You Follow Me, I Follow You

Thursday, December 30, 2010

Indonesia Juara AFF Suzuki 2010

Salam 1 Malaysia..
Tahniah kepada Indonesia yang jadi juara piala Suzuki 2010. kah kah kah
Mimpi je la Indonesia oi. MALAYSIA BOLEH!! Sekalung tahniah dan syabas kepada barisan pemain muda Malaysia yang telah menunjukkan peningkatan dalam sukan bola sepak. Malaysia juara piala AFF suzuki 2010, bukan seperti tajuk di atas. kah kah kah

Seluruh rakyat Malaysia rata-ratanya berbangga dengan kejayaan sulung ini dan membangkitkan semangat cinta akan negara. Jika dilihat melalui perlawanan pertama peringkat kumpulan, Malaysia memulakan misi dengan kejutan apabila ditewaskan oleh tuan rumah Indonesia dengan jaringan 5-1. Bak kata bijak pandai, kita belajar dari kesilapan. Pada perlawanan seterusnya Malaysia mula menunjukkan kematangan dalam permainan apabila berjaya menumpaskan juara bertahan Vietnam dengan 2-0 pada perlawanan pertama di Bukit Jalil dan seri pada perlawanan kedua di Vietnam.


Kesungguhan skuad Harimau Malaya ini akhirnya berjaya mengukir sejarah apabila berjaya menjulang piala AFF suzuki buat kali pertama selepas 17 tahun edisi kejohanan berlangsung. Kejuaraan ini juga merupakan hasil kebolehan anak tempatan tanpa memerlukan jurulatih mahupun pemain yang diimport. kah kah kah

                           * Barisan skuad Harimau Malaya..

Ini baru lah asli dan original. Walaupun pelbagai adu domba dari pihak Indonesia, semua itu tidak dipeduikan. Semangat Malaysia boleh yang membara di jiwa pemain membuatkan mereka bersungguh2 ingin memcapai kejayaan ini. Ini adalah kejayaan untuk Malaysia dan rakyat Malaysia. Kejuaraan AFF Suzuki Cup 2010 menjadi milik Malaysia setelah berjaya mengalahkan skuad Garuda dengan agregat 4-2. Tahniah juga kepada striker berbisa negara, Safee Sali yang menjadi top score pada edisi kali ini.

 * Laluan Malaysia ke final..

 * Safee penjaring terbanyak, 5 gol..
Pada pendapat aku, kejayaan ini biarlah berterusan dan harapan agar kegemilangan bola sepak Malaysia pada era 70 & 80an dapat dikembalikan. Jangan lupa, pembangunan bola sepak Malaysia juga harus diperkemaskan lagi bagi menggilap bakat-bakat anak muda tempatan. Siapa tahu mungkin Malaysia boleh pergi jauh ke hadapan dengan menyertai World Cup 2014 nanti.. hehe

Tidak lupa juga kepada para penyokong, syabas dan tahniah. Kewujudan Ultras Malaya mewarnai semangat para penyokong. Perlu diingatkan, kalah atau menang, hujan atau panas, kita sebagai penyokong perlu berdiri dibelakang skuad Harimau Malaya dengan melaungkan kata-kata semangat.

Sepanjang berlangsungnya kejohanan piala konfederasi Asean ini, terserlah bakat serta kegigihan team Malaysia. Corak permainan juga kian matang cuma perlu juga diperbaiki beberapa kelemahan yang ada. Aku dan juga seluruh pendukung skuad Harimau Malaya ingin menyatakan kesetiaan kepada timnas Malaysia.

* Malaysia juara AFF Suzuki Cup edisi 2010..

Kewibawaan jurulatih K. Rajagobal telah meletakkan prestasi pasukan Harimau Malaya ke satu tahap yang berbeza berbanding tahun-tahun sebelum ini. Semoga ianya membuahkan sesuatu yang lebih positif dan menjadi pemangkin kepada kejayaan yang seterusnya.

Syabas skuad Harimau Malaya!!

Indonesia juara dalam mimpi je lah.. kah kah kah

Sunday, December 19, 2010

Setelah lama berehat, kini menulis semula

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih..

