You Follow Me, I Follow You

Monday, August 31, 2009

ღBack To Sekolahღ


Setelah seminggu bercuti, kini tibalah masa untuk kembali ke sekolah.. Mungkin agak keberatan untuk melangkah ke sekolah kerana terpaksa bangun lebih awal, serta menjalani waktu pengajian dan pembelajaran yang membosankan.. Namun begitu, kita hendaklah kembali merenung serta mengingati tentang kepentingan ilmu kepada kita..

Sejarah telah membuktikan bahawa kemajuan sesuatu bangsa di dunia ini berkait rapat dengan kemajuan dan perkembangan ilmu pengetahuan yang terdapat pada sesuatu bangsa.. Ini kerana ilmu akan mengangkat darjat seseorang atau sesuatu bangsa itu ke arah kemuliaan dan kebahagiaan hiudp di dunia dan di akhirat.. Kepentingan ilmu ini telah diakui sendiri oleh Rasulallah s.a.w melalui wahyu dan ilham yang disampaikan kepada baginda yang mana ilmu sangat penting untuk kemajuan sesuatu bangsa..

Ia juga terbukti dari ajaran Islam yang telah mengangkat begitu tinggi darjat ilmu.. Dengan ilmu pengetahuan akan membawa manusia ke arah kebahagian hidup di dunia dan di akhirat, memberikan kekuatan ketika dalam kesusahan dan ketika berhadapan dengan musuh.. Ilmu agama atau ilmu yang terdapat dalam al-Quran dan Al-sunnah akan menjadi benteng yang dapat mencegah seseorang itu dari melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh syariat, dapat menolak kejahilan dan kebodohan sama ada dalam perkara agama atau dalam mengejar kebendaan duniawi.. Pelbagai jenis ilmu yang dituntut seperti ilmu kejuruteraan, ilmu kedoktoran, ilmu pertanian dan sebagainya yang dapat membantu kemaslahatan hidup manusia di dunia.. Orang yang berilmu dapat mendekatkan didrinya dengan Allah kerana ilmu merupakan jalan menuju kebahagian di akhirat.. Di antara kepentingan-kepentingan ilmu dapat dijelaskan di sini ialah :

  • Ilmu dapat membentuk keperibadian yang baik dan menjadikan seseorang itu bertaqwa dan cintakan Allah s.w.t dan RasulNya. Firman Allah dalam al-Quran yang bermaksud : " Sesungguhnya yang takutkan Allah daripada hambanya ialah ornag-orang yang berilmu" (al-Fathur:ayat 28)
  • Ilmu dapat meninggikan dan membezakan taraf dikalangan manusia. Firman Allah yang bermaksud : " Katakanlah adakah sama orang-orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Sesungguhnya mereka yang mendapat peringatan dan petunjuk hanyalah di kalangan hambanya yang berilmu dan bijaksana"(al-Zumar: ayat 9)
  • Ilmu dapat mengangkat darjat seseorang kepada darjat yang tinggi di sisi Allah dan masyarakat. Firman Allah yang bermaksud : "Allah mengangkat beberapa darjat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan" (al-Mujadalah : 11 )
  • Dengan ilmu manusia dapat menjalankan tugas ibadah (sama ada ibadah umum atau ibadah khusus) dan dapat melaksanakan peranan sebagai khlifah Allah di muka bumi..
Islam amat menggalakkan umatnya menuntut pengetahuan walau dengan apa jua cara dan keadaan sekalipun.. Tiada satu agama atau ajaran di dunia ini sejak dahulu hingga sekarang yang dapat menandingi Islam dari segi pengutamaan ilmu pengentahuan.. Hal ini dapat dibuktikan apabila wahyu pertama yang diturunkan kepada Rasullah s.a.w yang menitikberatkan ilmu pengetahuan.. Firman Allah dalam surah al-Alaq ayat 1 - 5 yang bermaksud :

" Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menciptakan (sekelian makhluk).. Ia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah.. Bacalah dan Tuhanmu amat pemurah.. Yang mengajarkan (menulis) dengan pena.. Yang mengajarkan kepada manusia apa-apa yang tiada diketahuinya"..

