You Follow Me, I Follow You

Wednesday, September 30, 2009

Delete

Tuesday, September 29, 2009

♥ Kejutan Darimu Sayang ♡

Terima kasih sayang..
sebab petang tadi bagi kejutan yang paling manis seumur hidup ku..
i love u sayang..


Tak dapat nak gambarkan sejuta keriangan.. Terharu, terima kasih sayangku..
I pinky promise I'll always love You till the end of time and no one will get in the way of our love..

InsyaALLAH..

Monday, September 28, 2009

Perubahan: Jadual Baru Yang Memenatkan..

Pagi tadi, Lower 6 dimaklumkan tentang perubahan jadual waktu persekolahan.. Jika dahulu diura-urakan pelajar akan pulang lewat, kini ia menjadi berita yang 'real'.. Jadual biasa pun dah cukup memenatkan, inikan pula jadual baru dengan penambahan period masa yang dilanjutkan..

Susah, tetapi ia adalah cabaran dari segi psikologi.. Kita terima dengan hati yang terbuka, bak kata pepatah "bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.. Kami juga dapat berita kurang menarik antaranya jadual final exam serentak negeri Perlis bermula pada 20 Oktober..

Untuk makluman, 21 Oktober kami akan bertolak ke Kuala Lumpur untuk sesi lawatan bermaklumat ke destinasi yang telah dicomfirmkan.. Kami x kira, nak pi jugak..ha5


*Jadual baru 6R1 2009

Mulai minggu ini, jadual persekolahan baru bagi Lower 6 akan bermula.. Siap sedia la dari segi fizikal dan mental untuk menghadapi cabaran dan dugaan..
Semoga berjaya..

Sunday, September 27, 2009

Back To School (Part II)



Salam 1 Malaysia..

Bermula esok, sesi persekolahan akan bersambung kembali setelah bercuti selama seminggu..
Para pelajar dan guru akan kembali menjalankan tugas masing2.. em, rasanya belum puas lagi cuti betui dak? tapi nak buat gena, kita kena pi kolah jugak.. (loghat Utare)

Esok, guru dan pelajar akan meneruskan agenda masing2.. Guru mengajar, pelajar belajar..
Buat adik2 PMR dan SPM, x brape lama lagi da nak exam.. jangan main2 ok.. Abg2 STPM pun, gud lax..
Bagi pelajar Lower seluruh Perlis, kita jangan lupa yang kita ade final exam bersama.. Prepare la ye..haha.. Puasa dah pun berlalu, so boleh la concentrate study dengan lebih bersungguh2..
Balik sekolah awal? Tak payah la.. Kita balik ikut jadual PnP la.. Tak elok ponteng2 nie..he3..

Semoga, selepas raya nie pelajar dapat buang sikap2 yang buruk.. Tinggai buang la hok mana yang x elok.. Esok sama2 la kita dengar amanat dari Pengetua, Penolong Kanan dan Guru2.. Mana yang depa tegoq kita ambik reti dan ikut.. Cikgu2 nie sayang kat kita.. Kita la pelapis generasi masa depan..haha

Buat kawan 6R1, rindu kat hampa.. Especially ______
Siap sedia, x lama lagi kita ada lawatan ke Parlimen Malaysia.. Dan kita akan berenjoy sebelum final exam.. Dun forget, next year we will face the STPM.. Get ready ok..

* Jadual PnP kelas 6R1..

Sampai di sini saja la perutusan khas sempena esok sekolah buka..
Kalau umur panjang kita jumpa lagi..

Wassalam..