Setelah sekian lama aktiviti menulis di blog dihentikan, kini aku tampil dengan entri yang baru. Harapan tinggi menggunung untuk memperbaiki tulisan dan memperkayakan gaya persembahan di blog. Sebelum itu, jutaan maaf di pohon kepada semua kerana operasi di blog tidak berjalan seperti biasa kerana mempersiapkan diri dengan peperiksaan (STPM 2010). Jika ada sebarang maklumat yang diperlukan, boleh berhubung terus dengan aku di Facebook.

Menulis semula blog setelah sekian lama berehat bukan suatu benda yang mudah. Kelincahan pegerakan jejari kini tidak secergas dahulu. Kehadiran idea juga terhad kerana kuang alert dengan perkembangan semasa, teruk betul..haha

Syabas juga kepada penulis2 blog yang masih segar hingga sekarang. Blog aku nie bukan saja tak segar malah bersawang bersepah dan segalanya. Nak menulis nie bukan senang, bukan hanya catatan kosong yang tak da apa-apa makna..haha

Kecanggihan teknologi zaman sekarang, memudahkan sesiapa saja mengakses internet. Dari usia semuda 3 tahun hingga ke 300 tahun (moyang) untuk menggunakan kelebihan daripada pembangunan sains dan teknologi ini. Limpahan pengguna sebegini mempamerkan pelbagai sikap dan telatah mereka. Lihat saja di laman facebook, bermacam-macam gelagat mereka.

Aktiviti blogger (penulisan maya) kini menjadi satu alternatif kepada individu untuk berkongsi maklumat dan informasi kepada segenap masyarakat. Kita dapat lihat suasana alam maya diwarnai pelbagai aplikasi-aplikasi yang mampu menyebarkan maklumat secara meluas seperti facebook, twitter, blogspot dan lain-lain lagi. 

Namun begitu, alam maya (internet) nie ada pro dan kontranya. Di sini aku nak tegaskan, blog aku pada entri akan datang tidak akan dipengaruhi oleh mana-mana ideologi politik. Farhan Azis|Blogspot merupakan blog peribadi dan isu-isu yang aku utarakan hanya pendapat peribadi aku.

Kepada rakan follower, terima kasih kerana terus menyokong blog aku. Teruskan hantar komen, kerana aku akan publish semua komen hampa. Rakan-rakan blogger, selamat menulis.

Wednesday, September 8, 2010

Salam Lebaran, Maaf Zahir & Batin



Salam pembuka bicara..
Dengan penuh rasa syukur ke hadirat Ilahi, saya ingin mengucapkan selamat menyambut kedatangan syawal 1431Hijrah kepada seluruh kenalan saya terutama buat rakan2 blogger dan juga silent reader yang sudi berkunjung ke laman blog saya. Menyusun sepuluh jari saya memohon ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa atau apa jua tingkah laku saya yang sedikit sebanyak mengguris hati kecik kalian. Semoga syawal tahun ini memberi sinar dan harapan yang baru dalam hidup kita semua.

" SALAM LEBARAN MINAL AIDIL WAL FAIZIN "

Aidilfitri hari kemaafan,
Menghapus kesalahan sesama insan,
Memupuk perpaduan sesama insan,
Mengikat tali persaudaraan.

Cincin disarung hati berdebar,
Jarinan lembut wajah terhias,
Ramadan disambut penuh sabar,
Aidilfitri disambut dengan meriah.

Friday, July 16, 2010

Mencuba Percubaan, cobaan..

Percubaan?
Ya, x lama lagi percubaan STPM akan tiba. Percubaan dianggap penting juga dalam menentukan prestasi kita sebelum menghadapi peperiksaan sebenar. Ianya bakal dijadikan ukuran untuk mengukur tahap pencapaian kita dalam peperiksaan sebenar. Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia, peperiksaan yang amat penting bagi kami (Pra Universiti) kerana ingin meneruskan langkah kami ke peringkat yang lebih tinggi untuk mencapai cita-cita..

Bagi pelajar Pra Universiti negeri Perlis, percubaan bersama akan bermula pada awal bulan ogos ini..

 

Sebelum exam, perlu pastikan 3 perkara: Persediaan mental, emosi dan rohani..
Buat rakan-rakan seperjuangan, aku mendoakan kejayaan kalian.

"Something is better than nothing"

Wednesday, July 7, 2010

Terima Kasih semua..


 
Salam 1 Malaysia..
Tulisan ini merupakan entry blog aku yang ke 74.. Hampir usia setahun kewujudan blog aku, tapi entry baru 74? Statistik nie x memuaskan hati aku, aku nak memperbanyakkan lagi tulisan-tulisan aku di blog..
 
