You Follow Me, I Follow You

Monday, February 28, 2011

Blog Ini Ditutup Buat Sementara Waktu

PENGUMUMAN: Blog Farhan Azis akan berhenti beroperasi buat sementara waktu bagi tujuan kerja-kerja naik taraf dan juga berkemungkinan blog ini akan berpindah ke link yang baru. Operasi akan dihentikan pada 1 Mac 2011 sehingga ke suatu tarikh yang akan ditetapkan. Terima Kasih semua, jumpa lagi..

Friday, February 25, 2011

Mengimbau Kenangan Time Kecik-kecik Dulu

Salam se-Malaysia..


Time yang selalu kita rindui dan rasa ingin kembali semula ke masa tersebut ialah time kecik-kecik dulu. Bermaksud, sewaktu kita kecil berumur dalam lingkungan 3 hingga 12 tahun. Masa ini lah, kita bermain sepuas-puasnya, bebas melakukan aktiviti-aktiviti luas batasan minda matang. Sebab tu, bila umur kita semakin dewasa kita akan mengenangkan zaman kita ketika kecik dahulu sambil tersenyum, dan lebih dahsyat sampai ketawa bergolek3 teringat gelagat dan aksi kita ketika kecik. Normal la, sesuai dengan tittle budak-budak yang bersifat enjoy, aktif dan happy-go-lucky. 

Kali ni, aku sempat list kan 5 perkara yang tip top semasa zaman kanak-kanak aku. Barangsiapa yang sezaman dengan aku, benda yang aku list kan ni mesti popular dan happening pada ketika tu. 5 perkara ni diancam kepupusan sebab kanak-kanak zaman sekarang dah x layan lagi dah benda-benda ketinggalan zaman macam tu.

Pertama
*Kat mana nak cari digimon ni? Aku teringin nak beli balik, simpan buat kenangan

Aku x ingat benda ni nama saintifik dia apa. Tapi ini la digimon yang sangat laris di pasaran pada masa tu. Aku pernah beli sebiji, tapi hilang ntah ke mana. Digimon ni best sebab kita akan menguruskan haiwan ternakan dari dia baby sampai la dia berevolusi dan seterusnya mati. Benda ni jugak boleh di connectkan dengan digimon orang lain bagi tujuan battle utk tengak siapa yang lebih kuat. Permainan digimon ni ada banyak edisi, dan setiap edisi haiwan ternakan adalah berbeza. Permainan ni popular sekitar tahun 1997 hingga tahun 2000 kalau tak silap aku.

Kedua
*Bayangkan dalam kotak tu ada BMW 525i hehe..

Kotak mainan ding dang dan tora ni memang tip top laa. Nak cerita, dulu mak aku selalu suruh pegi kedai beli barang. Then, aku mesti gunakan duit lebih daripada beli barang tu untuk beli kotak ding dang ataupun tora, hehe. Dulu, otak belum berkembang nak pikir logik. Aku selalu bayang ada mainan menarik dalam kotak tu. Beli satu dapat mainan x menarik, then beli lagi dan beli lagi dengan harapan dapat mainan yang grand2.. Hampeh, kalau aku tau lebih baik aku kumpul duit beli ding dang tu untuk pegi haji lagi bagus.

Ketiga
*Kartun feveret, wajib tonton..

Animasi Jepun iaitu Dragon Ball. Masa zaman aku, kartun ni popular dan menjadi topik hangat bila sembang dengan kawan-kawan. Siaran kartun ni ditayangkan pada hari sabtu dan ahad pukul 9 pagi di TV2 kalau x silap aku la. Jadi, tepat pada masanya mesti terpacak depan tv kadang2 berebut siaran dengan mak abah. Bila tengok kartun, mula la berangan nak jadi macam karekter itu dan ini. Aku teringin gak nak jadi super saia, ada sesapa boleh bagi petua untuk jadi super saia??

Keempat
*Sediakan tisu kalau nak tengok drama nie..