Thursday, September 24, 2009

Journey To Parlimen (Part II)


Raya dah pun berlalu.. Sudah hampir dengan penghujung September.. Sekarang nie, kembali menghitung hari untuk bersidang di Parlimen Malaysia yang akan berlangsung pada 21-23 Oktober ini..
Segala perancangan belum lagi di detailkan dan perlukan penambahbaikan seperti jadual program, jadual kewangan dan senarai tetap peserta.. Oleh itu, pelbagai langkah telah dirancang dan akan dilaksanakan secara serius bagi memastikan kelancaran aktiviti yang telah diatur dan dirancang..
Apa yang telah pasti, semua pihak yang terlibat sudah pun memberikan maklumbalas dan memberi isyarat kebenaran.. Yang dah comfirm:

  • Parlimen Malaysia - Terima maklumbalas: rujuk surat fax bertarikh 17 Ogos 2009
  • Bank Negara - Terima maklumbalas: rujuk surat fax bertarikh 9 September 2009
  • Penginapan - Di taja oleh YB Senator Mohd Khalid Ahmad
  • Pengangkutan - Jabatan Pelajaran Perlis

*Berlaku sedikit perubahan pada jadual..

Perkara yang perlu diingatkan ialah, etika berpakaian.. Semua peserta wajib memakai pakaian seragam sekolah, blazer, kad matrik, bertali leher bagi lelaki.. Makan sendiri keluar duit akan tetapi, insyaallah akan ada sedikit jamuan yang akan ditaja oleh Member of Parliament dari Perlis.. Insyaallah, apa yang telah dirancangkan akan berjalan seperti apa yang telah diatur..
Semoga Allah memberkati kami.. Amin..

Wednesday, September 23, 2009

Aidilfitri 1430H..

Pejam celik pejam celik, Ramadan 1430 hijrah telah pun berlalu.. Sempurnakah puasa Ramadan kita? Yakinkah diri bahawa ibadah puasa yang diamalkan sepanjang Ramadan lalu benar-benar menepati rukun dan adab- adab berpuasa yang dituntut syarak? Atau puasa kita sekadar berjaya menahan lapar dan dahaga sahaja bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari, kerana sudah jadi ‘budaya’ masyarakat muslim? Tepuk dada tanya la iman..

Walaupun begitu, orang yang tahu fadilat ataupun keistimewaan bulan syawal ini pasti tidak akan melepaskan peluang keemasan ini untuk melakukan amal-amal kebajikan seperti bersedekah dan berpuasa sunat.. Ini kerana kesemua amal baik yang dilakukan pasti akan beroleh ganjaran yang sewajarnya dari Allah SWT.. Sebagai contoh, berpuasa enam hari dalam bulan syawal bakal diganjari pahala puasa setahun penuh sepertimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadan kemudian mengiringinya dengan berpuasa enam hari dari hari raya, maka puasanya itu adalah menyamai setahun penuh. (H.R. Muslim)

Selamat menyambut Syawal 1430H semoga Ramadan yang lalu telah memberi banyak hidayah dan keinsafan kepada kita.. InsyaALLAH..


"Kegagalan hari ini beerti pendorong, namun kejayaan semalam bukan beerti kemegahan, oleh itu gantungkanlah cita-citamu setinggi-tinggi bintang di langit, dan rendahkanlah dirimu serendah-rendah rumput di bumi"

wallahua'lam..


Saturday, September 19, 2009

Maaf Zahir & Batin

Sir lump mad hurry rare year ma half zar hair bar teen too loose dairy hearty young e class..

nie kad raye untuk rakan bloggers..

2009

thanx kpd rakan2 bloggers yg sudi melawat blog aku
thanx jgk kpd yg sudi memberi komen..
teruskan menulis blog!!

sepanjang aku menulis blog nie, klau ada tulisan aku yang tersasul atau menyinggung prasaan sesape je, aku mohon maaf..

Selamat Hari Raye
Maaf Zahir & Batin..


Friday, September 18, 2009

Novel: Curahan Cinta Niagara

Kita sering kali bertanya, "Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?"
Quran menjawab, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagimu. Boleh jadi kamu menyayangi sesuatu padahal ia buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
Surah al-Baqarah, ayat 216


Pengenalan..