Aku kekurangan masa untuk menghasilkan tulisan di blog sambil dihimpit pelbagai tugasan yang memaksa aku menghadapi krisis dalam mencipta entry-entry yang menarik. Tetapi, lepas nie mungkin aku boleh baiki kelemahan tersebut dan kembali aktif berblogging..

Tumpuan aku sekarang kepada exam yang akan ditempuhi pada tahun nie, itu yang menyebabkan aktiviti di blogspot tergendala buat seketika. Jika ada idea atau cadangan, boleh la kemukakan kepada aku.
Selama melibatkan diri dalam aktiviti blogging nie, aku sangat teruja kerana dapat mengenali rakan-rakan blogger disamping berkongsi cetusan idea dan bertukar-tukar pendapat dengan mereka..

Statistik pengunjung yang berkunjung ke blog aku juga menunjukkan aliran kunjungan yang slow, x ramai yang datang menziarah.. Tetapi, kepada pengunjung-pengunjung yang budiman yang sudi berkunjung ke blog ini aku mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih.. Aku mengalu-alukan kedatangan pengunjung2 sekalian, jangan lupa tinggalkan pesanan di kotak chat sebelah kanan anda..
 
Buat follower2 setia yang sudi follow blog aku ucapkan jutaan terima kasih..
Jika aku belum lagi follow blog korang, sila la tinggalkan jejak korang di kotak chat..
Semoga kita dapat terus berkongsi idea dan pandangan di blog ini. Jika ada silap dan salah, aku memohon maaf andai terkasar bahasa atau aku telah menyentuh sensitiviti korang, harap maaf..


Sekali lagi aku ucapkan jutaan terima kasih kepada follower2, pengunjung, dan mana2 pihak yang terus menyokong 
Farhan Azis|Blogspot..

Terima Kasih semua..

Tuesday, July 6, 2010

Say No To Racisme (✖)



Rasis atau perkauman merupakan satu bentuk kepercayaan, sikap dan amalan yang mendiskriminasi segolongan manusia berdasarkan ciri-ciri perkaumannya. Pada dasarnya, kepercayaan ini mengandaikan bahawa manusia boleh dibahagikan kepada kaum yang berbeza, dan serentak itu ia juga mengandaikan bahawa nilai dan darjat seseorang boleh ditentukan berdasarkan kaum yang diwakilinya. Dalam bahasa Melayu, konsep rasisme sangat berkaitan dengan perkauman dan juga semangat assabiyah..

Fahaman rasisme sentiasanya akan membawa kebinasaan kepada manusia. Pada kebanyakan masa, rasisme akan melibatkan permusuhan terhadap kaum-kaum yang tertentu. Daripada itu, fahaman ini akan menghasilkan amalan seperti berikut:

    * Diskriminasi kaum
    * Pengasingan kaum
    * Pembasmian kaum

Rasisme boleh dibahagikan kepada jenis-jenis yang berikut:

* Rasisme Individu
      Amalan rasisme yang dilakukan oleh orang perseorangan..
    
* Rasisme Struktur
      Amalan rasisme yang dijalankan melalui institusi sosial seperti perundangan dan pendidikan..
    
* Rasisme Ideologi
      Amalan rasisme yang disokong oleh justifikasi bersistem. Contohnya, kaum A menganggap dirinya lebih unggul kerana mereka adalah daripada keturunan dewa B..   
 
* Rasisme Berbalik
      Amalan rasisme yang tercetus sebagai reaksi kepada rasisme. Contohnya, kaum A memandang rendah kepada kaum B kerana kaum B memandang rendah kepada kaum A..


Di negara kita, Malaysia isu perkauman sering berbangkit. Oleh kerana kaum-kaum di negara ini menjalani kehidupan mereka secara berasingan yang bermula dari sekolah yang berasingan kemudian bekerja di lapangan yang berasingan maka sukar bagi mereka untuk bergaul dan berkawan rapat antara satu kaum dengan kaum yang lain. Tidak hairanlah apabila mereka hendak membentuk persatuan, membuat apa-apa rancangan, hendak menjalankan perniagaan termasuk juga hendak menubuhkan parti politik atau untuk masuk parti politik, mereka akan mencari rakan-rakan kenalan mereka sahaja..
 
