You Follow Me, I Follow You

Friday, July 16, 2010

Mencuba Percubaan, cobaan..

Percubaan?
Ya, x lama lagi percubaan STPM akan tiba. Percubaan dianggap penting juga dalam menentukan prestasi kita sebelum menghadapi peperiksaan sebenar. Ianya bakal dijadikan ukuran untuk mengukur tahap pencapaian kita dalam peperiksaan sebenar. Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia, peperiksaan yang amat penting bagi kami (Pra Universiti) kerana ingin meneruskan langkah kami ke peringkat yang lebih tinggi untuk mencapai cita-cita..

Bagi pelajar Pra Universiti negeri Perlis, percubaan bersama akan bermula pada awal bulan ogos ini..

 

Sebelum exam, perlu pastikan 3 perkara: Persediaan mental, emosi dan rohani..
Buat rakan-rakan seperjuangan, aku mendoakan kejayaan kalian.

"Something is better than nothing"

Wednesday, July 7, 2010

Terima Kasih semua..


 
Salam 1 Malaysia..
Tulisan ini merupakan entry blog aku yang ke 74.. Hampir usia setahun kewujudan blog aku, tapi entry baru 74? Statistik nie x memuaskan hati aku, aku nak memperbanyakkan lagi tulisan-tulisan aku di blog..
 
Aku kekurangan masa untuk menghasilkan tulisan di blog sambil dihimpit pelbagai tugasan yang memaksa aku menghadapi krisis dalam mencipta entry-entry yang menarik. Tetapi, lepas nie mungkin aku boleh baiki kelemahan tersebut dan kembali aktif berblogging..

Tumpuan aku sekarang kepada exam yang akan ditempuhi pada tahun nie, itu yang menyebabkan aktiviti di blogspot tergendala buat seketika. Jika ada idea atau cadangan, boleh la kemukakan kepada aku.
Selama melibatkan diri dalam aktiviti blogging nie, aku sangat teruja kerana dapat mengenali rakan-rakan blogger disamping berkongsi cetusan idea dan bertukar-tukar pendapat dengan mereka..

Statistik pengunjung yang berkunjung ke blog aku juga menunjukkan aliran kunjungan yang slow, x ramai yang datang menziarah.. Tetapi, kepada pengunjung-pengunjung yang budiman yang sudi berkunjung ke blog ini aku mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih.. Aku mengalu-alukan kedatangan pengunjung2 sekalian, jangan lupa tinggalkan pesanan di kotak chat sebelah kanan anda..
 
Buat follower2 setia yang sudi follow blog aku ucapkan jutaan terima kasih..
Jika aku belum lagi follow blog korang, sila la tinggalkan jejak korang di kotak chat..
Semoga kita dapat terus berkongsi idea dan pandangan di blog ini. Jika ada silap dan salah, aku memohon maaf andai terkasar bahasa atau aku telah menyentuh sensitiviti korang, harap maaf..


Sekali lagi aku ucapkan jutaan terima kasih kepada follower2, pengunjung, dan mana2 pihak yang terus menyokong 
Farhan Azis|Blogspot..

Terima Kasih semua..

Tuesday, July 6, 2010

Say No To Racisme (✖)



Rasis atau perkauman merupakan satu bentuk kepercayaan, sikap dan amalan yang mendiskriminasi segolongan manusia berdasarkan ciri-ciri perkaumannya. Pada dasarnya, kepercayaan ini mengandaikan bahawa manusia boleh dibahagikan kepada kaum yang berbeza, dan serentak itu ia juga mengandaikan bahawa nilai dan darjat seseorang boleh ditentukan berdasarkan kaum yang diwakilinya. Dalam bahasa Melayu, konsep rasisme sangat berkaitan dengan perkauman dan juga semangat assabiyah..