Kesimpulan dari ayat tersebut :

  • Allah s.w.t menyuruh manusia membaca yang membawa proses pengenalan, pengamatan, pengingatan dan pemikiran (ransangan akal)..
  • Allah s.w.t memerintah manusia supaya berfikir tentang kejadian alam yang mana segala tanda-tanda yang ada pada kejadian alam adalah sumber ilmu pengetahuan..

Ilmu pengetahuan dikatikan dengan Islam kerana Islam adalah agama yang mementingkan ilmu pengetahuan malah Islam mewajibkan supaya umatnya menuntut ilmu..

Antara dalil-dalil yang menekankan kewajipan menuntut ilmu :

  1. Sabda Rasulallah s.a.w yang bermaksud " menuntut ilmu menjadi kewajipan ke atas setiap umat Islam"
  2. sabda Rasulallah s.a.w yang bermaksud " Tuntutlah ilmu dari dalam buaian hingga ke liang lahad"
  3. sabda Rasulallah s.a.w yang bermaksud " Tuntutlah ilmu walau sampai ke negeri China"


Ilmu pengetahuan juga dikaitkan dengan ibadah kerana menuntut ilmu merupakan ibadah yang diber ganjaran oleh Allah s.w.t.. Banyak dalil dari al-Quran dan hadith yang menceritakan tentang kelebihan menuntut ilmu antaranya :-

  • Firman Allah yang bermaksud : " Barangsiapa yang memudahkan satu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah mudahkannya satu jalan menuju ke Syurga"..
  • Sabda Rasullalah yang bermaksud : " Ilmu itu ibarat gudang dan anak kuncinya adalah pertanyaan, dari itu bertanyalah! sesungguhnya setiap kali ada yang bertanya, ada 4 golongan yang diberi pahala iaitu : yang bertanya, yang ditanya, yang mendengar dan yang mengintai mereka."
  • Sabda Rasullah yang bermaksud : " Sekiranya anda keluar ada waktu pagi untuk memepelajari satu bab dari ilmu adalah lebih baik daripada anada solat 100 rakaat."
  • Firman Allah yang bermaksud :" Diangkat oleh Allah orang yang beriman daripada kamu dan orang-orang yang berilmu dengan beberapa darjat."

.:Selamat kembali ke sekolah:.

Merdeka: 52 Tahun


Alhamdulillah syukur kerana Allah kurniakan kita kemerdekaan yang kekal sehingga sekarang..Amin

Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!!

Sunday, August 30, 2009

3 Minggu Berlalu..

Bermula di situ kita bertemu
aku sekadar melihatmu dari jauh
berharap kau akan menoleh kepadaku
walaupun seketika

mungkinkah ini cinta pandang pertama?
saat berita kehadiranmu kuterima
hatiku seakan terpanggil mengimbas
kembali kenangan itu..

mungkinkah takdir Tuhan menyebelahi kita?
hampir setiap hari aku diasak
angan - angan indah bersamamu

usikan demi usikan mula menjentik naluri
senyumanmu seakan membuai perasaanku
namun aku hanya mampu mencuri - curi pandang
hanya debaran yang terasa
setiap kali bertentangan..

mungkinkah dua hati bakal bersatu akhirnya?
setelah sekian lamanya memendam rasa
salam perkenalan kau hulurkan dengan mesra
lantas kusambut tanpa curiga
hatiku semakin pasti
mungkinkah doaku akan termakbul jua?
dugaan datang tanpa amaran
memendamkan sebuah perasaan
sungguh - sungguh jua kau meyakinkan
cinta yang hadir bukan mainan
doa & tangis jadi peneman
sungguh aku pasrah apa adanya..
mungkin kita pernah
mengecewakan & dikecewakan

mungkin jua kita pernah
melukakan & merasa terluka

anggaplah ia sebagai pengalaman yang berharga
yang dulu kita jadikan pedoman
yang pahit kita jadikan sempadan
yang manis kita simpan jadi kenangan
yang akan datang kita tempuhi dengan tenang..
cinta tak perlukan alasan
cintai dengan keikhlasan

sepanjang hayat inginku bersamamu

tanpa rasa sedikitpun ragu
kuharap kau juga begitu
pada dunia ingin kunyatakan selalu
sungguh aku cinta padamu..

