Barisan skuad Harimau Malaya..

Ini baru lah asli dan original. Walaupun pelbagai adu domba dari pihak Indonesia, semua itu tidak dipeduikan. Semangat Malaysia boleh yang membara di jiwa pemain membuatkan mereka bersungguh2 ingin memcapai kejayaan ini. Ini adalah kejayaan untuk Malaysia dan rakyat Malaysia. Kejuaraan AFF Suzuki Cup 2010 menjadi milik Malaysia setelah berjaya mengalahkan skuad Garuda dengan agregat 4-2. Tahniah juga kepada striker berbisa negara, Safee Sali yang menjadi top score pada edisi kali ini.

 * Laluan Malaysia ke final..

 * Safee penjaring terbanyak, 5 gol..
Pada pendapat aku, kejayaan ini biarlah berterusan dan harapan agar kegemilangan bola sepak Malaysia pada era 70 & 80an dapat dikembalikan. Jangan lupa, pembangunan bola sepak Malaysia juga harus diperkemaskan lagi bagi menggilap bakat-bakat anak muda tempatan. Siapa tahu mungkin Malaysia boleh pergi jauh ke hadapan dengan menyertai World Cup 2014 nanti.. hehe

Tidak lupa juga kepada para penyokong, syabas dan tahniah. Kewujudan Ultras Malaya mewarnai semangat para penyokong. Perlu diingatkan, kalah atau menang, hujan atau panas, kita sebagai penyokong perlu berdiri dibelakang skuad Harimau Malaya dengan melaungkan kata-kata semangat.

Sepanjang berlangsungnya kejohanan piala konfederasi Asean ini, terserlah bakat serta kegigihan team Malaysia. Corak permainan juga kian matang cuma perlu juga diperbaiki beberapa kelemahan yang ada. Aku dan juga seluruh pendukung skuad Harimau Malaya ingin menyatakan kesetiaan kepada timnas Malaysia.

* Malaysia juara AFF Suzuki Cup edisi 2010..

Kewibawaan jurulatih K. Rajagobal telah meletakkan prestasi pasukan Harimau Malaya ke satu tahap yang berbeza berbanding tahun-tahun sebelum ini. Semoga ianya membuahkan sesuatu yang lebih positif dan menjadi pemangkin kepada kejayaan yang seterusnya.

Syabas skuad Harimau Malaya!!

Indonesia juara dalam mimpi je lah.. kah kah kah

Sunday, December 19, 2010

Setelah lama berehat, kini menulis semula

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih..

Setelah sekian lama aktiviti menulis di blog dihentikan, kini aku tampil dengan entri yang baru. Harapan tinggi menggunung untuk memperbaiki tulisan dan memperkayakan gaya persembahan di blog. Sebelum itu, jutaan maaf di pohon kepada semua kerana operasi di blog tidak berjalan seperti biasa kerana mempersiapkan diri dengan peperiksaan (STPM 2010). Jika ada sebarang maklumat yang diperlukan, boleh berhubung terus dengan aku di Facebook.

Menulis semula blog setelah sekian lama berehat bukan suatu benda yang mudah. Kelincahan pegerakan jejari kini tidak secergas dahulu. Kehadiran idea juga terhad kerana kuang alert dengan perkembangan semasa, teruk betul..haha

Syabas juga kepada penulis2 blog yang masih segar hingga sekarang. Blog aku nie bukan saja tak segar malah bersawang bersepah dan segalanya. Nak menulis nie bukan senang, bukan hanya catatan kosong yang tak da apa-apa makna..haha

Kecanggihan teknologi zaman sekarang, memudahkan sesiapa saja mengakses internet. Dari usia semuda 3 tahun hingga ke 300 tahun (moyang) untuk menggunakan kelebihan daripada pembangunan sains dan teknologi ini. Limpahan pengguna sebegini mempamerkan pelbagai sikap dan telatah mereka. Lihat saja di laman facebook, bermacam-macam gelagat mereka.

Aktiviti blogger (penulisan maya) kini menjadi satu alternatif kepada individu untuk berkongsi maklumat dan informasi kepada segenap masyarakat. Kita dapat lihat suasana alam maya diwarnai pelbagai aplikasi-aplikasi yang mampu menyebarkan maklumat secara meluas seperti facebook, twitter, blogspot dan lain-lain lagi. 

Namun begitu, alam maya (internet) nie ada pro dan kontranya. Di sini aku nak tegaskan, blog aku pada entri akan datang tidak akan dipengaruhi oleh mana-mana ideologi politik. Farhan Azis|Blogspot merupakan blog peribadi dan isu-isu yang aku utarakan hanya pendapat peribadi aku.

Kepada rakan follower, terima kasih kerana terus menyokong blog aku. Teruskan hantar komen, kerana aku akan publish semua komen hampa. Rakan-rakan blogger, selamat menulis.