You Follow Me, I Follow You

Tuesday, October 20, 2009

KeEXAMan..

http://emo.huhiho.com

Hoho..
Kekecewaan dilupakan, exam diutamakan.. Slogan nie baik lagi dari slogan Najib..ha3
Esok 21 okteber 9 malam, penulis dan rakan2 akan terbang ke kL untuk mengikuti sesi Lawatan Bermaklumat ke Parlimen Malaysia dan Bank Negara.. Dan akan pulang pada 24 oktober.. 26, hari isnin penulis akan berexam sehingga 5 november..


*Jadual yang sempoi..

*Jadual yang cukup cun..

http://emo.huhiho.com

Oleh yg demikian, penulis akan berehat selama 19 hari bermula esok sehingga 8 november..
Kepada rakan2 blogger, doakan lah kejayaan penulis.. Amin
Sekian dahulu tulisan pada kali ini, jumpa lagi..daa


Monday, October 19, 2009

Pilihanraya SMKAr (Part III)


Selesai sudah pilihanraya SMKAr bagi memilih ketua pelajar/pengawas.. Bermula jam 8 pagi dengan sesi ucapan manifesto oleh calon2.. Pada tahun ini, 6 orang calon bertanding bagi jawatan tertinggi tersebut.. Calon2 dipilih oleh guru-guru dan wajib memberi ucapan memperkenalkan diri dan membentangkan janji2 atau manifesto masing2..


*ucapan calon kedua: Farhan Azis

Semuanya telah selesai dan berjalan dengan lancar.. Pelajar2 mula membuang undi pada jam 12 tengah hari.. Sebanyak 3 pusat mengundi dibuka dan setengah jam kemudian semua pusat mengundi ditutup.. Proses kiraan undi bermula jam 1 petang dan selesai pada jam 2 petang..

*Keputusan pilihanraya SMKAr 2009

Kalah menang adat pertandingan.. No komen laa
Kepada ketua pelajar/pengawas yang baru, selamat menjalankan tugas dengan baik, cekap dan amanah.. Sekian laporan pilihanraya umum SMKAr 2009..


Sunday, October 18, 2009

.::Doakan Saya::.

Salam..
Esok tanggal 19 Oktober adalah hari penyampaian ucapan manifesto calon-calon ketua pelajar seterusnya hari membuang undi.. Gementar, itulah yang dapat digambarkan pada keesokannya.. Justeru itu, saya memohon jasa baik anda semua, doakan saya.. Semoga Allah memberi kelancaran kepada saya untuk berucap dan memudahkan segala urusan pada hari esok.. Semoga Allah membalas jasa baik kalian semua.. Disini saya sediakan teks ucapan sulung saya pada esok pagi..


Bismillahir Rahmanir Rahim, Alhamdulillahi rabbil a’lamin,
Wassolatu wassalam ala asyrafil anbiya’ wal mursalin, wa ala alihi wasohbihi wasallam..

Terima kasih saudara/saudari pengerusi majlis
Yang berusaha, Tuan Halim bin Mansor, pengetua sek men keb Arau
Yang dihormati Guru penolong kanan pentadbiran En. Ghazali bin Ahmad
En. Ayob bin Mat Zain, Penolong kanan hal ehwal murid
En. Rahim bin Mohamad, Penolong kanan ko-kurikulum
En. Amri bin Abdullah, penolong kanan pentadbiran pra universiti
En. Kamaruddin bin mahamud penolong kanan ko-kurikulum pra universiti
Guru-guru kanan
Barisan guru yang dikasihi,
Barisan pengawas sekolah
Seterusnya rakan-rakan pelajar yang saya hormati sekalian..

Assalamualaikum dan salam perpaduan..
Alhamdulillah, saya panjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana memberi kelapangan dan keizinan untuk kita menghadiri Perhimpunan Mingguan pada pagi yang indah ini..

Seperti mana yang kita ketahui, hari ini adalah hari pilihanraya sekolah bagi memilih ketua pengawas yang baru. Saya mengucapkan jutaan penghargaan kepada guru-guru yang telah mencalonkan saya untuk bertanding bagi jawatan ketua pengawas bagi tahun 2010. Pilihanraya yang diadakan ini juga adalah untuk mengasah bakat kepimpinan pelajar kerana adalah tidak adil bagi pelajar jika bakat memimpin tidak diserlahkan di samping kita mahu mengenal pasti kewibawaan pelajar tersebut. Walaupun belum mencecah usia 21 tahun, para pelajar berpeluang untuk membuang undi dan merasai amalan sistem demokrasi dijalankan di negara kita, Malaysia.Bagi pendapat saya, pilihanraya ini adalah satu daripada usaha untuk mendedahkan kepada pelajar tentang proses pilihanraya yang sering dibaca oleh pelajar dalam mata pelajaran Sejarah di samping merasai sendiri amalan demokrasi sebenar.

Saya sebagai calon ingin memperkenalkan diri kepada hadirin sekalian. Nama penuh saya Mohd Farhan bin Azis. Saya mula belajar di sekolah ini pada tahun 2008 di tingkatan 5 sains. Sekarang saya berada di tingkatan 6 bawah 1 fakulti ekonomi. Saya ingin melanjutkan pelajaran dalam jurusan undang-undang dan bercita-cita sebagai peguam.

Sejak kebelakangan ini berbagai cerita tentang isu yang berkaitan tentang masalah disiplin di sekolah telah ditimbulkan. Pelajar merokok, bergaduh, kurang ajar, ponteng dan sebagainya. Masalah ini berlaku tidak kira samada di sekolah bandar atau luar bandar maupun sekolah biasa atau sekolah berasrama penuh. Masalah disiplin boleh dikaitkan dengan kemunculan media massa turut mendorong masalah ini memuncak dengan drastik. Kelakuan yang tida senonah yang mereka saksikan telah menimbulkan rasa untuk mencuba pula dalam hati pelajar. Kebanyakan masalah disiplin dikatakan satu cubaan meniru kelakuan yang telah mereka tonton sebelum ini. Jadi, disiplin mempunyai kaitan rapat dengan kejadian disiplin pelajar yang terus merosot itu.

Oleh itu, sekiranya saya dipilih menjadi ketua pengawas, saya bertekad dan berazam dengan berpandukan prinsip 3M iaitu Membantu guru-guru membentuk pelajar yang berdisiplin dan berakhlak mulia sejajar dengan misi sekolah. Kedua, Memastikan setiap pelajar patuh pada peraturan sekolah dan ketiga Mewujudkan kawasan sekolah yang ceria dan harmoni dengan mengamalkan konsep 1 Malaysia.

Bagi mengakhiri ucapan, saya ingin mengucapkan selamat mengundi kepada seluruh warga dewan.
Sekian wabillahi taufiq wal hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.. UNDILAH SAYA ()

    Friday, October 16, 2009

    Kebenaran Mukjizat Al Quran..

    • Gempa bumi yang berlaku di Padang dan Jambi Sumatera pada 30 september dan 1 oktober baru - baru ini cukup memilukan..
    • Kemusnahan dan kebinasaan akibat gempa bumi yang dahsyat ini sukar untuk dianggar.. Musnah harta benda dan binasa segala nyawa..
    • Namun peristiwa sedemikian tidaklah berlaku secara spontan atau hanya fenomena alam sebagaimana yang sering diungkapkan oleh mereka yang tidak beriman kepada Qadha' dan Qadar Allah swt..
    • Al Quran ( wahyu Allah swt ) telah menegaskan beberapa peringatan yang boleh di dapati dalam banyak surah dan ayat guna membimbing ummat manusia agar beriman, bertaqwa dan mengabdikan diri kepada Allah swt..
    • Antara yang menarik sekaligus membuktikan mukjizat al Quran ialah keselarasan ayat quran dengan peristiwa gempa bumi di Padang Sumatera.. Gempa bumi yang berlaku di Padang pada 30 september tempohari ialah tepat jam 5.16 pm (atau jam 17:16) dan gegaran kedua berlaku pada jam 5. 58 pm (atau jam 17 : 58) Sementara esoknya (1 Oktober jam 8.52 am) berlaku gegaran susulan di Jambi..
    • Apabila kita laraskan masa berlaku gempa bumi dengan surah dan ayat al quran, kita akan temui persamaannya seperti berikut.. (jam 17 : 16 = Surah ke 17 ayat ke 16) (jam 17 : 58 = Surah ke 17 ayat ke 58) dan (jam 8:52 = Surah ke 8 ayat ke 52)
    • Secara indeksnya surah ke 17 ialah surah al Israa' sementara surah ke 8 ialah surah al Anfaal..