Selagi kita semua tidak mahu menggalakkan anak-anak kita bergaul dan berkawan rapat maka selagi itulah kita tidak dapat melihat satu badan, syarikat, pertubuhan yang betul-betul mewakili komposisi rakyat Malaysia. Peluang yang terbaik untuk anak-anak kita dapat berkawan dan bergaul ialah dengan mengumpulkan mereka di sekolah yang sama.  Seharusnya usaha kerajaan untuk menggalakkan anak-anak tidak kira kaum belajar di sekolah yang sama perlu mendapat sokongan dari semua pihak demi keutuhan perpaduan bangsa pada masa depan..
 
Oleh tu, marilah sama-sama kita bersatu hati dalam memakmurkan negara tanpa sebarang isu perkauman yang boleh menjejaskan keharmonian negara kita, Malaysia. Generasi muda perlu mengambil iktibar dari kisah lalu agar ia tidak berulang kembali. Apa yang dimaksudkan ialah, peristiwa 13 Mei tahun 1969. Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan manakala 211 kenderaan musnah. Tapi ramai telah menganggar ramai lagi dibunuh. Sebuah thesis daripada Universiti California menganggar seramai 20,000 orang hilang nyawa dalam peristiwa 13 Mei..
 
Statistik tidak rasmi jumlah kematian:

    * Melayu  : 86 orang
        * Cina : 342 orang
     * Lain-lain  : 3 orang

Generasi sekarang harus sedar dan bersyukur dalam menikmati keamanan dan kemakmuran yang kekal sehingga kini tanpa membangkitkan isu perkauman. Harus diingat, api perkauman mampu memusnahkan keamanan dan kemakmuran dalam sekelip mata. Toleransi dan semangat perpaduan harus disemai seusia kecil agar sebati dengan cara hidup yang akan mencetuskan keindahan kehidupan dalam masyarakat..
 
 
Say No To Racisme!!



Sunday, July 4, 2010

Germany Memang Hebat..

 
 
 *Die Mannschaft, youngest team..

Germany melangkah ke separuh akhir dengan bergaya apabila berjaya merobek gawang Argentina 4-0 di Cape Town Stadium Green Point. Skuad bimbingan Diego Maradona dimalukan oleh skuad muda Germany hasil jaringan cantik Thomas Muller, Miroslav Klose dua gol dan satu gol lagi disumbangkan oleh pemain pertahanan Germany, Friedrich..

*Play for Bayern Munich, Thomas Muller miss next match..

 
 Gol pembukaan Jerman dijaringkan oleh Thomas Muller seawal minit ke 3 setelah menanduk masuk bola hantaran Bastian Schweinsteiger. Miroslav Klose menambah derita Argentina yang leka di bahagian pertahanan akibat serangan bertali arus dengan menjaringkan gol kedua pada minit ke 68 sebelum Arne Friedrich menjadikan kedudukan 3-0 pada minit ke 74. Miroslav Klose melengkapkan kemenangan bergaya ke atas Argentina apabila menjaringkan gol keempat pada minit 89..
 
*New star, Miroslav Klose..

Kemenangan itu sekaligus menamatkan impian Pemain Terbaik Dunia, Lionel Messi untuk merangkul gelaran Piala Dunia di Afrika Selatan setelah dua bekas Pemain Terbaik Dunia, Cristiano Ronaldo dan Kaka juga gagal membantu negara masing-masing. 
 
 
 Kekalahan besar Argentina itu juga sekurang-kurangnya dapat membantu skuad England daripada terus dikritik hebat oleh peminat memandangkan Argentina lebih teruk dibelasah oleh Jerman. Syabas dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua pemain Germany kerana berjaya memadamkan ego si Maradona..
See you Spain, gud lax Germany!!
 
 
 
 Go Germany Go!!

Thursday, July 1, 2010

Sukan Tahunan SMKAr


Temasya sukan tahunan SMK Arau berlangsung dengan jayanya. Selaras dengan pendirian Kementerian Pelajaran Malaysia yang mahu setiap sekolah menjalankan sukan sepanjang tahun, SMK Arau telah mengambil inisiatif dengan mengubah jadual sukan sekolah agar ianya terus dilaksanakan sepanjang tahun.

