You Follow Me, I Follow You

Sunday, June 19, 2011

Selamat Hari Keputerian sayang

Selamat hari jadi,
selamat hari jadi,
selamat hari jadi sayang,
selamat hari jadi..

Peluang dan ruang yang ada ni boleh la aku gunakan untuk mengucapkan selamat hari lahir untuk seseorang yang sangat istimewa dalam hidup aku. Semoga hari-hari yang akan datang penuh dengan kebahagiaan cinta kita. Perkara yang lalu kita tinggalkan dan jadikan tauladan. Dan harapan, agar besday girl sentiasa diberikan kesihatan yang berpanjangan dan dipermudahkan rezeki oleh-Nya. You! jangan nakal2, jadi la lebih matang ok? hahaha.


I love u my princess. Always love u!
p/s: Nie kali kedua kita sambut hari keputerian besday girl, kali pertama kat SINI

Saturday, June 11, 2011

Mendedahkan Aurat itu Seronok

Satu Soalan Buat Hawa. 

Pandang kanan, awek shawl merah jambu ala-ala yuna. baju sendat. vogue.

Pusing kiri, awek shawl kelabu bak hana tajima. tengkuk terdedah. gorgeous.

Tengok depan, awek legging rambut rebonding paras belikat. baju lengan pendek. stylo.

Toleh belakang, awek skinny dengan blouse labuh tutup punggung. tak bertudung. heels 4 inci. wow!!


Satu soalan buat hawa, memang itu ke yang korang nak? berfesyen tanpa meletakkan agama di depan? fesyen didahulukan, agama dikemudiankan?

Satu soalan buat hawa, selesa ke dengan penampilan sebegitu? menjadi perhatian kaum lelaki yang sememangnya mata keranjang? segenap tubuh diratah mata manusia?

Satu soalan buat hawa, apa tujuan korang berpakaian sedemikian? mahu tampak gah di kalangan teman-teman? sentiasa di atas? lepas tu apa? riak? takbur? bangga?

Satu soalan buat hawa, adakah dengan berbaju kurung bertudung litup korang akan dianggap kuno? adakah dengan fesyen lilit-lilit shawl akan jadikan seorang yang up-to-date? Nahh!!

Satu soalan buat hawa, adakah dengan berpakaian sopan akan menjejaskan kecantikan korang? akan menjadikan korang hodoh? nampak kecundang dalam dunia moden?

Satu soalan buat hawa, kalian berfesyen untuk kepuasan sendiri bukan? tapi pernahkah kalian sedar bahawa diri kalian takkan pernah puas?


Baca ni :

Satu jawapan dari adam, seorang perempuan yang tertutup sempurna auratnya lebih bernilai di mata lelaki untuk dijadikan teman seumur hidup.

Satu jawapan dari adam, kecantikan seorang wanita yang menjaga auratnya dari dipandang lelaki yang bukan halal baginya adalah lebih mahal dari dunia dan segala isinya.

Satu jawapan dari adam, kecantikan si berbaju kurung yang bertudung takkan dapat ditandingi oleh yang lain. cantik, cun, ayu, dan sopan. apa lagi yang kalian nak?


Islam membenarkan fesyen tapi Islam jugak melarang tabarruj. Allah tak suka mereka yang berlebih-lebihan. tahu? jadi bersederhanalah!

"Sepantas mana pun kau lari untuk mengejar kepuasan dirimu, kau takkan pernah dapat mencapainya kerana kepuasanmu yang sebenar berada diantara kamu dengan penciptamu, ALLAH SWT."

Thursday, June 9, 2011

I just can tell you i love you so

 Im not an actor im not a star,
and i dont even have my own car.
But im hoping so much you'll stay.
That you will love me anyway.

1 Year and 10 Months

Monday, June 6, 2011

Vietnam coach made in Germany

Vietnam on Monday named German coach Falko Goetz to lead the national football team, hoping he can inject vitality into a side which have often struggled to meet the high hopes of their passionate fans.

The 49-year-old, who signed a two-year deal at a news conference on Monday, is tasked with leading the team in qualifying rounds for the London 2012 Olympics and the 2014 World Cup.

Vietnam's eighth foreign coach since 1995, he will also oversee the under-23 squad in November's SEA Games between regional nations in Indonesia.

Vietnam Football Federation deputy chairman Pham Ngoc Vien said he hoped Goetz would bring "a new vital force" to Vietnamese football.

He declined to divulge details of the coach's salary but local media have reported he will earn $22,000 a month.

"I start my work today," said Goetz, whose playing career included stints at Bayer Leverkusen and other German clubs as well as Turkish side Galatasaray.