Fahaman rasisme sentiasanya akan membawa kebinasaan kepada manusia. Pada kebanyakan masa, rasisme akan melibatkan permusuhan terhadap kaum-kaum yang tertentu. Daripada itu, fahaman ini akan menghasilkan amalan seperti berikut:

    * Diskriminasi kaum
    * Pengasingan kaum
    * Pembasmian kaum

Rasisme boleh dibahagikan kepada jenis-jenis yang berikut:

* Rasisme Individu
      Amalan rasisme yang dilakukan oleh orang perseorangan..
    
* Rasisme Struktur
      Amalan rasisme yang dijalankan melalui institusi sosial seperti perundangan dan pendidikan..
    
* Rasisme Ideologi
      Amalan rasisme yang disokong oleh justifikasi bersistem. Contohnya, kaum A menganggap dirinya lebih unggul kerana mereka adalah daripada keturunan dewa B..   
 
* Rasisme Berbalik
      Amalan rasisme yang tercetus sebagai reaksi kepada rasisme. Contohnya, kaum A memandang rendah kepada kaum B kerana kaum B memandang rendah kepada kaum A..


Di negara kita, Malaysia isu perkauman sering berbangkit. Oleh kerana kaum-kaum di negara ini menjalani kehidupan mereka secara berasingan yang bermula dari sekolah yang berasingan kemudian bekerja di lapangan yang berasingan maka sukar bagi mereka untuk bergaul dan berkawan rapat antara satu kaum dengan kaum yang lain. Tidak hairanlah apabila mereka hendak membentuk persatuan, membuat apa-apa rancangan, hendak menjalankan perniagaan termasuk juga hendak menubuhkan parti politik atau untuk masuk parti politik, mereka akan mencari rakan-rakan kenalan mereka sahaja..
 
Selagi kita semua tidak mahu menggalakkan anak-anak kita bergaul dan berkawan rapat maka selagi itulah kita tidak dapat melihat satu badan, syarikat, pertubuhan yang betul-betul mewakili komposisi rakyat Malaysia. Peluang yang terbaik untuk anak-anak kita dapat berkawan dan bergaul ialah dengan mengumpulkan mereka di sekolah yang sama.  Seharusnya usaha kerajaan untuk menggalakkan anak-anak tidak kira kaum belajar di sekolah yang sama perlu mendapat sokongan dari semua pihak demi keutuhan perpaduan bangsa pada masa depan..
 
Oleh tu, marilah sama-sama kita bersatu hati dalam memakmurkan negara tanpa sebarang isu perkauman yang boleh menjejaskan keharmonian negara kita, Malaysia. Generasi muda perlu mengambil iktibar dari kisah lalu agar ia tidak berulang kembali. Apa yang dimaksudkan ialah, peristiwa 13 Mei tahun 1969. Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan manakala 211 kenderaan musnah. Tapi ramai telah menganggar ramai lagi dibunuh. Sebuah thesis daripada Universiti California menganggar seramai 20,000 orang hilang nyawa dalam peristiwa 13 Mei..
 
Statistik tidak rasmi jumlah kematian:

    * Melayu  : 86 orang
        * Cina : 342 orang
     * Lain-lain  : 3 orang

Generasi sekarang harus sedar dan bersyukur dalam menikmati keamanan dan kemakmuran yang kekal sehingga kini tanpa membangkitkan isu perkauman. Harus diingat, api perkauman mampu memusnahkan keamanan dan kemakmuran dalam sekelip mata. Toleransi dan semangat perpaduan harus disemai seusia kecil agar sebati dengan cara hidup yang akan mencetuskan keindahan kehidupan dalam masyarakat..
 
 
Say No To Racisme!!



Sunday, July 4, 2010

Germany Memang Hebat..

 
 
 *Die Mannschaft, youngest team..

Germany melangkah ke separuh akhir dengan bergaya apabila berjaya merobek gawang Argentina 4-0 di Cape Town Stadium Green Point. Skuad bimbingan Diego Maradona dimalukan oleh skuad muda Germany hasil jaringan cantik Thomas Muller, Miroslav Klose dua gol dan satu gol lagi disumbangkan oleh pemain pertahanan Germany, Friedrich..

