You Follow Me, I Follow You

Tuesday, August 2, 2011

Jangan Lucahkan Pakaian Anda

Ramai anak gadis dan wanita Islam kini gemar memakai seluar jeans yang menampakkan bentuk kaki mereka. Kemudian sengaja dipadankan pula dengan baju atau t-shirt yang hanya separas pinggang mereka sahaja yang tidak cukup menutup dan melindungi bentuk punggung mereka yang subur. Akibat dipadankan dengan seluar jeans yang mengikut bentuk betis dan peha, maka ternampak jelaslah bentuk bulat punggung mereka berlenggang-lenggok apabila berdiri dan berjalan di khalayak ramai. Lelaki-lelaki di luar sana dalam diam terseksa mata dan nafsu memandangnya.

Wanita Islam sekalian. Labuhkanlah baju yang anda pakai sehingga ke paras bawah punggung. Sememangnya itulah yang diarahkan di dalam syariat Islam dan juga yang beribu kali ditegur oleh para ustaz ustazah. Namun, apa yang dapat kita lihat di dalam masyarakat Malaysia, ramai wanita Islam, khususnya yang Melayu mengambil ringan akan isu baju sendat dan singkat ini dan tidak berasa risau menayangkan bentuk punggung mereka kepada lelaki bukan muhrim di tempat awam.

Ada hikmah Islam menyuruh setiap Muslimah agar melapangkan dan melabuhkan pakaian yang dipakai mereka. Sebab paling jelas ialah kerana punggung adalah bahagian tubuh wanita yang digilai secara seksual oleh para lelaki yang normal selain daripada buah dada dan kemaluan wanita. Disebabkan itu, Islam mahu setiap wanita Islam memelihara dan melindungi bahagian itu daripada dinikmati oleh mata-mata lelaki yang bukan suami mereka.

Punggung berisi, sengaja pakai baju yang singkat. Wanita yang lebih gedik pula akan sengaja memadankannnya dengan seluar slack atau jeans sendat untuk lebih menyerlah. Di manakah sensiviti agama dalam soal berpakaian di kalangan wanita-wanita kita hari ini ? Ramai wanita Islam kita mengikutkan rasa hati mereka yang mahu berlumba-lumba mempertunjukkan keindahan rupa bentuk badan masing-masing.

Wanita jenis apakah yang merasa bangga diri apabila ramai lelaki yang berselisih terpaku biji mata dan memfantasikan keseksian bentuk buah dada dan punggung yang mereka sengaja pamerkan di khalayak ramai ? Tidak rasa segan. Tidak rasa malu sebaliknya rasa bangga dan berkeyakinan pabila ramai lelaki di luar memandang mereka dengan penuh nafsu seksual. Adakah wanita yang bermaruah wajar berkelakuan sebegini rupa ?

Biarkan hanya suami yang tersayang sahaja yang boleh melihat keindahan fizikal tubuh badan anda terutama sekali bahagian punggung tersebut. Fikir-fikirkan !

Pernah nasihat atau tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat?Jadi, mesti ada yang melenting dan memberi pelbagai jawapan.

1. Semua yang tutup aurat, comfirm masuk syurga ke?
# Yang pasti, tak tutup aurat, comfirm masuk neraka.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
# Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, "pakai tudung tak mestinya baik..bla..bla..bla.."

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.
# Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
# Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
# Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
# Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
# Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
# Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
# Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer atau pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
# Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
# Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la.
# Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
# Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama islam.

Ingatlah ! Berbalik semula kepada tujuaan berhijab dan berpakaian cara Islam. Pakaian cara Muslimah bertujuan utama untuk mendapatkan keredhaan Allah melalui pemeliharaan aurat. Kedua, konsep pakaian Muslimah adalah untuk mengawal pandangan mata sang lelaki dan menundukkan nafsu seks mereka apabila mereka memandang agar wanita itu sentiasa dipandang mulia dan dihormati maruahnya. Ketiga, pakaian Muslimah haruslah berkonsepkan kesederhanaan bukannya bersifat berlebih-lebihan sehingga membawa ke arah fesyen menunjuk-nunjuk kecantikan.

No comments:

Post a Comment