He coached German first division team Hertha Berlin for three years until April 2007 when he was sacked after they sank from top place to ninth in the Bundesliga.

Most recently he coached German third division side Holstein Kiel.

Vietnam's former coach Henrique Calisto, of Portugal, resigned in March blaming media pressure stemming from the team's failure at last year's Southeast Asian AFF Suzuki Cup. Vietnam were eliminated in the semi finals by the tournament's eventual winners Malaysia.

Calisto earlier led Vietnam to regional victory, taking the Suzuki Cup in 2008 after he rejoined the national side he had first coached in 2002. He is now the coach for Thailand's Muang Thong United.

Friday, June 3, 2011

Tragedi kapal udara Hindenburg 1937

Hindenburg merupakan sebuah kapal udara zeppelin (airship) Jerman serta pesawat terbesar yang pernah dibina. Pesawat itu dinamakan sempena Presiden Jerman, Paul von Hindenburg, sebagaimana kebiasaan untuk menamakan semua kapal udara Jerman dengan nama lelaki. Pada pukul 7.25 petang 6 Mei 1937, ia musnah terbakar dalam tempoh beberapa minit sahaja ketika sedang mencuba berlabuh dengan tiang pengikat di Stesyen Udara Tentera Laut Lakehurst, New Jersey. Dalam kemalangan yang terkemuka itu, 35 orang terbunuh daripada sejumlah 97 orang yang menaikinya.

Sejarah kapal udara

Rekabentuknya berdasarkan asas yang digariskan oleh Ferdinand von Zeppelin pada tahun 1874 dan diperincikan pada tahun 1893. Rancangan beliau telah dikaji oleh sebuah jawatankuasa pada tahun 1894 dan dipatenkan di Amerika Syarikat pada 14 Mac 1899. Ekoran rekabentuknya yang mendapat kejayaan yang cemerlang, istilah zeppelin digunakan bagi kepada semua kapal udara kaku. Selepas perang meletus, tentera Jerman menggunakan secara ekstensif Zeppelin sebagai pesawat pegebom dan peninjau.

Malapetaka

Hindenburg dibina oleh Luftschiffbau Zeppelin pada tahun 1935 dengan nilai £500,000. Ia terbang buat kali pertamanya pada March 1936 dan mencapai rekod menyeberangi Lautan Atlantik sebanyak dua kali dalam masa lima hari, 19 jam, 51 minit pada bulan Julai tahun itu.

Hindenburg sepatutnya diisi dengan gas helium tetapi sekatan ketenteraan Amerika Syarikat memaksa Jerman menggunakan gas hidrogen yang mudah terbakar sebagai gas pengapung.

Sebab utama kebakaran itu tidak diketahui dengan tepat. Salah satu punca letupan mungkin disebabkan oleh percikan eletrik statik yang terkumpul dari geseran dengan udara. Lapisan aluminium yang mudah terbakar ini mungkin terbakar, dan menyebabkan hidrogen terbebas. Gas hidrogen terbakar tanpa warna, oleh itu api yang menjulang mungkin menunjukkan api tersebut bukannya disebabkan oleh hidrogen. Selain itu gas hidrogen di dalam Hindenburg telah pun dicampurkan dengan bauan bawang putih bagi mengesan kebocoran. Tiada sesiapa pun yang terselamat melapurkan bau bawang putih ketika penerbangan atau ketika cubaan pendaratan sebelum malapetaka tersebut. Sekiranya Amerika Syarikat tidak mengenakan sekatan ketenteraan kepada eksport gas helium, api mungkin akan terpadam pada awal lagi, menyebabkan hanya kebocoran.
Terdapat beberapa kejadian kemalangan kapal udara sebelum Hindenburg (semuanya tidak membabitkan zeppelin), kebanyakannya disebabkan oleh cuaca buruk. Bagaimanapun Zeppelin mempunyai rekod keselamatan yang menakjubkan. Sebagai contoh, Graf Zeppelin telah terbang dengan selamatnya sejauh 1 juta batu termasuk mengelilingi dunia. Pihak Jerman mengetahui bahaya hidrogen dan telah mengamalkan kawalan keselamatan yang ketat sepanjang penerbangan dengan kapal udara Zepplin, termasuk mengutip semua pemetik api dan larangan merokok kecuali di dalam bilik yang dikhaskan. Syarikat Zepplin amat berbangga bahawa tiada seorang penumpang pun yang pernah tercedera ketika terbang dengan kapal udara mereka. Zepplin dianggap selamat.