*untukmu sayangku Nur Amirah*


Friday, August 28, 2009

Selamat Jalan Meet Uncle Hussain

Meet Uncle Hussain

Anugerah Juara Lagu ke-23

Anugerah Industri Muzik ke-16

Persembahan gabungan Meet Uncle Hussain dan Hujan


5 Julai yang lalu di Hard Rock Cafe menjadi satu noktah hitam bukan saja buat kumpulan Meet Uncle Hussain tapi juga buat industri muzik Malaysia.. Setelah berjuang selama 9 tahun bersama Meet Uncle Hussain, akhirnya Lan atau Azlan meninggalkan MUH dengan persembahan terakhirnya di Hard Rock Cafe.. Secara rasminya Lan MUH telah keluar dari kumpulan tersebut setelah habisnya konsert mini mereka bersama yang terakhir.. MUH telah membuat ledakan yang besar dalam industri muzik sejak 2 tahun yang lalu dengan kemuncaknya memenangi Anugerah Juara Lagu 2008 yang lepas.. Kehilangan Lan merupakan sesuatu yang besar kerana vokalnya yang unik pasti dirindui peminat bersama Meet Uncle Hussain.. Bukan senang nak carik vokalis suara sesedap Lan..

Selain peminat yang memenuhi Hard Rock Cafe pada malam itu, kumpulan Komplot turut memberi sokongan kepada ‘nyanyian terakhir’ Lan bersama MUH.. MUH memainkan lagu-lagu popular mereka seperti Pari-pari Dibawah Angin, La La La Kerjalah, dan hit terbaru Putihnya Lukisan.. Lan meminta semua peminat untuk memanjangkan ‘Lagu Untukmu’ seakan tidak mahu berpisah dan saat itu amat mengharukan semua peminat yang datang.. Malam itu MUH dan Lan memberikan persembahan terbaik ‘all out’ seakan melepaskan gian untuk kali yang terakhir..



Penuh bertenaga

Berbeza-berbeza, kau dan aku berbeza, kita memang tak serupa, bebaskan bebaskan, ku ingin dilepaskan, kita tidak sehaluan, cukuplah sudahlah, sampai di sini saja hubungan kita berdua..

Pelukan antara Lan dan Taja serta ahli kumpulan MUH yang lain sungguh mengharukan suasana.. Lan juga berharap dapat bersama MUH lagi di atas satu pentas yang sama membuat persembahan..


Siapakah pengganti Lan? Adakah Farhan Azis?
Kita tunggu dan lihat je la nanti.. Buat Lan semoga terus maju jaya dengan projek baru bersama band barunya Azlan and The Type Writer.. Buat ahli-ahli MUH yang lain, teruskan usaha anda meledak industri muzik tanah air..


Saksikan video penuh kenangan manis Meet Uncle Hussain(versi Lan)



Tiada bintang
Dapat menerangkan hati yang telah dicela
Bagai ku lumpuh tak mampu berdiri
Aku tetap begini takkan berubah kerna
Aku tetap aku dan alur hidup mu bukanlah aku

Guna hati akal dan fikiranku
Berbeza engkau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu
Adakah aku
Hanya boneka yang sering engkau mainkan
Yang dikawal oleh jari jarimu

Ku punya hati dan perasaan
Pernahkah engkau fikirkan
Cukup-cukuplah oh cukuplah
Guna hati akal dan fikiranmu
Berbeza engkau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu
Tak tahan tak tahan
Sabarku tak tertahan
Melayan sikapmu perawan

Berbeza berbeza
Kau dan aku berbeza
Kita memang tak serupa

Bebaskan
Ku ingin dilepaskan
Kita tidak sehaluan
Cukuplah sudahlah
Sampai disini sahaja
Hubungan kita berdua

Support Our Local Band

If u not support for your local band, who will support?