 

1 Pelajar 1 Sukan..

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia, mahu kegemilangan sukan dikembalikan ke sekolah-sekolah memandangkan ia adalah institusi utama mengembangkan bakat sukan di peringkat akar umbi. Kementerian Pelajaran akan mewajibkan setiap pelajar sekolah menengah dan rendah mengambil satu jenis sukan bermula tahun depan. Dasar ini telah lama wujud tetapi kurang diberikan penekanan oleh semua pihak. Justeru, pihak kementerian akan menstruktur semula jawatankuasa yang membabitkan sukan dan akan mengkaji aspek pemarkahan dan penilaian yang akan diberikan kepada pelajar yang terlibat..



 Sukan Tahunan SMKAr..

Acara olahraga dan bar lapan berlangsung pada 30 Jun sehingga 1 Julai 2010. Semangat kesukanan jelas terpancar pada wajah pelajar-pelajar SMK Arau dengan memberikan komitmen dalam menjayakan sukan tahunan sekolah buat kali ke-12. Penyempurnaan sukan tahunan sekolah berlangsung pada petang 1 Julai dengan majlis perasmian yang dirasmikan oleh wakil pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Perlis dan acara penutup disempurnakan oleh Tuan Nor Azam, Pegawai PDRM Perlis..


Majlis perasmian dimeriahkan dengan perarakan masuk kontijen-kontijen badan beruniform dan rumah sukan SMK Arau. Kemudian, bacaan ikrar di ketuai oleh saudara Amir Ashaf Bin Rumli dari rumah Pesona.
Selepas selesai upacara penyempurnaan perasmian, hujan membasahi bumi Arau. Namun ianya tidak mematahkan semangat kesukanan pelajar SMK Arau. Acara sukan olahraga dan bar lapan tetap diteruskan..


Temasya sukan tahunan sekolah 2010 berlangsung dengan jayanya. Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan temasya kali ini. Segala kelemahan dan kekurangan semasa menganjurkan temasya ini diharap dapat dijadikan iktibar di temasya akan datang. Tahniah diucapkan kepada para pemenang..

*Acara tarik tali antara rumah sukan..

*Dari meja urusetia..

 *Pegawai kejohanan: Pra universiti 2010..

Wednesday, June 30, 2010

World Cup: Saya Sokong Germany..!!


  
Kemuncak piala dunia kian dirasai.. Pelbagai isu dan kejadian yang menggemparkan peminat2 setia piala dunia antaranya seperti pasukan besar dunia tumbang, prestasi buruk pasukan Asia, mutu pengadilan dan sebagainya.. Namun, semuanya menjadi lumrah dalam pertandingan.. Anda menyokong pasukan mana?


 Saya sokong Germany..!!
Pada tahun 2010, jurulatih kebangsaan Germany iaitu Pak cik Joachim Loew menyenaraikan barisan pemain muda bagi mewakili pasukan Germany untuk mengharungi cabaran Afrika World Cup 2010. Pak cik Joachim Loew berbuat demikian kerana disaat terakhir pasukan Germany menghadapi beberapa masalah kecederaan pemain senior. Rata-rata pemain pasukan Germany adalah pemain muda dan baru. 


 Penampilan sulung pemain-pemain baru menjadi taruhan jurulatih bagi menyempurnakan misi pasukan yang mereka wakili iaitu Germany. Walaupun tanpa pemain berpengalaman, pasukan Germany tetap mempemerkan aksi yang tidak kurang hebat berbanding pasukan-pasukan pilihan yang lain. Sebagai permulaan, Germany mensasarkan tempat di separuh akhir, sekurang-kurangnya mengulangi pencapaian mereka pada Piala Dunia yang terdahulu..


Corak permainan..
Nama-nama seperti Thomas Muller, Mesut Ozil, Lukas Podolski menjadi sebutan pada Piala Dunia kali ini. Permainan yang corak bermain pantas dan serangan balas yang agak konsisten, tidak mustahil untuk Jerman menjadi juara untuk World cup edisi kali ini. Selain itu, para pemain Germany telah menunjukan semangat juang yang tinggi dah menghasilkan jaringan yang agak menarik untuk ditonton. Kehadiran pemain muda menyegarkan kembali pasukan Germany dan mereka kelihatan begitu bersedia..

*Joachim Loew: Germany coach..