Mira Azilah, gadis kelahiran Janda Baik, Pahang, digambarkan melalui kehidupan penuh ranjau apabila terpaksa membesar dalam serba kekurangan dan lebih menyayat hati tanpa kasih sayang seorang bapa, tetapi menerima segala dugaan itu dengan tabah kerana yakin ia sebahagian daripada ujian Ilahi.. Novel setebal 49 bab ini, dimulai dengan kisah Mira melanjutkan pelajaran di State University of New York, Amerika Syarikat dan dipertemukan dengan Faris, anak hartawan yang suka berfoya-foya dan mengambil kesempatan ke pelajar wanita.. Bagaimanapun perangai buruknya berubah ketika mula mengenali Mira, gadis berhati tulus yang berjaya menambat hatinya sehingga akhirnya memaksa dirinya berusaha memenangi hatinya meskipun terpaksa menggunakan kekerasan dan berkesudahan dengan kemalangan jalan raya yang menyebabkan Faris lumpuh.. Mira yang berasa kasihan dan bersalah atas nasib yang menimpa Faris, akhirnya sudi mengahwini pemuda itu, meskipun tahu calon suaminya mengidap penyakit HIV akibat pergaulan bebas di samping berusaha menjadi isteri terbaik kerana reda dengan ketentuan Tuhan buat dirinya.. Ketabahan Mira teruji juga apabila dia tidak dapat mengecap nikmat berumah tangga selayaknya sebagai isteri dan terpaksa melayani suami yang bertukar menjadi pemarah, berputus asa dan sering meringankan hukum agama.. Kebencian ibu mentua Mira, Datin Faridah yang tidak merestui perkahwinan pasangan terbabit pasti meruntun jiwa pembaca dan pengarang turut meruntun jiwa apabila disogokkan dengan kisah abang ipar Mira, Farhan yang tegas lagi cengil, jatuh cinta pandang pertama lewat kunjungannya bersama Mira dan Faris di Air Terjun Niagara.. Kematian Faris membuka peluang kepada Farhan untuk merebut cinta Mira dan keadaan memihak kepadanya apabila Faris meninggalkan wasiat agar abang serta isterinya itu disatukan, meskipun hati gadis itu sebenarnya berbelah bagi.. Mira akhirnya menerima lamaran daripada keluarga Datuk Rashid dan keputusan itu nyata menyebabkan pisang berbuah dua kali apabila gadis itu terpaksa hidup sengsara lantaran mengahwini lelaki yang sering dibayangi peristiwa silam.. Berkat Ketabahan dan kesetiaan, bahagia akhirnya menjengah, tetapi kehadiran Azrin, bekas pesakit Gangguan Stres Pascatrauma (PTSD) yang diterima bekerja di Syarikat Titian Maju milik Farhan, hampir menggugat kebahagiaan mereka yang baru menjengah.. Kebaikan dan kelembutan Mira mengingatkan Azrin kepada ibunya, kekasaran Farhan pula mengingatkannya kepada kebengisan bapa tirinya dan akhirnya menjadikan Azrin semakin keliru serta hampir meragut nyawa Farhan kerana kenangan kepafa bapa tirinya.. Sungguhpun novel tampil dengan judul Curahan Cinta Niagara, hakikatnya ia dibaluti dengan nilai Islam, sarat pengertian, motivasi dan nasihat kerana pengarang bijak menyelitkan petikan daripada al-Quran dan terjemahannya serta beberapa hadis sahih bagi memperkuatkan hujah dalam menjawab setiap konflik.. Pembaca juga pasti berasa betapa ikatan perkahwinan itu sebenarnya indah, sekiranya setiap pasangan tahu menikmati dan menghargai kesucian perhubungan terbabit dan sentiasa berusaha berpandukan kepada ajaran Islam..


Sinopsis..