Tuesday, August 25, 2009

Delete

-Study Group-


Bagaimanakah cara anda belajar, bersendirian atau berkumpulan? Sebenarnya jika mengikut cara yang betul, belajar secara berkumpulan adalah lebih baik daripada bersendirian. Sebaliknya jika gagal mematuhi garis panduan asas, duduk untuk belajar berkumpulan akan merugikan masa sahaja.

Belajar secara berkumpulan mampu mengurangkan rasa bosan malah boleh meningkatkan lagi daya ingatan. Walau bagaimanpun amalan ini perlu dilakukan mengikut garis panduan seperti di bawah agar usaha ini dapat memberi kesan kepada pelajar.

  • Pemilihan rakan kumpulan: Sebaik-baiknya jumlah ahli kumpulan haruslah di antara 2 hingga 5 orang sahaja. Kumpulan yang kecil mudah berbincang serta mengurangkan pelbagai kerenah yang boleh menjejas perjalanan perbincangan. Ini memberi peluang setiap ahli mengambil bahagian. Setiap ahli haruslah mempunyai disiplin diri yang tinggi. Ini merangkumi ketepatan masa, serta sifat bekerjasama yang baik.

  • Pemilihan topik: Pemilihan topik dan mata pelajaran haruslah dipersetujui bersama. Ini untuk memastikan setiap anggota ahli kumpulan akan mengambil bahagian secara aktif dan bukannya sekadar berdiam diri sahaja.

  • Persediaan tempat: Kesesuaian tempat merupakan faktor yang penting untuk menentukan keberkesanan proses belajar. Bilik darjah yang kosong, ruang perbincangan di pusat sumber atau di rumah rakan boleh dijadikan tempat belajar. Malah untuk yang belajar di asrama boleh berkumpul di sekitar sekolah. Apa yang penting ialah menjauhi daripada gangguan kebisingan.

  • Pemilihan waktu: Pemilihan waktu adalah bergantung kepada kesesuaian waktu anggota kumpulan. Walau bagaimanapun dicadangkan ia dilakukan pada hujung minggu memandangkan masanya agak panjang. Agak memadai belajar secara kumpulan ini dilakukan dalam jangka masa tidak melebihi 3 jam pada satu-satu ketika. Adalah dikuatiri jika jangka waktunya terlalu lama, perkara-perkara lain yang tidak ada kaitan dengan pelajaran akan turut sama diperbincangkan.

  • Bahan belajar: Anggota kumpulan harus bersedia dengan bahan belajar seperti buku teks, buku rujukan, nota guru, latihan dan lain-lain. Kekurangan bahan akan menyebabkan kegagalan untuk berbincang.
Jika anda boleh mengikut garis panduan asas di atas cubalah wujudkan kumpulan belajar anda sendiri. Matlamat kita adalah untuk sama2 menjadi pelajar yang cemerlang.

.:Ciri - Ciri Jodoh:.



Jodoh terbahagi kepada 3 :



1. Jodoh yg ditentukan oleh Syaitan
  • Anda bertemu, bercinta, berkasih2, berpegangan tangan, melakukan zina.. Apabila sang perempuan mengandung, kamu berdua terpaksa bernikah..


2. Jodoh yg ditentukan oleh Jin
  • Anda menyukai seseorang sehingga sanggup membomohkannya.. Pasangan anda terus jatuh cinta dan kamu berdua bernikah..




3. Jodoh yg ditentukan oleh Allah
  • Anda bertemu seseorang, berkawan, bercinta mengikut batasan agama.. Apabila sudah bersedia, kamu berdua bernikah mengikut adat dan resam serta tatacara Islam..