Juara..
Germany pernah memenangi Piala Dunia sebanyak 3 kali iaitu pada tahun 1954, 1974 dan 1990. Berbekalkan reputasi sebagai pasukan pilihan untuk muncul juara Piala Dunia kali ini, tidak mustahil pasukan tanah air Hitler ini untuk menjadi kenyataan. Bekas bintang dan jurulatih Germany, Pak cik Jurgen Klinsmann turut melahirkan keyakinan terhadap pasukan pimpinan Pak cik Joachim Loew mampu menyerlah dan membuat kejutan pada Piala Dunia kali ini..

* Jurgen Klinsmann bintang bola sepak Germany..

  
 Senarai 23 Pemain..
Penjaga Gol : Hans-Jorg Butt (Bayern Munich), 
Manuel Neuer (Schalke), Tim Wiese (Bremen).

Pertahanan : Per Mertesacker (Bremen), Philipp Lahm (Bayern Munich), Jerome Boateng (Hamburg), Arne Friedrich (Hertha Berlin), Serdar Tasci (Stuttgart), Marcell Jansen (Hamburg), 

Holger Badstuber (Bayern Munich), Dennis Aogo (Hamubrg).

Pemain Tengah : Sami Khedira (Stuttgart), Piotr Trochowski (Hamburg), Marko Marin (Bremen), Bastian Schweinsteiger (Bayern Munich), Mesut Ozil (Bremen), Toni Kroos (Leverkusen).

Penyerang : Lukas Podolski (Cologne), Miroslav Klose (Bayern Munich), Stefan Kiessling (Leverkusen), Cacau (Stuttgart), 
Thomas Muller (Bayern Munich), Mario Gomez (Bayern Munich).


*Laluan Germany bagi peringkat kumpulan.. 



  
Die Mannschaft goes for glory!!

Saturday, June 19, 2010

Menjelang 19..

Selamat Hari Lahir buat yang teristimewa..
Sudah mencapai angka 19, meniti usia yang amat berharga..
Dikesempatan dan ruang yang ada ini, ingin aku sampaikan ucapan tulus ikhlas dari hati sempena hari bahagiamu.. Walaupun dalam mood malas nak update blog, tapi terimalah tulisan khas bersempena dengan hari bahagiamu.. Maaf andai ianya terlalu overdose..he3

Tiada apa yang istimewa dapat aku berikan kepada mu melainkan doa dan harapan..
Aku panjatkan rasa penuh kesyukuran pada Allah, kerana memberikan masa untuk aku mengenali erti kasih sayang dari insan yang aku sayang, menghayati pengorbanan luar biasa yang mencetus keinsafan dan memberikan aku waktu untuk mengecap cinta sedingin salju..
Buat kasihku tercinta, doaku kutujukan khusus buatmu.. Tika sujud yang panjang, aku memohon agar kehidupan mu sentiasa dalam rahmat Tuhan.. Semoga Allah panjangkan umur mu, diberikan kesihatan yang baik dan rezeki yang penuh keberkatan..
Ku doakan, biarlah hanya yang terbaik berlaku dalam kehidupan, dunia dan akhirat bersama kita gapai penuh kesyukuran.. Harapan dan impianku, agar aku mampu membuat kau sentiasa tersenyum dan tertawa saat kita bersama meniti usia.. Moga Allah berikan aku kekuatan untuk membekalkan tenang dihatimu walaupun tika hidup kita di hempas gelombang..

I’m wishing you another year
Of laughter, joy and fun,
Surprises, love and happiness,
And when your birthday’s done,

I hope you feel deep in your heart,
As your birthdays come and go,
How very much you mean to me,
More than you can know.


Selamat Hari Lahir ke Sembilan Belas..

Sunday, June 13, 2010

Nilai Sentimen Bangunan Parlimen

Bagi menunjukkan sesebuah negara sebagai berdaulat, berintegriti dan meletakkan nilai yang tinggi kepada perjuangan untuk rakyat maka sebuah sebuah bangunan Parlimen perlu didirikan sebagai asas negara yang percaya kepada keluhuran demokrasi..

Kewujudan sebuah bangunan Parlimen bukan sahaja kerana ia melakar peristiwa dan sejarah penting untuk sesuatu bangsa dan negara malah ia memberi kesan secara terus kepada perkembangan dan masa depan rakyat itu sendiri. Setiap polisi dan undang-undang yang digubal bakal menentukan masa depan dan kedudukan masyarakat dan negara dan semua ini berlaku di sebuah bangunan Parlimen yang menghimpunkan wakil-wakil rakyat yang dipilih untuk berkhidmat kepada rakyat..