*Play for Bayern Munich, Thomas Muller miss next match..

 
 Gol pembukaan Jerman dijaringkan oleh Thomas Muller seawal minit ke 3 setelah menanduk masuk bola hantaran Bastian Schweinsteiger. Miroslav Klose menambah derita Argentina yang leka di bahagian pertahanan akibat serangan bertali arus dengan menjaringkan gol kedua pada minit ke 68 sebelum Arne Friedrich menjadikan kedudukan 3-0 pada minit ke 74. Miroslav Klose melengkapkan kemenangan bergaya ke atas Argentina apabila menjaringkan gol keempat pada minit 89..
 
*New star, Miroslav Klose..

Kemenangan itu sekaligus menamatkan impian Pemain Terbaik Dunia, Lionel Messi untuk merangkul gelaran Piala Dunia di Afrika Selatan setelah dua bekas Pemain Terbaik Dunia, Cristiano Ronaldo dan Kaka juga gagal membantu negara masing-masing. 
 
 
 Kekalahan besar Argentina itu juga sekurang-kurangnya dapat membantu skuad England daripada terus dikritik hebat oleh peminat memandangkan Argentina lebih teruk dibelasah oleh Jerman. Syabas dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua pemain Germany kerana berjaya memadamkan ego si Maradona..
See you Spain, gud lax Germany!!
 
 
 
 Go Germany Go!!

Thursday, July 1, 2010

Sukan Tahunan SMKAr


Temasya sukan tahunan SMK Arau berlangsung dengan jayanya. Selaras dengan pendirian Kementerian Pelajaran Malaysia yang mahu setiap sekolah menjalankan sukan sepanjang tahun, SMK Arau telah mengambil inisiatif dengan mengubah jadual sukan sekolah agar ianya terus dilaksanakan sepanjang tahun.

 

1 Pelajar 1 Sukan..

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia, mahu kegemilangan sukan dikembalikan ke sekolah-sekolah memandangkan ia adalah institusi utama mengembangkan bakat sukan di peringkat akar umbi. Kementerian Pelajaran akan mewajibkan setiap pelajar sekolah menengah dan rendah mengambil satu jenis sukan bermula tahun depan. Dasar ini telah lama wujud tetapi kurang diberikan penekanan oleh semua pihak. Justeru, pihak kementerian akan menstruktur semula jawatankuasa yang membabitkan sukan dan akan mengkaji aspek pemarkahan dan penilaian yang akan diberikan kepada pelajar yang terlibat..



 Sukan Tahunan SMKAr..

Acara olahraga dan bar lapan berlangsung pada 30 Jun sehingga 1 Julai 2010. Semangat kesukanan jelas terpancar pada wajah pelajar-pelajar SMK Arau dengan memberikan komitmen dalam menjayakan sukan tahunan sekolah buat kali ke-12. Penyempurnaan sukan tahunan sekolah berlangsung pada petang 1 Julai dengan majlis perasmian yang dirasmikan oleh wakil pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Perlis dan acara penutup disempurnakan oleh Tuan Nor Azam, Pegawai PDRM Perlis..


Majlis perasmian dimeriahkan dengan perarakan masuk kontijen-kontijen badan beruniform dan rumah sukan SMK Arau. Kemudian, bacaan ikrar di ketuai oleh saudara Amir Ashaf Bin Rumli dari rumah Pesona.
Selepas selesai upacara penyempurnaan perasmian, hujan membasahi bumi Arau. Namun ianya tidak mematahkan semangat kesukanan pelajar SMK Arau. Acara sukan olahraga dan bar lapan tetap diteruskan..


Temasya sukan tahunan sekolah 2010 berlangsung dengan jayanya. Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan temasya kali ini. Segala kelemahan dan kekurangan semasa menganjurkan temasya ini diharap dapat dijadikan iktibar di temasya akan datang. Tahniah diucapkan kepada para pemenang..

*Acara tarik tali antara rumah sukan..

*Dari meja urusetia..

 *Pegawai kejohanan: Pra universiti 2010..