You Follow Me, I Follow You

Friday, October 16, 2009

Peringatan Dari Allah

(Hadis Riwayat Ibnu Majjah)
Drpd Anas bin Malik ra, Rasulullah SAW bersabda:"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah hampirnya hari Qiamat itu, berlaku banyak kematian manusia secara mendadak"

(Hadis riwayat Thabrani)
Drpd Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda:
"Tidak akan datang hari qiamat sehinggalah berlakunya banyak gempa bumi"

(Hadis Riwayat Bukhari)
Rasulullah SAW bersabda: "Sebelum berlakunya hari qiamat, akan terdapatnya kematian yang amat menakutkan dan kemudian dari itu berlakulah tahun-tahun gempa bumi"

(Hadis riwayat Ahmad)
Daripada Ali bin Abi Thalib ra, Rasulullah SAW bersabda: "Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka BALA pasti akan turun kepada mereka, iaitu

  1. Apabila harta negara hanya beredar di kalangan orang tertentu sahaja.
  2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
  3. Zakat dijadikan hutang.
  4. Suami menurut kehendak isteri (dalam perkara bertentangan syariat)
  5. Anak derhaka terhadap ibunya
  6. Akan tetapi (anak tadi) sangat baik terhadap kawan-kawannya.
  7. Ia (anak) suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
  8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
  9. Yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yang paling hina di antara mereka.
  10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
  11. Arak sudah diminum secara berleluasa.
  12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)
  13. Para artis-artis disanjung-sanjung.
  14. Muzik banyak dimainkan/didendangkan.
  15. Generasi akhir umat ini akan melaknat generasi pertama (para sahabat terdahulu)


Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau GEMPA BUMI ataupun mereka akan dirubah menjadi makhluk lain..

Nauzubilla hi min zalik..

Pilihanraya SMKAr (Part II)


Minggu depan pilihanraya.. Mula saja perhimpunan pagi, dah kena bg ucapan sebagai calon.. Somewhat nervous, worried and afraid to speak I stood in front of teachers and students.. At present, I have not prepared my speech text..

http://emo.huhiho.com

What should I do to gain self-confidence? My beloved? haha.. Emm, anyone have any suggestions or ideas to be attributed to me? I think the opportunity to win my side I do not.. I see the popularity of my less prominent compared with other candidates.. I do not have the experience, and rarely communicate with people..

But, I have ambitions to lead .. In my mind full of ideas but I do not know how I use it.. Among the ideas: if I was elected Student Leader, I want to reform the Badan Pengawas Sekolah.. Tak tau la nak reform lagu mana.. Maybe pembentukan semula exco-exco, kalau menang baru nak pikir apa yang patut buat..

http://emo.huhiho.com Truly sincerly, xdak semangat r.. Tau dah nak kalah..haha C-rius, aku rasa cam nak kalah ja.. Apa yang aku nak cakap masa ucapan tu nanti.. Duk terbayang exam igauan exam yang x habis2 lagi.. Actualy aku takot ngan paper Ekonomi.. Ekonomi is enemies.. MUET test pun takot gak.. Final nie aku nak target 3.4 or lagi bagus 4.0.. Emm risau sbb exam final nie diorg rekod ke Jabatan Pelajaran Perlis..

http://emo.huhiho.com

Pilihanraya!! apesal la ko muncul.. Malas r nak cakap2 nie, buat luruh jantung aku ja.. Tau dak takot.. Huh hyperdepression + hypertension..

http://emo.huhiho.com

Semoga, xda la orang pijak2 poster aku, conteng2 ke..
Vote me (
)

http://emo.huhiho.com


Tetiba ja aku rindu bantal busuk ku......
Mane la ko pegi hah...
http://emo.huhiho.com*xder mood la nak pilihanraya..