Melihat kepada contoh yang berlaku di negara ini bangunan Parlimen telah memberi kesan yang sangat penting dalam interaksi, formulasi dan perkembangan politik tanah air. Ini kerana Parlimen telah memainkan peranan membentuk mekanisme yang lebih demokratik melalui "check and balance"..

Namun berita mengenai cadangan kerajaan sedang mempertimbangkan untuk membina bangunan baru Parlimen di Putrajaya baru-baru ini dilihat oleh banyak pihak sebagai agak mengejutkan. Cadangan tersebut yang dikatakan sebagai memenuhi keperluan pada masa depan sudahpun dibawa ke Kabinet untuk perbincangan lanjut. Bangunan yang dikatakan bernilai RM800 juta itu bakal menggantikan bangunan sedia ada yang akan dibaik pulih dan dicadangkan untuk kekal sebagai bangunan warisan..


Bangunan Parlimen Malaysia yang tersergam indah di ibu negara merupakan simbol demokrasi berparlimen. Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman telah bersetuju dengan cadangan pembinaan bangunan Parlimen pada Disember 1959. Kerja-kerja pembinaan disiapkan pada September 1962, dan perasmian bangunan Parlimen yang baru dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong yang ketiga, Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail, pada 21 November 1963. Sebaik pembukaannya, ia menjadi tempat berlangsungnya Persidangan Persatuan Parlimen Komenwel ke- 9..

Kos perbelanjaan pembinaan bangunan ini berjumlah RM18 juta. Kompleks bangunan Parlimen ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu sebuah bangunan utama 3 tingkat dan sebuah menara setinggi 17 tingkat. Bangunan utama 3 tingkat ini menempatkan dua buah dewan utama iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara manakala sebuah menara setinggi 17 tingkat pula menempatkan pejabat pentadbiran, pejabat Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Yang di-Pertua Dewan Negara..

Jika diperhatikan bangunan Parlimen di kebanyakan negara di dunia masih lagi berdiri kukuh sebagai bangunan yang masih terus memperjuangkan matlamat asalnya tanpa perlu ditukar ganti..



Lihat sahaja bangunan Parlimen di Britain yang turut dikenali sebagai Palace of Westminster yang menjadi tempat pertemuan kepada ahli House of Lords dan House of Commons. Bangunan tersebut yang terletak di tebing sungai Thames merupakan kediaman rasmi Raja England sebelum kebakaran yang berlaku pada 1512 memusnahkan hampir keseluruhan kompleks berkenaan..

Bangunan berkenaan yang dibina pada kurun ke 11, telah menempatkan Ahli Parlimen mereka untuk bersidang sejak kurun ke 13 selain turut menempatkan Mahkamah Agung di sekitar kompleks berkenaan. Selepas kebakaran pada tahun 1512, bangunan berkenaan telah dijadikan Rumah Parlimen sepenuhnya sebelum sekali lagi kebakaran lebih besar berlaku pada Oktober 1834. Struktur bangunan yang terselamat dalam kejadian itu adalah Westminster Hall, Cloisters and Chapter House of St Stephen's, Chapel of St Mary Undercroft dan Jewel Tower..

Bangunan Parlimen Kanada atau turut dikenali sebagai Parliament Hill yang memaparkan kesenian gothik dan senibina yang tinggi bukan sahaja menjadi kebanggaan rakyatnya malah turut menjadi tumpuan pelancong dengan tiga juta pelawat berkunjung ke situ berikutan seni binanya yang unik. Parliament Hill yang terletak di pinggir sungai Ottawa dalam wilayah Ontario telah dibangunkan bersama dengan bangunan-bangunan kerajaan yang lain pada awal kurun ke-18. Namun akibat dari beberapa pengubahsuaian serta kebakaran yang berlaku pada 1916 yang memusnahkan blok tengah, ia akhirnya siap sepenuhnya pada 1927..



Majlis pecah tanah pembinaan bangunan berkenaan telah berlangsung pada 20 Disember 1859, oleh Prince Albert Edward, Prince of Wales yang kemudian menjadi Raja England dikenali sebagai King Edward VII. Projek tersebut merupakan projek paling besar di Amerika Utara. Namun akibat dari masalah kedudukan tanah yang tidak sesuai, projek itu ditangguhkan dan hanya diteruskan pada 1861. Dianggarkan lebih AS$1.6 juta (RM5.1 juta) dibelanjakan untuk menyiapkan bangunan tersebut..

