You Follow Me, I Follow You

Tuesday, April 5, 2011

Mendidik Bukan Membunuh


INNALILAHWAINNALILAHIRAJIUN.. Siapa sangka anak yang di hantar untuk menimba ilmu di sekolah agama berasrama akhirnya jadi begini.. Dengan usia anak yg baru mencecah 7 tahun boleh kata baru sangat nak mengenai alam persekolahan. Kena pulak dengan usia begitu telah di hantar ke sekolah berasrama,terpaksa berpisah dengan ahli keluarga, dah kena hidup berdikari dalam menguruskan kehidupan seharian di alam persekolahan. Jauh beza dengan kanak-kanak yang lain yang mana segalanya di urus oleh ibu bapa masing2 bermula dari bangkit tidur hinggalah masuk ke pintu pagar sekolah.
Mungkin begitu berat untuk adik ini nak berpisah dengan ahli keluarganya akan tetapi demi harapan ahli keluarga terpaksa jua dia tempuhi dengan berat hati. Boleh kata besar juga lah pengorbanan adik ini. Begitu juge besar lah harapan ahli keluarga  pada pihak sekolah untuk mendidik, menjaga keselamatan dan menjaga kebajikakan anak2 mereka bila bila berada di sekolah ini.
Namun apa yang di harapkan sebalik nya pulak yang berlaku, sepatutnya pada guru lah tempat untuk mengadu dan tempat untuk meminta bantuan sekira berlaku apa2  perkara yang berlaku di dalam sekolah. Dengar khabar puncanya bermula dengan kejadian kecurian barang, dan arwah mungkin ada kena mengena dengan kejadian tersebut, lalu ia di bawa kepada seorang guru untuk di soal siasat dalam 1 bilik dalam keadaan tangan yg terikat.
 
Akibat dari soal siasat itu lah arwah ini berkemungkin di belasah dan di lanyak oleh guru yang tak ada perasaan itu,dan meyebabkan arwah ini mengalami kecederaan yang serius dan disah kan meninggal dunia..
Mangsa menghembuskan nafas terakhir selepas mengalami pendarahan dalaman di kepala dan komplikasi jantung akibat kejadian itu yang berlaku di bilik asrama sekolah agama itu, Khamis lepas.
Sampai macam tu sekali cikgu durjana itu melakukan soal siasat hanya pada kes sedemikian dan dengan keadaan umur arwah itu, langsung tak menggunakan akal dan pikiran yang waras. Kalau nak marah sekali pun bukan itu imbuhannya.
Aku doakan moga arwah di tempatkan di dalam kalangan orang-orang yang benar dan juga mendoakan agar guru durjana tersebut akan medapat balasan yang setimpal dengan kelaku bodohnya itu.
Sepatah dua kata dari aku: Amat tak setuju dengan kenyataan YB Rus’ele yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Empat yang membela warden asrama terbabit. “Ustaz yang disabitkan itu adalah seorang ustaz yang sangat baik dan kita percaya perkara tersebut berlaku tanpa disengajakan dan tujuan utama beliau adalah untuk mendidik,” katanya yang dilaporkan oleh Sinar Harian. Mendidik manusia bukan seperti mendidik binatang.

Monday, April 4, 2011

You Can Say to Your Beloved

Running out of words to say to your beloved? Here’s a list for you, just in case you forgot what love means.