Mira Zahila, gadis yang mudah berkawan tetapi tidak mempercayai institusi perkahwinan telah menjadi rebutan dua orang lelaki.. Air terjun Niagara Falls menjadi titik permulaan Farhan disapa oleh perasaan cinta pertama.. Namun Farhan terpaksa memendam rasa kerana adiknya Faris yang sering memperolehi apa yang diingininya lebih dahulu menagih cinta Mira.. Di saat-saat menemui ajal, Faris telah memberi laluan kepada Farhan untuk merebut cinta Mira.. Namun, Mira tidak dapat menerima cinta Farhan kerana cara hidup Farhan dirasakan asing baginya. Farhan pula mula sangsi dengan cintanya kerana sejarah silam Mira dan Faris bercanggah dengan prinsip hidupnya.. Dalam keadaan terpaksa, Farhan menikahi Mira walaupun dia sendiri tidak pasti perasaan sayang atau benci yang bersarang di hatinya.. Ketika Farhan dan Mira bergelut mencari kebahagiaan sebagai suami isteri, muncul pula seorang wanita yang bakal menggoncang keharmonian rumahtangga mereka.. Yang bakal mematikan benih-benih cinta yang baru bercambah.. Berjayakah Mira mencari kebahagiaan, merentasi lautan dari New York ke London dan Paris hingga ke Kuala Lumpur? Dan sempatkah Farhan membuktikan cintanya sehebat curahan Niagara?

Farhan dan Mira?? http://emo.huhiho.com


Wednesday, September 16, 2009

SMK Arau: Lawatan ke Bank Negara Malaysia


Surat kebenaran melawat ke Bank Negara Malaysia telah pun sampai..
SMK Arau telah mendapat jawapan dan pihak BNM sudi menerima kedatangan kami dengan tangan terbuka.. Terima kasih BNM..

Masa yang ditetapkan ialah pada jam 2:30 hingga jam 4 petang pada 22 Oktober 2009 bersamaan dengan 3 Zulkaedah 1430 hijriah pada hari khamis..



Pihak BNM telah menyusun program yang berfaedah untuk kami..
Ini menunjukkan keperihatinan BNM dalam mendedahkan tentang fungsi bank negara kepada para pelajar.. Sedikit sebanyak ilmu yang bakal diperolehi akan boleh dimanfaatkan untuk kebaikan..


Tidak lupa juga, di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung..
Oleh itu, BNM telah menggariskan beberapa perkara sebagai langkah2 keselamatan dan cara2 protokol yang perlu dipatuhi dengan teliti..


Diharapkan, dengan izin Allah s.w.t program lawatan ini akan berjaya dan mendapat berkat dari- Nya.. Semoga para pelajar dapat memanfaatkan lawatan ini sebaik mungkin..
Peluang yang datang itu hanya sekali..

Sekian, Wallahualam..

Tuesday, September 15, 2009

Delete

Sunday, September 13, 2009

Sejarah Penubuhan Bank Negara..


Bank Negara Malaysia atau BNM merupakan bank pusat di Malaysia.. Ibu pejabatnya terletak di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia, dan ia ditubuhkan pada 26 Januari 1959 (sebagai Central Bank of Malaya atau Bank Negara Tanah Melayu) untuk mengeluarkan mata wang, sebagai jurubank dan penasihat untuk Kerajaan dan mengawal kedudukan kredit negara..

Bank Negara Malaysia ditubuhkan pada 26 Januari 1959 di bawah Ordinan Bank Pusat Tanah Melayu 1958.. Dengan penubuhannya, ia perlu memenuhi 5 objektif iaitu:

  • Untuk mengeluarkan mata wang, Ringgit Malaysia dan menyimpan rizab menjaga nilai mata wang;
  • Untuk bertindak sebagai jurubank dan penasihat kewangan kepada kerajaan;
  • Untuk menggalakkan operasi pembayaran negara dan sistem penyelesaian yang boleh dipercayai, cekap dan lancar dan untuk memastikan dasar pembayaran negara dan sistem penyelesaian untuk kelebihan Malaysia;
  • Untuk mempromosi kestabilan kewangan dan struktur kewangan;
  • Untuk mempengaruhi keadaan kredit supaya menguntungkan negara;

Oleh itu, dengan objektif berikut, bank dicipta untuk mengawal selamat ekonomi Malaysia. Matlamat lebih luas bank adalah mempromosikan pertumbuhan ekonomi di Malaysia, tahap yang tinggi pekerjaan, memelihara kestabilan harga dan satu keseimbangan munasabah dalam kedudukan pembayaran antarabangsa negara, membasmi kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat..