Walau bagaimanapun, kemalangan Hindenburg menukar kesemuanya. Kepercayaan orang ramai hilang sepenuhnya apabila melihat gambaran wayang yang jelas lagi mengejutkan serta diiringi dengan rakaman bunyi secara langsung. Disebabkan laporan yang begitu meluas, pengangkutan zeppelin terhenti. Ia merupakan titik noktah kepada era kapal udara kaku gergasi pembawa penumpang. Malapetaka ini diingati kerana laporan berita wayang, gambar, dan rakaman radio Herbert Morrison mengenai laporan saksi di lapangan pendaratan.

Pihak Jerman kemudiannya telah mengambil kembali rangka logam Hindenburg yang kemudiannya digunakan untuk menghasilkan kelengkapan peperangan yang digunakan oleh pihak Jerman dalam Perang Dunia II.
 

Thursday, June 2, 2011

Top Ten Kereta Kebal Terbaik


M1A1 Abrams
1. M1A1 Abrams

This 62-ton American warhorse sits in the top with its 120mm smoothbore cannon, classified Chobham armor and a 1500hp engine giving it a top speed of 40mph. Equipped with advanced fire-control computer and damage control systems, it is surely the most hi-tech. Never defeated in a conventional tank battle but it has suffered in the hit-and-run tactics in Iraq.

T-34
2. T-34

The Russians managed to built the perfectly balanced tank with firepower, mobility and easy to produce. More than 84,000 of them were built. Its sloping 65mm armour and the 76.2mm gun was capable of challenging most of the axis tanks. The massed charges of these tanks across the plains of Eastern Europe is one of the famous scenes of the war.

Mk. VI Tiger
3. Mk.VI Tiger

The rightly feared Tiger tank was the German answer to the allied tank superiority. Its famous 88mm could outshoot any other tank and the 100mm armour was virtually impenetrable. But it was difficult to manufacture and could not be fielded in large numbers.

Mark I
4. Mark I

World’s first combat tank was introduced in 1916. Though a tin can in the modern era, it was a revolutionary idea back then. The tank was the answer to the stagnant trench warfare in Europe. It was the reason for the allied victories and the father of the modern tanks to come.

Centurion
5. Centurion

This post-war tank saw action nevertheless around the world. It served with the Israelis and the Indians. Its 150mm armour and 105mm gun was a very powerful combination. It performed well against all the other tanks of its generation.

Mk. IV
6. Mk. IV

The Mark IV was built by six different manufacturers: Metropolitan (the majority builder), Fosters of Lincoln, Armstrong-Whitworth, Coventry Ordnance Works, William Beardmore and Company and Mirrlees, Watson & Co., with the main production being in 1917. Mark IV tanks were used during the Battle of Cambrai in November 1917, showing that a large concentration of tanks could quickly overcome even the most sophisticated trench system.

Challenger
7. Challenger

The current British main battle tank has seen action in Iraq and distinguished itself. One Challenger was hit by eight RPG’s and a MILAN anti-tank missile, but its crew survived unharmed though shaken. It also uses the same Chobham armour as the Abrams.

T-54/55
8. T-54/55

The Soviet tank saw action in the Six-Day war and the 1971 Indo-Pak war. It was fielded by the Syrians and Indians respectively and performed well against the Patton and Centurion tanks of the west. The T-54/55 with the T-62 alone made up nearly 85% of the Soviet Tank force at one time. Nearly 95,000 of them were built.

Merkava
9. Merkava

First introduced in 1977, the Merkava was design with crew safety and protection in mind.Though low in mobility, it has adapted well to the urban nature of warfare faced by the Israeli forces. But its complex design lowers its production rate.

M4 Sherman
10. M4 Sherman

It lacked the armour and firepower of its axis adversaries, but its mobility and field endurance helped it to survive. Faced with superior enemy tanks, it relied on sheer numbers to win. Its simple design made it easy to produce and more than 48,000 of them were produced.

Rahsia Bagaimana Memasak Burger

Oleh kerana aku mempunyai pengalaman dan ilmu dalam memasak burger, maka tak sampai hati nak pendam buat masuk kubur. Karang kena bantai dengan malaikat pula. Oleh yang demikian, kali ini aku ingin buka rahsia bagaimana membuat sebiji burger yang sedap. Kalau ada sesiapa yang nak buat berniaga, itu lagi bagus. Supaya pelanggan berpuas hati dan perniagaan kamu pun bertambah maju.

Jom kita start!