Thursday, October 15, 2009

Delete

Friday, October 9, 2009

Journey To Parlimen (Part III)



Lagi beberapa hari lagi Pelajar Pra Universiti SMKAr akan berkunjung ke Parlimen Malaysia buat julung kalinya.. Suatu pencapaian yang dibanggakan.. Terima kasih kepada ahli jawatankuasa gerak kerja yang bertungkus lumus untuk menyiapkan program yang dianggap gergasi dan melibatkan protokol yang perlu dilalui.. Dengan adanya pengurusan yang cekap dalam menghasilkan gerak kerja yang memuaskan seterusnya dapat memaximumkan kepuasan semua pihak.. Semoga kita mendapat pengalaman yang baik dari hasil kerja yang kita lakukan moga dapat dimanfaatkan pada masa hadapan..

Terima kasih juga kepada rakan2 seperjuangan yang memberikan komitmen dan sokongan yang tak terhingga sehingga kita mampu melaksanakan program yang dianggap gergasi ini.. Guru2 yang banyak membantu dan menyumbangkan idea sehingga mampu menggerakkan impian dan hasrat kami, para pelajar.. Terima kasih yang tak terhingga kepada ayahanda kami, Encik Ghazali bin Ahmad, Penolong Kanan 1 yang banyak membantu dan memberikan semangat kepada jawatankuasa gerak kerja sehingga mampu menyelesaikan beberapa isu dan juga masalah di sepanjang perancangan program ini..

Setelah di atur dengan teliti, jadual lengkap mengenai perjalanan aktiviti lawatan ini dihasilkan sekali lagi yang akan diedarkan kepada pelajar bertujuan melicinkan perjalanan aktiviti seperti dirancang:

*Jadual terkini & lengkap

Setelah berbincang, majoriti pelajar memilih Genting Highlands sebagai destinasi seterusnya lawatan kami dan dipersetujui oleh guru penasihat.. Oleh yang demikian, kami telah mengatur semula jadual dan ia adalah tetap.. Majlis perjumpaan dengan para pelajar akan diadakan sekali lagi untuk berbincang dan mendapatkan maklumat peribadi masing2..


*Fax dari Genting Malaysia Berhad

Semua perkara sudah pun lengkap cuma, senarai nama peserta yang terkini masih dalam proses bersama2 dengan maklumat peribadi pelajar.. Pengangkutan bas dari Jabatan Pelajaran Perlis sudah pun di sahkan dan diluluskan.. Kini, kami cuma menghitung hari..

*Surat rasmi dari JPN Perlis

Alhamdulillah syukur, segala persiapan sudah hampir disiapkan.. Walaupun kini, kami berada dalam musim final exam sekolah2 Perlis tetapi nasib kami baik kerana tiada pertembungan jadual dengan peperiksaan.. Pilihanraya sekolah juga akan berlangsung pada bulan ini, fuhh.. Penat, exam, lawatan dan pilihanraya.. Jadual peribadi cukup padat.. Namun, ibadah tidak di abaikan.. Semoga semua perkara yang kita lakukan diberkati dan diredhai oleh Allah.. Amin..

Sekian dahulu di sini, Terima Kasih..


Perutusan Khas: Genap Dua Bulan ♡

Tidak mungkin ku meninggalkanmu
Tak mungkin ku menduakan mu
Tiada yang dapat menggantikanmu
Tiada yang dapat membandingkanmu

Tak mungkin ku mengertikanmu
Tak mungkin ku fahami kamu
Ternyata ku masih menyintaimu
Ternyataku masih perlukan mu

Kau yang mengerti
Seluruh rasa hatiku
Kau yang fahami
Keluh resah jiwaku

Inginku selalu di sisi kamu
Tiada yang dapat menyakitimu
Biar pun mati seluruh duniaku
Aku akan tetap bersama kamu



If I was a flower growing wild and free
all I want is you to be my sweet honey bee
and if I was a tree growing tall and green
all I want is you to shade me and be my leaves



Allah Berfirman:

"Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina."(Mu’min 40:60)



Ya Allah..

Damaikanlah pertengkaran di antara kami, pertautkan hati kami, dan tunjukkan kepada kami jalan - jalan yang lurus. Amin Ya Rabbal Alamin..