Pilihlah jodoh anda.. Setiap manusia yang dilahirkan adalah berpasang-pasangan.. Tiada istilah jodoh tak sampai atau istilah tiada jodoh.. InsyaAllah, sekiranya anda tidak bertemu jodoh anda di dunia, pasti akan bertemu di akhirat..


sEkiaN..

Monday, August 24, 2009

Kejujuran: Bukti Cinta Sejati?

PERCINTAAN bukan pasti berakhir dengan perkahwinan, malah ada pasangan yang bercinta bagai Laila dan Majnun tetapi akhirnya putus di pertengahan jalan..

Justeru, apabila mengingatkan kisah percintaan lama, pasti ramai di antara kita yang tersenyum sendiri.. Bagi lelaki dan wanita, mereka tentu mempunyai kisah percintaan sendiri yang kadangkala jika ditulis boleh dibuat novel..

Ada yang kecewa akibat bercinta mengambil keputusan terus membujang sehingga tua, seolah-olah cinta pertama itu terlalu agung dan tidak boleh diganti dengan percintaan lain..

Namun, bagi kebanyakan kita, jodoh pertemuan ketentuan Ilahi.. Justeru, apabila gagal dalam percintaan pertama, kedua dan seterusnya, masih ada ruang untuk mengubat kedukaan itu..

Apabila menjadi suami isteri, kadangkala teringat juga kisah percintaan lama.. Ada di antara kita yang berani untuk memberitahu pasangannya mengenai cerita cinta yang pernah ditempuhi dan bagi yang lain menyimpan dalam memori sendiri..

Setiap orang pasti memiliki kisah masa lalu, sama ada buruk atau indah.. Timbul persoalan, adakah kisah masa lalu yang buruk itu perlu diceritakan kepada kekasih kita?

Adakah jika diceritakan akan membuktikan betapa dalamnya cinta anda dan pasangan? Atau adakah dengan membuka cerita cinta lama itu akan merosak dan memporak-porandakan hubungan anda?

Ada yang berkata, jika anda tidak menyampaikan kisah cinta masa lalu, maka anda akan menjadi seorang pembohong di hadapan orang yang anda cintai dan anda tidak mungkin dapat mencintainya sepenuh hati..

Ini berlaku terutama kepada pasangan yang berkomitmen untuk bersama-sama selamanya, justeru setiap orang berhak mengetahui kisah pasangan yang dicintainya itu..

Namun, sebelum anda ingin menceritakan kisah percintaan masa lalu, pastikan pasangan anda bersedia menerima segala masa lalu anda dan melupakannya..

..Amalan Di Bulan Ramadan..

Sebaik-baik amalan di bulan Ramadhan ialah sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila datang bulan Ramadhan, maka tibalah bulan yang memberi berkat, iaitu diwajibkan oleh Allah S.W.T ke atas kami berpuasa sebulan di bulan Ramadhan, dibuka pintu syurga dan ditutup pintu neraka jahannam, diikat syaitan-syaitan di bulan Ramadhan, ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan, sesiapa yang memuliakan, maka ia mendapat kemuliaan daripada Allah”.

Oleh itu pada bulan yang mulia ini hendaklah kita sentiasa melakukan sebanyak mungkin amalan kebajikan selagi mampu kerana setiap amalan yang dilakukan pada bulan ini akan dilipatgandakan pahalanya. Antara amalan yang boleh boleh dilakukan pada bulan Ramadhan adalah dengan memperbanyakkan membaca al-Quran secara tadarus berkumpulan atau secara sendirian, berdoa, solat sunat dan terawih secara berjamaah di surau atau di masjid, sedekah dan bersahur. Ini kerana ada sebuah hadis yang menyebut bahawa:

“Orang yang sembahyang pada bulan Ramadhan, setiap kali sujud, akan dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah di dalam syurga daripada permata. Bagi orang yang berpuasa dan beribadah 70 ribu malaikat akan meminta ampun baginya daripada pagi hingga tenggelam matahari dan dibina sebuah mahligai baginya”.

