You Follow Me, I Follow You

Thursday, October 8, 2009

..: Pilihanraya SMKAr :..

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan blogger dan juga pengunjung blog yang budiman..
Merujuk tajuk di atas, jelas la bahawa akan diadakan pilihanraya sekolah bertujuan memilih ketua pegawas merangkap ketua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Arau bagi sesi 2009/2010..
Tarikh sebenar berkempen dan juga hari membuang undi belum lagi ditetapkan oleh pihak sekolah.. Senarai calon yang bertanding sudah pun ada dan sudah diberitahu pada calon2 tersebut.. Seramai 6 orang yang bakal bertanding dan merebut jawatan tersebut.. 3 orang lelaki dan juga 3 orang perempuan terdiri daripada pelajar Lower 6 dari fakulti perniagaan dan juga fakulti ekonomi.. Calon2 dikehendaki menyediakan teks ucapan dan akan disampaikan pada hari berkempen yang akan dihadiri oleh semua warga SMKAr..
Krew media sempat menemu bual salah seorang calon yang tercalon:



Nama: Mohd Farhan bin Azis
Umur: 18 tahun
Tarikh lahir: 30 April 1991
Tempat kelahiran: Perlis
Taraf pendidikan: Sekolah Rendah Islam 1 Abi Tok Hashim, SMA Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah Arau, SMK Arau (2008-sekarang)
Pencapaian akademik: UPSR 2003, PMR 2006, SPM 2008
Pencapaian kokurikulum: Kadet bomba, kelab catur, AJK kelab bimbingan kaunseling dan ketua tingkatan
Hobi: Menulis dan membaca
Cita-cita: Peguam, penganalisis politik, ahli politik
Fakta: Selama bersekolah, x pernah jadi pengawas..ha3



Krew
media: Assalamualaikum.. Pa habaq?

Farhan A: Waalaikumsalam.. Habaq baik.. Terima kasih kerana sudi menemu bual saya..

Krew media: Sama2 kasih..he3.. Berbalik pada topik hangat kita, apakah perasaan anda setelah diumumkan sebagai calon ketua pengawas??

Farhan A: Alhamdulillah segala puji bagi Allah di atas pencalonan saya pada tahun ini.. Buat julung kalinya dalam sejarah saya dipilih untuk bertanding merebut jawatan ketua pengawas merangkap ketua pelajar..

Krew media: Syukur.. Bagaimana anda melihat calon2 yang turut terpilih bagi menentang anda? Bagaimana persiapan anda bagi menghadapi pilihanraya ini??

Farhan A: em.. Saya melihat dari segi profile kelima-lima calon yang lain agak hebat dan saya jangkakan akan wujud persaingan sengit antara semua calon.. Dari segi persiapan, saya akan menyediakan teks ucapan serta manifesto saya dan juga saya akan bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan.. Menang kalah adat pertandingan..

Krew media: Apakah kandungan teks ucapan dan manifesto anda??

Farhan A: Itu belum saya fikirkan lagi.. No komen laaa..

Krew media: Pada pandangan peribadi anda, apakah pendapat anda mengenai pilihanraya ini??

Farhan A: Bagi pendapat saya, pilihan raya ini adalah untuk mengasah bakat kepimpinan para pelajar kerana adalah tidak adil bagi pelajar jika bakat memimpin tidak diserlahkan di samping kita mahu mengenal pasti kewibawaan pelajar.. Pilihan raya ini juga adalah salah satu daripada usaha untuk mendedahkan pelajar tentang proses pilihan raya yang sering dibaca oleh pelajar dalam mata pelajaran sejarah di samping merasai sendiri amalan demokrasi sebenar..

Krew media: Apakah harapan anda dalam pilihanraya kali ini??

Farhan A: Harapan saya, semoga pilihanraya ini akan berlangsung dengan baik.. Jika saya menang, saya akan membantu sekolah dalam mencapai Visi dan Misi sekolah..

Krew media: Terima kasih nah sebab sudi meluangkan masa dengan kami, Krew media.. Semoga anda beroleh kejayaan..he3

Farhan A: sama2..