Sebuah drama bersiri made in Filipina yang sangat menyentuh perasaan. Walaupun time tu kecik lagi, tapi best gak layan cerita romantik macam ni. Drama ni dalam kategori wajib tonton dan x boleh missed. Aku x ingat tarikh drama ni dimainkan di bumi Malaysia. Ditayangkan di TV2, petang waktu Malaysia..hehe. Pangako sayo ni mengisahkan cerita cinta antara Angelo dan Yna..

Kelima
 
*Sapa kalah, rubber dia akan dirampas, hehe..

Lawan getah pemadam merupakan permainan popular pada waktu itu. Modal untuk bermain hanya 10 atau 20 sen saja. Syarat-syarat pertandingan ialah, mesti memiliki getah pemadam dan sanggup hadapi cabaran. Cara bermain dengan menggerakkan getah pemadam tu dengan jari anda sehingga berjaya menindih getah pemadam lawan..mudah kan? Permainan ni memang enjoy.

Huhu, demikian la senarai 5 perkara yang aku ingat tentang masa kecik aku. Sememangnya time kecik-kecik dulu mempunyai nostalgia yang amat indah. Terasa rindu bila terkenangkan waktu itu bila memgimbau kembali tingkah laku, perangai dan tabiat kita sewaktu kecik. Anda pula bagaimana??

Sunday, February 20, 2011

Nilai Estetika Cinta Seorang Lelaki


Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.


Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.


Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu
merasa berat badan kamu sudah bertambah.


Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’ 'Selamat Hari Minggu’ ‘Selamat Tidur’ ‘Take Care’ dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang
berbeza,bukan “aku CINTA padamu” tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

Jika kamu menyambut hari ulangtahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.


Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.


Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.


Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia
ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.


Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.


Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.


Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.


Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.


Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.


Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh di mata, jauh di hati?’


Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.


Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.


Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika
kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar
mana permintaan mu.


Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.


Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.


Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.


Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

Thursday, February 3, 2011

KALI PERTAMA : Main Tag & Dapat Award

Bismillah ir Rahman ir Rahim..
Di pagi Chinese new year ini, terkenang daku kepada si dia..kah kah kah. Selamat tahun baru!!
Sambil berfacebook, singgah sat kat blog sambil memerhati traffic yang singgah di sini, agak slow tambahan pulak penulis blog sendiri pon ketandusan idea untuk aktif update. hahaha..
 Thanx Cik Yuz (rakan bloger) kerana sudi meninggalkan jejak di chatbox. Jejak yang bermakna tu. haha
Sebelum ni aku pernah di TAG tapi tak dilayan. Bukan sebab apa, aku tak reti main tag-tag nie. kantoi suda hahaha. Kali nie, tag akan dibalas, dan ini tag yang pertama aku jawab:
Apakah nama blog favourite anda? (Sila sertakan link sekali)
Nie macam nak promo blog orang lain ja. hahaha
Err, buat masa la nie, blog yang aku paling suka ialah blog mamat encem nie farhan azis
http://farhanazis.blogspot.com/  

Sudah berapa lama anda berblogging?
Kurang pasti sebab aku x suka kira-kira hahaha. Bila di campur tolak bahagi dan darab kemudian di square rootkan, mungkin aku start berblogging nie hampir-hampir setahun lebih, nukilan pertama aku di blog bertarikh
July 23, 2009 

Adakah anda seorang yang Kakkoii? (Kakkoii = Cool)
Huhu istilah baru kakkoii. Ya aku cool dan sempoi. Tapi ada masa kita serius, ada masa kita kakkoii hahaha..

Jika ditunaikan 1 hajat, apakah hajat anda?
Hajat tu banyak, tapi nape satu je boleh? hahaha. Hajat, nak masa depan yang cemerlang dan hidup dengan gembira bersama orang yang aku sayang.

Siapakah 4 mangsa TAG seterusnya?
Hahaha, nak tag kat sapa tah. Harap mereka sudi di Tag

Kak Zhana Violet


Terima kasih sekali lagi kepada cik yuz yang sudi kasi tag. hahaha..
Selamat membalas tag :)

Ini Awardnya, pertama kali. hahaha