Blok tengah Parliament Hill menempatkan Dewan Senat dan Dewan Rakyat dan di hadapannya pula terletak Peace Tower serta Perpustakaan Parlimen. Manakala di blok timur dan barat pula menempatkan pejabat menteri dan Senator selain bilik mesyuarat dan pentadbiran..



Rumah Parlimen India atau dikenali sebagai Sansad Bhavan merupakan sebuah bangunan berbentuk bulat yang direka bentuk oleh arkitek dari Britain Sir Edwin Lutyens dan Sir Herbert Baker pada 1912-1913. Pembinaan bermula pada 1921 dan pada 1927 bangunan berkenaan dibuka sebagai dewan untuk menempatkan Ahli Majlis Negara, Dewan Perundangan Pusat dan Dewan Diraja. Majlis pembukaan dilakukan oleh Gabenor Jeneral ke India ketika itu Lord Irwin dengan kos pembinaan sekitar Rs 83 lakhs...

Bangunan ini yang penuh dengan ciri-ciri keunikan tradisional India dibina dengan keluasan enam ekar dan turut menempatkan 12 pagar termasuk pagar utama yang dinamakan Sansad Marg. Kini bangunan ini menjadi bangunan Parlimen India yang menempatkan Ahli Parlimen India yang terdiri dari Dewan Rakyat yang juga dikenali sebagai Lok Sabha dan Dewan Negara atau Rajya Sabha selain pejabat Presiden..

Begitu juga hakikatnya bila kita melihat kepada bangunan yang menjadi pusat pertemuan Ahli Kongres Amerika Syarikat (AS), Bangunan Capitol yang menjadi mercu tanda kejayaan kuasa besar itu mentadbir dunia. Bangunan ini yang dibina pada September 1793 dengan majlis pecah tanah dilakukan sendiri oleh Presiden ketika itu George Washington..



Bangunan berkenaan mula diduduki untuk sesi mesyuarat Kongres yang pertama pada 17 November 1800 walaupun ia belum siap sepenuhnya. Namun akibat peperangan pada 1812 tentera British bertindak membakar separuh dari bangunan berkenaan..

Bangunan Capitol telah melalui beberapa fasa perubahan dan penambahbaikan iaitu pada 1815, 1826, 1850, 1904,1958 dan 2001. Bangunan ini yang terletak di Washington melibatkan keluasan 274 ekar termasuk beberapa bangunan lain dengan senibina American Neoclassicism. Bangunan ini turut menempatkan perwakilan dari Dewan Senat dan Dewan Perwakilan..

Berdasarkan kepada nilai sejarah bangunan Parlimen dalam menyelenggara pembangunan dan kemajuan yang dikecapi sehingga kini adalah menyedihkan untuk menamatkan tempoh perkhidmatannya hanya berlandaskan kehendak dan keperluan semasa. Sedangkan hakikatnya bangunan tersebut masih mampu berfungsi seperti sedia ada tanpa perlu dipindahkan kemana-mana destinasi yang dirasakan perlu..

Mungkin ada yang beranggapan bangunan tersebut sudah tidak mampu menampung jumlah kehadiran Ahli Parlimen dan pengunjung yang semakin bertambah bersesuaian dengan keadaan semasa. Namun jika kita melihat kepada kos pembinaan yang agak tinggi selain nilai-nilai sejarah yang telah menyaksikan pelbagai kejayaan yang dikecapi hingga kini adalah menyedihkan jika bangunan yang masih indah tersergam sebagai simbol perjuangan demokrasi sejak selepas kemerdekaan akhirnya hanya terkubur sebagai bangunan warisan yang tidak memainkan apa-apa peranan yang nyata..


*Bundestag - Dewan Perundangan Persekutuan Jerman di Berlin..


*Dewan Perwakilan Iraq - Parlimen Iraq di Baghdad..


*Parliament of the Republic of Singapore..


*Rumah Parlimen Sri Lanka..


*The National Assembly of Thailand..


*Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia..


*The Assembly of the Republic Portugal..


*Bangunan Parlimen Sepanyol..


*Knesset - Parlimen Israel di Baitulmaqdis..


*National Parliament of Lebanon..