1.         I love you.

2.         I need you.

3.         We belong together.

4.         You are my destiny.

5.         You are my all in all.

6.         You are my life.

7.         You are my love prize.

8.         You are my treasure.

9.         You are my true love.

10.       You are my sunshine.

11.       You are my theme for a dream.

12.       You are my world.

13.       You are all that I want.

14.       You are forever mine.

15.       You are the love of my life.

16.       You are sweet.

17.       You make my day.

18.       You belong to me.

19.       You are my everything.

20.       You make me feel brand new.

21.       You and I are one.

22.       You are my angel.

23.       You make me smile.

24.       You are my dream come true.

25.       You make my heart melt.

26.       You are all I need.

27.       You are my universe.

28.       You are my paradise.

29.       You make me feel good.

30.       You are my one and only.

Sunday, April 3, 2011

Kentut Lembu Punca Global Warming

Dalam menghadapi masalah pemanasan global, sekumpulan saintis di London menemui cara yang lebih mudah untuk mengurangkan masalah tersebut, iaitu membuatkan lembu ternakan kurang kentut dan sendawa.

Kumpulan saintis tersebut berpendapat bahawa menggunakan kaedah penternakan moden seperti mencipta makanan baharu yang boleh mengurangkan haiwan tersebut kentut dan sendawa merupakan antara cara mengurangkan pelepasan gas rumah hijau yang menyumbang pemanasan global. Antara caranya adalah dengan memperkenalkan makanan berasaskan kekacang yang mudah dihadamkan dan mengurangkan pelepasan gas metana ke udara.


Secara purata lembu ternakan mengeluarkan 100 hingga 200 liter gas metana pada setiap hari. Fenomena ini menjadikan perubahan cara makanan sebagai faktor utama dalam usaha mengurangkan pelepasan gas rumah hijau ke atmosfera bumi. Lembu yang kentut dan bersendawa berupaya melakukan 23 kali lebih banyak kerosakan alam sekitar kita berbanding dengan pencemaran kereta.

Sedikit info mengenai kentut manusia:
  • Seorang manusia biasa akan kentut sebanyak 14 kali sehari dan akan menghasilkan 0.5 liter gas kentut setiap hari iaitu bersamaan 2 cups.
  • Kentut juga sejenis gas mudah terbakar!
  • Kelajuan kentut adalah 7mph!
  • Menghasilkan suhu setinggi 98.6F ketika ia terhasil.
  • Anda tidak akan lemas dalam sebuah bilik yang dipenuhi oleh gas kentut anda sendiri.
10 golongan kerap kentut:
  1. Anai-anai
  2. Unta
  3. Zebra
  4. Kambing biri-biri
  5. Lembu
  6. Gajah
  7. Anjing baka labrados retriever
  8. Manusia(vegeterians)
  9. Manusia(bukan vageterians)
  10. Tikus baka Gerbils
p/s: Renung-renungkan dan selamat kentut. kah kah kah..

Saturday, April 2, 2011

Cerita Mandi Laut

Pada satu hari tu aku dengan member aku gi la mandi manda kat satu pantai tu. Kita orang ni masing masing bawak awek..
 
So,selepas sejam perjalanan dari rumah sampai la juga ke lokasi yang paling strategik untuk pakwe makwe mandi manda,bukan merendek tau..
 
So,sebelum sessi mandi manda,kita orang pun jamah la makanan ringan yang di bawa bersama. Bila matahari pun dah tegak atas kepala, kita orang pun tukar la pakaian yang sesuai untuk mandi manda. Adapun kita orang ni takde la pakai spender sahaja atau bikini sahaja, masing masing pakai pakaian yang sopan mengalahkan cipan untuk mandi..

So,apalagi masing masing pun mandi dengan lahapnya macam dah seabad tak mandi.mandi je,takde pun buat bende lain..
 
Lebih kurang 10 minit berendam dan buat aksi maut lipat terjun,member aku ni pun naik. Aku tanyalah naper dia naik cepat sangat,dia kata nak keringkan badan. Selang 5 minit lepas tu, member aku ni pun masuk balik ke dalam air.
 
10 minit lepas tu dia naik balik. Aku tanya lagi, jawapan yang sama aku dapat-nak keringkan badan..
So lepas setiap 10 minit mandi dia akan naik ke darat lebih kurang 5 minit untuk keringkan badan, perkara ni berlaku sampai aku pun dah naik muak tengok..
 