Kuali
Kuali besi hitam berlegam tu sebaiknya dari jenis besi yang tebal. Memang harga dia lebih sikit, sebab ia lebih bagus kerana haba dari api akan lebih stabil dan menyeluruh. Sebelum masak cuci kuali dulu. Gunakan axion atau sunlight atau yangg sama waktu dengannya. Ni aku tengok ramai budak2 meniaga burger tak basuh kuali dengan betul. Dia simbah2 je dengan air kemudian gosok2 dengan scraper. Bangang betul la tu. Tak menjaga kebersihan! Paling penting ialah cuci kuali lepas meniaga. Cuci betul2. Gosok jangan tak gosok!

Api
Lepas cuci kuali, kau lap la dengan kain atau tisu bersih. Tak nak lap pun tak apa – kau panaskan kuali. Pakai api sedang atau besar. Lepas air kat kuali dah clear, kau cepat2 kecikkan api dia. Sebabnya ialah, jangan sesekali masak burger pakai api besar. Nanti burger kau cepat hangus, jadi garing macam keropok dan rasanya tak best. Hanya memasak burger menggunakan api kecil atau sederhana saja. Kau pandai2lah adjust api tu. Karang lama2 kau pandai la. Lepas tu sapukan marjerin ke serata kuali. Sapu thin layer saja. Jangan bubuh banyak – membazir. Ini supaya nanti time nak masak kuali tak melekat.

Marjerin
Aku syor dua jenis iaitu Planta atau Pelangi. Pelangi lebih murah harga dia. Keluaran Felda la beb, so terjamin kehalalannya. Brand lain kadang tak berapa ok – tiada aroma. Tapi ini up to you la.

Daging
Daging mesti pakai brand Ramly yang 700 gram. Sebaikya daging sudah di-defrost-kan terlebih dulu agar cepat masak. Tapi andaikata daging tu masih beku – tak apa. Boleh juga. Letak saja di kuali, cuma jangan sesekali gatal tangan besarkan api – ni ler penyebab daging burger keras, garing dan hangus. Biar jer daging tu jadi lembut dan masak perlahan-lahan. Tak payah sibuk2 letak marjerin. Nanti daging tu akan keluar minyak dia sendiri.

Teknik Menggoreng
Balik2kan daging burger time memasak. Tak payah sibuk2 tekan daging tu. Siapa ngajor? Kalau korang rajin tekan2 daging tu, nanti semua jus daging dia hilang. Daging akan hilang rasa dan keras! Rasa dah jadi hampas.

Teknik Belah Dua vs Teknik Cincang2
Dulu waktu first burger Ramly start sekitar tahun awal dan tengah 80an, mana ada teknik belah dua. Yang ada pada masa itu ialah (cincang) ketuk2 daging tu sampai berlubang2. Teknik belah dua tu baru muncul akhir 80an. Pada aku, teknik ketuk daging burger sampai berlubang tu lebih bagus. Sebabnya ialah selain dari membantu agar daging semuanya masak, ia juga jadi tempat untuk perencah meresap dan terperangkap. Selain itu juga, agar daging tetap tebal dan lembut – terasa apabila digigit dan dikunyah. Teknik belah dua dibuat kerana alasan memastikan daging tu benar2 masak dan sebagai selera mata sahaja. Sebenarnya kalau masak dengan betul, tak kira apa cara, ia pasti ler masak – takkan mentah punya! Teknik belah dua pun OK juga tapi pastikan tak over cook ya, karang daging jadi terlebih garing dan keras pula.

Cara Merempah (Bukan Merempit ya!)
Setelah diketuk2 sampai berlubang atau dibelah dua, sila pastikan daging telah masak kemudian tekan sikit daging tu untuk membuang minyak yg berlebihan. Tekan 2-3 kali jer – jangan over pulak. Lepas tu bubuhlah perencah ikut step ya iaitu:

    * Worchestershire Sauce – Lea & Perrins
    * Kicap Perasa – Maggi
    * Serbuk Lada Sulah – Apa2 brand pun boleh
    * Serbuk Lada Hitam (Optional) – Apa2 brand pun boleh
    * Serbuk Kari Daging (Optional) – Apa2 brand pun boleh
    * Air Bawang Putih – Korang buat sendiri ler


Lepas selesai semua perencah, korang balikkan daging sekali, lepas tu tekan sekali jer and than angkat. Letak kat roti yang telah disediakan. Pastikan memasak daging jangan over cook, nanti rasa dia hilang dan keras.

Air Bawang Putih
Ia bertujuan untuk mengelakkan daging jadi over dry. Air bawang putih akan menggantikan jus daging yang sebahagiannya telah hilang waktu proses memasak tadi. Cara buatnya sonang yo. Kau kupas bawang putih lepas tu kau ketuk bagi hancur. Masukkan dalam botol, bubuh air dan goncang! Tak payah bubuh garam tau. Settle dah!