Laporan mengenai pilihanraya SMKAr akan dilaporkan dari masa ke semasa.. Semoga pilihanraya ini berlangsung dalam keadaan amat damai tanpa sebarang provokasi..ha3
Moga2 x dak la pengundi hantu.. Emm undi hanya melalui peti undi yang akan disediakan.. Sebarang undian sms, undi pos x akan dilayan..hi3
Semoga berjayaaa..

Monday, October 5, 2009

Aku dekat, Kau dekat..

Kita selalu bertanya dan al Quran sudah menjawabnya..

Kita Bertanya: Mengapa aku diuji?

Al Quran menjawab: "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan, "Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta." Surah al-Ankabut, ayat2-3

Kita bertanya: Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?

Al Quran menjawab: "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." Surah al-Baqarah, ayat 216

Kita bertanya: Kenapa ujian seberat ini?

Al Quran menjawab: "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." Surah al-Baqarah, ayat 286

Kita bertanya: Bagaimana harus aku menghadapinya?

Al Quran menjawab: "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk." Surah al-Baqarah, ayat 45

Kita bertanya: Kepada siapa aku berharap?

Al Quran menjawab: "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada tuhan selain daripada Nya. Hanya kepada Nya aku bertawakal." Surah at-Taubah, ayat 129

Kita bertanya: Apa yang aku dapat daripada semua ujian ini?

Al Quran menjawab: "Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka." Surah at-Taubah, ayat 111

Kita berkata: Aku tidak tahan!

Al Quran menjawab: "...dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." Surah Yusuf, ayat 12

Kita berkata: Sampai bila aku akan merana begini?

Al Quran menjawab: "Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan." Surah al-Insyirah, ayat 5-6

Wallahua'alam..

Sunday, October 4, 2009

Delete

Saturday, October 3, 2009

Delete

Thursday, October 1, 2009

.::September Sudah Berlalu::.

Kini Oktober muncul lagi.. Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang yang memberikan kita nikmat hidup sampai sekarang.. September sudah pun berlalu, kini tiba giliran Oktober yang akan mencoretkan hari2 kita samaada suka ataupun duka..
Sepanjang bulan September yang aku lalui, banyak perkara best dan x berapa best.. Orang slalu kata, kita belajar dari kesilapan.. So, Oktober nie aku harap aku dapat ubah dan pebaiki apa yang silap atau kurang.. Bulan Oktober nie aku x tahu apa yang akan terjadi.. Gembira atau sedih??
Adakah umur aku panjang? Hanya kepada Allah aku berserah.. Sebagai hamba-Nya, aku hanya berusaha sebaik mungkin..

Bulan nie, aku akan menghadapi peperiksaan bersama (final exam) tapi jadual belum keluar lagi.. x dilupakan jugak bulan nie aku akan mengikuti lawatan ke Parlimen, Bank Negara dan berenjoy di Genting Highland bersama rakan2 seperjuangan..
2 Oktober, mesyuarat khas Pra U yang akan membincangkan mengenai lawatan yang akan berlangsung pada 21 hingga 23 Oktober.. Selamat menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah kepada adik2 yang akan bermula pada 7 haribulan sehingga 13 haribulan.. 14 Oktober, hari berkempen bagi pemilihan ketua pelajar serta barisan perwakilan pelajar dan 16 Oktober adalah hari membuang undi bagi memilih ketua pelajar serta barisan perwakilan pelajar.. Buat masa sekarang, senarai calon masih belum diumumkan.. Untuk pengetahuan, calon2 dipilih oleh guru2 dan akan dijalankan pilihanraya.. Pada 16 Oktober juga akan diadakan majlis jamuan hari raya peringkat sekolah, semua warga SMK Arau terlibat.. Selamat menyambut hari Deepavali pada rakan2 beragama Hindu yang jatuh pada hari sabtu 17 Oktober.. Bermula 20 haribulan, musim peperiksaan akhir tahun melanda SMK Arau..

Semoga ALLAH merahmati perjalanan hidup kita..