Baru je aku nak tanya apa motif sebenarnya dia buat macam tu tetiba je awek dia tanya, mungkin dia pun dah naik menyampah tengok pakwe dia buat macam tu.

So dia pun tanyalah..

Aweknye: Abang,abang ni kenapa? Lima enam belas kali masuk keluar dari pantai ni? Konpius juga ayang tengok. Abang ada alergik ke duduk dalam air laut lelama?

Pakwenye: Bukannye ape,alergiknye takde,apa pun takde masalah duduk dalam pantai ni lama lama.abang cuma risau,takut lama lama berendam air laut ni abang takut telo abang ni jadi TELO MASIN..

Friday, April 1, 2011

1 April

 “Hidup cara Barat itu tidak menjadi punca masalah, jika yang dimaksudkan itu ialah bercakap bahasa Inggeris, makan makanan Eropah atau berpakaian mengikut format orang sana,” saya cuba menyuluh perspektif.

Di Barat sendiri, jumlah mereka yang memeluk Islam cukup tinggi. Jika Islam bertentangan dengan Barat, tentu sulit untuk orang Barat menerima Islam.

“Maka apa yang diperlukan oleh sahabat tuan itu, ialah meninggalkan dosa-dosa yang dianggap Barat, serta menyuntik kesedaran tentang persoalan hidup ini untuk apa. Sebagaimana yang kita bincangkan sebentar tadi,” saya menyudahkan jawapan.

Seorang Barat yang memeluk Islam, akan terus bercakap bahasa Barat, makan makanan Barat, beribu bapakan orang Barat, beradik beradikkan manusia Barat, dan terus menjadi Muslim yang tulen di Negara Barat. Apa yang ditinggalkan hanyalah bahasa carut dalam kerosakan budaya Barat, makanan haram dalam hidangan Barat, dan mengenepikan perbezaan aqidah ibu bapa dan adik beradik dalam hubungan sosial. Itu sahaja.

Seseorang boleh menjadi moden tanpa perlu menjadi Barat. Seseorang itu juga boleh menjadi Barat tanpa perlu menjadi Keparat!

BARAT DAN KEPARAT

Ya, jika ahli politik seperti Ataturk keliru di antara proses modernisasi (modernization) dengan proses pembaratan (westernization), kita pula ramai yang keliru di antara Barat dengan Keparat.

Ramai yang cuba untuk meniru kehidupan Barat berubah menjadi Keparat. Malah kerana ‘yang mengikut’ selalunya lebih teruk dari ‘yang diikut’, kita menjadi lebih Keparat dari Barat. Entah kenapa, benda yang elok-elok dari Barat tidak hendak diikut. Yang busuk-busuk dan keparat itu juga yang didambakan.

Malah yang Kristian pun ramai juga yang keliru antara Kristian dan Barat. Kristian adalah agama yang lahir di Timur, tetapi ada pula yang bertaqlid dengan agama Kristian supaya ‘menjadi Barat’, malah memperalatkan agama Kristian untuk menjustifikasikan perbuatan keparat sesetengah mereka.

Kelemahan jati diri bangsa kita yang mengkeparatkan diri untuk kelihatan Barat, menyebabkan saya hilang upaya untuk mengulas tentang budaya April Fool. Tidak perlulah dibahas-bahaskan sangat latar belakang sejarahnya, mana yang betul, mana yang salah. Huraian tentang sejarah April Fool itu sendiri pun banyak yang fool.

Jelasnya ia fool!

Terungkap pada sabda Nabi SAW:
 
“Kamu akan mengikuti sunnah umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehinggakan jika mereka memasuki lubang biawak (dhab) nescaya kamu akan mengikuti mereka. Sahabat bertanya: Adakah mereka itu kaum Yahudi dan Nasrani, wahai Rasulullah? Sabda Baginda SAW: Ya, siapa lagi kalau bukan mereka?” - [Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim]