You Follow Me, I Follow You

Tuesday, January 25, 2011

Anak muda


Salam 1 Malaysia.
Anak muda, adalah eset bagi sesebuah masyarakat. Jika diteliti, usia paling berpotensi seorang pemuda adalah usia antara 20 sehingga 30 tahun. Kemampatan emosi yang ditunjangi dengan intelektual yang cukup akan menghasilkan sebuah idealisme. Idealisme yang dihasilkan ini umumnya masih fitrah, dengan erti kata lain idealisme itu dibangunkan atas dasar keinginan untuk mewujudkan sesuatu yang bersih dan adil. Bukan idealisme yang telah dikotori oleh najis kekuasaan, kekayaan atau kepentingan lainnya.

Terdapat godaan dan tangan-tangan gelap yang menghalang seorang anak muda pada masa ini untuk melihat kebenaran dan keadilan, maka disitulah letaknya halangannya. Ramai anak muda yang terlena dengan berbagai macam godaan sehingga ia terlupa akan potensi-potensi yang sedang dimilikinya. Dengan demikinan maka beruntunglah mereka yang tak terlena oleh godaan-godaan itu serta dapat memanfaatkan potensinnya yang ada.

Ayuh anak muda harapan Agama, harapan Bangsa dan Negara, mari kita sama-sama optimumkan potensi diri yang ada, dalam memperjuangkan hak dan mencapai misi yang utama iaitu tranfomasi Malaysia kearah lebih baik. Gunakan segala medium yang ada. Maksimakan pengunaan Blog, Facebook, youtube dan sebagainya untuk dijadikan senjata, dan pastikan senjata itu sentiasa tajam untuk menikam musuh yang menghalang.


Sudah sampai masanya kita menyeru kepada anak muda, dunia ini milik anda semua. Supaya bila anda tua nanti, anda boleh serahkan dunia ini kepada anak-anak anda. Kita yang menggerakkan dunia ini. Kita ada hak untuk bersuara. Bila anak muda bangkit nanti seperti Revolusi Cuba, Revolusi China, Revolusi Bolshevik, dan Paris 1968 si “ tua ” akan ketakutan bila anak muda bangkit. Kebangkitan ini diumpamakan tiupan angin lembut yang tiba-tiba meruap ganas. Ditiup gunung, gunung tercabut. Diterpa lautan, lautan bergelora.


Selamat berjuang!

No comments:

Post a Comment