Selain itu, terdapat juga hadis dari Jabir dari Nabi s.a.w:
“Apabila malam terakhir dari bulan Ramadhan datang, maka menangislah seluruh langit, bumi dan para malaikat, kerana musibah yang akan menimpa umat Muhammad” Rasulullah s.a.w ditanya: “Musibah apakah ya Rasulullah?” Nabi s.a.w menjawab: “Perginya bulan Ramadhan, kerana di dalam bulan Ramadhan itu semua doa-doa dikabulkan, semua sedekah diterima dan semua kebaikan dilipatgandakan pahalanya serta seksa pun dihentikan”. “Apakah ada musibah yang lebih besar daripada perginya bulan Ramadhan?”, “Kalau semua langit dan bumi menangis demi kepentingan kita, maka tentu kita lebih banyak menangis dan lebih menyayangkannya kerana terputusnya segala keutamaan dan kemuliaan”.


Hadis ini menunjukkan bahawa amalan-amalan orang yang berpuasa sentiasa dalam pemerhatian Allah S.W.T. dan barangsiapa yang banyak berdoa dan ikhlas dalam amalannya, nescaya Allah akan memakbulkan doa orang-orang yang bertakwa.
Seterusnya terdapat hadis daripada Abu Hurairah r.a katanya:
“Aku dengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Jangan kamu tolak orang yang meminta walaupun dia kafir”, kata seorang sahabat, “Ya Rasulullah! Adakah kami bersedekah dengan sesuatu dari harta kami kepada orang kafir?”, Jawab Nabi: “Mereka juga adalah makhluk Allah. Hakikatnya sedekah itu jatuh pada tangan Tuhan Yang Maha Merahmati”.

Ini menjelaskan bahawa amalan bersedekah ini sangat dimuliakan di sisi Allah walaupun sedekah tersebut dihulurkan kepada orang kafir. Ini kerana yang dinilaikan di sisi Allah ialah keikhlasan hati seseorang dalam menghulurkan hartanya kepada orang lain dan keikhlasannya dalam melaksanakan sesuatu ibadah.

Ianya juga meneladani sifat Ar Rahman dan Ar Rahim di sisi Allah S.W.T, di mana dengan sifat Ar-Rahman iaitu penyayangnya Allah kepada makhluk di syariatkan sedekah yang boleh diluaskan pemberiannya kepada semua makhluk sekalipun kafir. Begitu juga dengan sifat Ar Rahim iaitu Maha Pengasihnya Allah kepada orang-orang yang beriman kepadaNya, dikiaskan dengan perlaksanaan ibadah zakat yang hanya dikhususkan kepada umat Islam memberi dan menerimanya.

Sesungguhnya Islam itu tidak membebankan hambanya. Oleh itu orang yang berpuasa juga digalakkan melakukan amalan bersahur pada pertengahan malam sehingga terbit fajar dan sunat dilewatkan. Ini bagi mengelakkan mereka dari merasa lapar ketika melakukan ibadah puasa pada keesokan harinya.

Dari Zaid bin Thabit berkata: “Kami bersahur bersama Rasulullah s.a.w, lalu kami berdiri untuk menunaikan solat, saya bertanya: “Berapakah jarak antara keduanya?” Ujar Nabi s.a.w: “50 ayat (lebih kurang 15 minit)”.

Sunday, August 23, 2009

::Cinta dalam Islam::


Dalam surah ar-Rum ayat 21 Allah menyatakan, “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah bahawa Dia menciptakan isteri-isteri bagimu dari kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-Nya cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran”

ISLAM menggariskan akhlak yang terbaik untuk merealisasikan percintaan sesama lelaki dan perempuan yang mukalaf. Terdapat tiga peringkat percintaan yang mana orang Islam hendaklah mencuba sedaya upaya mereka untuk memelihara kesucian cinta itu daripada dicemari unsur-unsur maksiat dan perkara-perkara yang dapat membawa kepada kemurkaan Allah. Tiga peringkat tersebut adalah cinta sebelum perkahwinan, cinta selepas bertunang dan cinta selepas perkahwinan.