    و إذا أردنا أن نهلك قرية أمرنا مترفيها ففسقوا فيها فحق عليها القول فدمرناها تدميرا

    17:16 (QS. Al Israa’ ayat 16) “Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”

    و إن من قرية إلا نحن مهلكوها قبل يوم القيامة إو معذبوها عذابا شديدا كان ذلك في الكتاب مسطورا


    17:58 (QS. Al Israa’ ayat 58) “Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).”


    كدأب آل فرعون و الذين من قبلهم كفروا بأيات الله فأخذهم الله بذنوبهم إن الله قوي شديد العقاب


    8:52 (QS. Al Anfaal ayat 52) “(Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.”

    • Ayat - ayat di atas jelas menunjukkan azab dan musibah yang Allah swt timpakan ke atas sesebuah negara atau negeri lantaran penghuninya derhaka kepada Allah swt . Ia boleh berlaku dan telah berlaku di hadapan mata kepala kita biarpun jauh di negara orang untuk menjadi iktibar buat seluruh ummat manusia..
    • Ayat - ayat Allah ini merupakan sistem amaran awal yang perlu diambil perhatian oleh seluruh ummat manusia supaya menjauhi segala perbuatan mungkar dan maksiat yang dimurkai oleh Allah swt.. Hari ini mungkin Indonesia, tetapi tidak mustahil ia boleh berlaku di negara kita Malaysia pula pada bila - bila ( wali'yazubillah ) jika maksiat dan mungkar makin membarah..
    • Saya menyeru seluruh rakyat negara ini agar kembali kepada Islam sekaligus meninggalkan maksiat dan mungkar ( zina, pergaulan bebas pendedahan aurat, judi, arak, rogol, rompak, samun, rasuah, salah guna kuasa, zalim dan 1001 perkara mungkar ) agar seluruh rakyat dan negara di berkati dan dirahmati oleh Allah swt..

    Wallahua'lam..

    Peringatan Dari Allah

    (Hadis Riwayat Ibnu Majjah)
    Drpd Anas bin Malik ra, Rasulullah SAW bersabda:"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah hampirnya hari Qiamat itu, berlaku banyak kematian manusia secara mendadak"

    (Hadis riwayat Thabrani)
    Drpd Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda:
    "Tidak akan datang hari qiamat sehinggalah berlakunya banyak gempa bumi"

    (Hadis Riwayat Bukhari)
    Rasulullah SAW bersabda: "Sebelum berlakunya hari qiamat, akan terdapatnya kematian yang amat menakutkan dan kemudian dari itu berlakulah tahun-tahun gempa bumi"

    (Hadis riwayat Ahmad)
    Daripada Ali bin Abi Thalib ra, Rasulullah SAW bersabda: "Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka BALA pasti akan turun kepada mereka, iaitu

    1. Apabila harta negara hanya beredar di kalangan orang tertentu sahaja.
    2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
    3. Zakat dijadikan hutang.
    4. Suami menurut kehendak isteri (dalam perkara bertentangan syariat)
    5. Anak derhaka terhadap ibunya
    6. Akan tetapi (anak tadi) sangat baik terhadap kawan-kawannya.
    7. Ia (anak) suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
    8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
    9. Yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yang paling hina di antara mereka.
    10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
    11. Arak sudah diminum secara berleluasa.
    12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)
    13. Para artis-artis disanjung-sanjung.
    14. Muzik banyak dimainkan/didendangkan.
    15. Generasi akhir umat ini akan melaknat generasi pertama (para sahabat terdahulu)


    Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau GEMPA BUMI ataupun mereka akan dirubah menjadi makhluk lain..

    Nauzubilla hi min zalik..