Bank Negara Malaysia diketuai oleh seorang Gabenor yang menjalankan urusan dan hal ehwal bank mengikut dasar yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah.. Sejak ia ditubuhkan, Bank Negara Malaysia telah ditadbir oleh 7 orang Gabenor..

Gabenor Tahun
Tan Sri W H Wilcock
Januari 1959 - Julai 1962
Tun Ismail bin Mohamed Ali
Julai 1962 - Julai 1980
Tan Sri Abdul Aziz bin Taha
Julai 1980 - Jun 1985
Tan Sri Dato' Jaffar bin Hussein
Jun 1985 - Mei 1994
Tan Sri Dato' Ahmad bin Mohd Don
Mei 1994 - Ogos 1998
Tan Sri Dato' Ali Abul Hassan bin Sulaiman
September 1998 - April 2000
Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz
Mei 2000 - Kini

Delete

Saturday, September 12, 2009

Delete

Wednesday, September 9, 2009

09-09-09


Dalam perca-perca kenangan cinta, aku teringatkan titik permulaan aku mengenali diri mu.. Beginilah cinta, mewarnai kehidupan kita semenjak kecil sehinggalah kita dewasa.. Aku sering mengharapkan agar kau kekasih ku menoktahkan kebimbangan diri ini dalam percintaan.. Mari kita buktikan pada dunia bahawa cinta kita ini suci dan abadi.. Aku pegang erat janji mu, kita menuju gerbang cinta sejati.. Jangan biarkan cinta ini karam di lautan sepi.. Jangan biarkan kemenangan berpihak kepada mereka yang menjadikan cinta kita sebagai bahan mainan.. Mereka semua tidak berhak menilai percintaan kita, kerana rasa kasih dan sayang yang kita kongsi bersama ini hanyalah kita yang mampu memahaminya..

Kau umpama sekuntum mawar, cantik menawan dengan haruman lalu datang sang kumbang menyapa, memberi kasih menitip sayang lalu bermulalah suatu episod cinta agung antara kita..

Cinta ini umpama secawan madu dengan hempedu.. Dilimpahi dengan kemanisan tetapi juga dipenuhi dengan pancaroba.. Jika kita ingin merasai kemanisannya, jangan lupa untuk bersedia merasai kepahitannya juga..

Ya Tuhanku Yang Maha Pengasih Dan Penyayang..

Kau satukanlah hati ku dengan hatinya kerna aku menyayangi dan mencintai dirinya..
Berikanlah daku kekuatan dalam mengharungi dugaan dalam perhubungan ini..
Lindungilah diriku ini dari kekecewaan kerna aku tak sanggup lagi menghadapi satu lagi kekecewaan..
Semoga apa yang Kau berikan adalah terbaik untuk ku dan dirinya..

Monday, September 7, 2009

Mimpi..?

Dalam hadis dijelaskan bahawa mimpi bukanlah satu hujah untuk kita berpegang dan mempercayainya. Hadis Nabi SAW yang bermaksud:

"Mimpi yang baik itu adalah dari Allah dan mimpi yang buruk itu adalah dari gangguan syaitan"

Oleh itu kita janganlah terpengaruh dengan mimpi tersebut.. Adab dalam menghadapi mimpi ialah apabila mendapat mimpi yang baik maka berdoalah kepada Allah minta kebaikannya mimpi tersebut.. Manakala jika memperoleh mimpi yang buruk maka mohonlah perlindungan dari Allah dari keburukannya mimpi tersebut...

Mimpi adalah mainan tidur semata-mata.. Tak payah la berpegang dan meyakini sesuatu yang dilalui semasa mimpi.. Oleh yang demikian sebelum tidur hendaklah mengambil wudhu, membaca 3 Qul dan berselawat..

Friday, September 4, 2009

Delete

Thursday, September 3, 2009

Tuesday, September 1, 2009

Delete