Cinta Sebelum Kahwin..

Cinta sebelum perkahwinan adalah cinta yang hadir daripada pergaulan harian dengan individu yang mempunyai kesamaan daripada segi cita rasa, peribadi, minat dan cara hidup. Ada kalanya cinta ini adalah cinta pandang pertama yang hadir secara mendadak, dan ia juga mungkin cinta yang dibina secara berperingkat melalui pertemuan dan pergaulan harian. Cinta sebelum perkahwinan biasanya tidak digalakkan dalam Islam, kerana dikhuatiri akan menjerumuskan pencinta itu ke kancah maksiat dan kelalaian dalam percintaan. Walau bagaimanapun, jika percintaan itu mempunyai matlamat suci, iaitu untuk membawa pencinta itu ke jinjing pelamin dan ikatan yang sah, maka sebagai pencinta yang beriman dan takutkan Allah, mereka haruslah menjaga dan memelihara perkara-perkara berikut:

1.Menjaga batas-batas pergaulan dengan tidak menyentuh sesama sendiri, tidak membuang masa berjam-jam dengan bertelefon atau berbual-bual, dan tidak menjadikan pergaulan mereka seperti suami isteri yang sudah sah dinikahkan. Mereka harus sedar dan berasa malu kerana mereka masih belum mempunyai sebarang hak ke atas satu sama lain.

2.Menghormati maruah dan harga diri masing-masing, dalam erti kata lain tidak membenarkan diri berdua-duaan dengan kekasih, kerana orang yang ketiga adalah syaitan. Di samping itu tidak berhias-hias atau menampakkan perhiasan di hadapan kekasih kerana dikhuatiri boleh menaikkan nafsu syahwat kekasih. Sebaik-baiknya sebarang pertemuan hendaklah melibatkan mahram atau ibu bapa yang mengawasi tingkah laku mereka.

3.Mendapat restu dan kebenaran dari ibu bapa adalah faktor kejayaan dalam percintaan sebelum perkahwinan. Restu daripada ibu bapa memudahkan proses pertunangan dan pernikahan yang akan berlangsung sebagai kelangsungan daripada cinta itu. Ibu bapa harus memainkan peranan dengan memastikan anak-anak tidak melupakan tanggungjawab peribadi dan batasan akhlak dan ajaran agama semasa bercinta.

4.Berdoa dan menunaikan solat hajat supaya percintaan yang dimiliki akan diredai dan diberkati Allah. Bermohon kepada Allah supaya cinta itu dapat membawa kepada kesempurnaan peribadi dan kesempurnaan agama dengan mendirikan rumah tangga dan memelihara kelangsungan cinta itu.

5.Sentiasa melakukan solat Istikharah bagi meneguhkan hati supaya orang yang dicintai itu adalah yang terbaik untuk menjadi pasangan hidup sehingga ke akhir hayat. Janganlah mencintai seseorang kerana harta, rupa atau keturunannya, tetapi cintailah dia kerana agama dan kemuliaan akhlaknya. Solat istikharah membantu supaya individu yang bercinta itu tidak menyesal dengan pilihannya dan dia wajiblah menjuruskan percintaannya itu untuk mendirikan rumah tangga yang terpelihara. Sekiranya dia bercinta tanpa niat untuk berumah tangga tetapi sekadar ingin bermain-main dan bersuka ria, maka percintaan itu adalah penipuan dan setiap perbuatan ke arah itu mencetuskan dosa dan kemurkaan Allah.

Setiap perbuatan cinta seperti menyentuh kekasih, bersalaman, berdating, berpelukan dan bercanda adalah dilarang sebelum perkahwinan. Sebagai hamba Allah yang takut kepada kemaksiatan dan kehinaan hidup di dunia, pasangan kekasih hendaklah berasa malu untuk mempamerkan ‘cinta terlarang’ mereka kerana belum lagi diiktiraf oleh perkahwinan yang dituntut oleh syarak. Tetapi sebaliknya, apabila diikat dengan ikatan perkahwinan yang sah, perbuatan-perbuatan itu mendatangkan pahala dengan syarat suami isteri itu berusaha untuk menjaga batasan akhlak dan kesopanan tingkah laku apabila berada di khalayak ramai.