Roti Burger
Lepas belah dua, korang sapu marjerin. Jangan kedekut sapu marjerin tapi jangan pulak over. Sapu thin layer saja tapi menyeluruh. Bakar roti di kuali di bahagian isi tengah saja. Bahagian kulit atas dan bawah jangan bakar. Karang berminyak dan lembik pulak. Jangan gatal2 tangan tekan roti tu time membakarnya. Siapa ngajor? Kalau tangan gatal jugak nak menekan2, baik korang bakar jer tangan korang. Gatal betul! Sambung balik.. Lepas bahagian yang dibakar tu dah jadi perang sikit, kau angkatlah. Sebaiknya letak atas alas berjaring bukan di tempat yg rata seperti pinggan. Letak kat alas berjaring akan membuatkan hot air circulation pada roti lancar. Roti jadi gebu, garing dan mantap. Jika korang letak kat tempat flat, roti nanti jadi lembik. Pakcik benda lembik2 ni tak gemar la.

Sayur
Lepas roti dah dibakar. Korang bubuhlah sayur. Ni ada beberapa pilihan sayur.

    * Salad
    * Lettuce
    * Kobis
    * Tomato
    * Bawang Kuning / Holland
    * Timun

Salad, lettuce dan kobis – sebaiknya korang hiris ler. Kobis tu paling bagus kalau dihiris halus2, baru ler mantap. Antara salad, lettuce dan kobis – aku prefer lettuce dan kobis sebab lebih terasa dan rangup. Salad kadang2 ada yang pahit dan liat juga. Tomato juga perlu dihiris. Bawang korang boleh pilih sama ada nak hiris atau potong dadu. Aku prefer hiris sebab lebih terasa bila digigit. Timun lebih baik kalau timun jepun – lebih rangup dan tiada risiko liat dan pahit seperti timun biasa.

Sos Cili
Sebaiknya gunakan sos cili yang ada brand la seperti Maggi, Bumi Hijau, Kimball etc. Kau janganlah pakai sos cili murah. Nanti rasa burger kau hancus.

Sos Tomato
Kalau nak gunakan sos tomato, carilah yang rasanya kurang masam. Gunakan sedikit sahaja.

Sos Lada Hitam
Dulu2 tak ada benda ni. Tapi kalau letak ni pun sodap.. tambah sodap. Syaratnya pastikan sos lada hitam tu pedas2 manis sikit. Korang boleh adjust sendiri.

Mayonis
Zaman dulu2 mana ada letak mayonis. Emmm.. zaman berubah. Mayonis yang paling sesuai ialah brand Ladys Choice. Tapi harganya mahal. Brand murah rasanya agak masam sedikit – masam tak bagus untuk burger citarasa Malaysia ini. Kalau korang nak jimat, korang beli jer mayonis pakai paket jenama murah sikit. Lepas tu korang adjust dengan menambah gula castor atau gula icing barang sesudu dua lepas tu gaul rata.

Keju
Dulu pun tak ada keju. Tapi kalau nak letak keju pun boleh. Cuma mahal la sikit.

Telur
Guna telur ayam ya. Bukan telur itik atau telur kambing. Telur ni untuk Benjo sahaja mulanya (ntah siapa yg bagi nama Benjo ni asalnya pun aku tak tahu). Tapi sekarang dah jadi trend burger tambah telur jadi burger special. Ada macam2 fesyen dan teknik. Ada yang masak pakai acuan (old style), ada yang buat dadar lepas tu lipat dan ada yang buat dadar lepas tu bungkus daging burger. Bagi aku, jika nak rasa telur tu benar2 terasa ialah dengan mengunakan teknik acuan. Telur akan utuh dalam bentuk alaminya dan ketebalannya itulah yang menyebabkan rasa telur itu muncul. Kalau dah jadi pembungkus daging, rasa telur tu dah kalah habis oleh rasa daging. So what for letak telur? Ia lebih kepada untuk membuat mata para pelanggan tertarik aja. Tapi ingat..makan burger pakai mulut, gigi, lidah dan tekak..bukan pakai mata! Tapi selera orang lain2. Lantak dia ler.

Habis dah pun cerita pasal resepi memasak burger. Kalau ada sebarang komen atau ulasan, korang tulislah banyak2 kat bawah sinun. Mungkin korang boleh improve lagi.



Wednesday, June 1, 2011

Berenang di Singapura

Marina Bay Sands di Singapura menawarkan kolam renang yang unik dalam dunia.Direka oleh arkitek MosheSafdie, kolam renang ini ditempatkan di 200 meter di atas tiga bangunan hotel, dengan menawarkan pemandangan yang hebat.