Cinta Selepas Bertunang..

Kebanyakan orang yang bercinta menyimpan hasrat untuk mempertahankan cintanya hingga ke jinjang pelamin. Ber-tunang adalah cara yang dilakukan bagi menyempurnakan janji untuk berkahwin. Ia adalah tanda pengabadian cinta yang suci dan tulus. Cinta dalam pertunangan besar ujiannya kerana godaan dan cabaran yang datang dari pelbagai pihak mampu merubah hati dan pendirian pasangan. Orang yang bertunang dikatakan ‘berdarah manis’ kerana mudah terjebak kepada gangguan perasaan dan terdedah kepada pelbagai cabaran. Oleh sebab itu pertunangan tidak digalakkan untuk tempoh yang lama mengikut adat masyarakat Melayu. Malah ia tidak perlu dihebohkan kepada semua orang kerana dikhuatiri pasangan itu berubah hati dan tidak jadi melangsungkan perkahwinan.

Bertunang tidak sama dengan berkahwin. Bertunang adalah ikatan tetapi ia belum diteguhkan oleh akad yang menghalal-kan segala perhubungan antara lelaki dan perempuan. Bertunang adalah tempoh suai kenal bukan tempoh memadu asrama. Maka orang yang sedang bertunang tidak boleh melanggar batas-batas agama kerana mereka masih belum ‘halal’ untuk sentuh-bersentuhan, cium-berciuman dan sebagainya. Pihak lelaki perlu menyedari mereka belum lagi menjadi suami, begitu juga pihak perempuan belum bergelar isteri. Maka berhati-hatilah dalam pergaulan kerana syaitan sentiasa menjadi orang ketiga yang tidak jemu menggoda dan cuba merosakkan cinta yang terbina.

Cinta Selepas Kahwin..

Allah mengiktiraf cinta selepas perkahwinan sebagai yang terbaik dan sumber segala kesenangan dan kasih sayang sebagaimana yang dinyatakan di dalam Quran ayat 21 surah ar-Rum, “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah bahawa Dia menciptakan isteri-isteri bagimu dari kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-Nya cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran”.

Cinta selepas perkahwinan adalah cinta yang diredai dan dituntut oleh ajaran Islam. Cinta seharusnya berputik mekar selepas pasangan suami isteri itu mendapat mandat yang agung untuk bercinta melalui ikatan yang sah dan diiktiraf oleh agama dan juga anggota masyarakat. Bagi menyuburkan cinta selepas perkahwinan, maka pasangan suami isteri haruslah menghormati hak-hak dan tanggungjawab kepada yang dicintai dengan penuh kecintaan dan kasih sayang. Antara cara-cara untuk menyuburkan rasa cinta sebegitu adalah:

1.Membuktikan cinta melalui ketaatan, kasih sayang, pengorbanan dan kesungguhan memuliakan pasangan dan rumah tangga yang dibina. Pasangan suami isteri hendaklah sentiasa saling hormat-menghormati, menghargai perasaan dan tutur kata, sentiasa mendoakan kesejahteraan keluarga dan berusaha memelihara amanah dan janji yang dibuat.

2.Melahirkan zuriat sebagai bukti cinta yang terjalin. Sekiranya ditakdirkan tidak mempunyai zuriat, suami hendaklah bersabar dan tidak terburu-buru untuk berkahwin lain. Seharusnya usaha dilipatkan gandakan untuk mendapatkan zuriat baik secara tradisional mahupun secara perubatan. Sekiranya tidak berhasil, bolehlah mengambil anak angkat sebagai langkah alternatif.

3.Mengasihi dan menghormati ahli keluarga pasangan suami isteri. Bagi mewujudkan keluarga yang harmonis, perhubungan kedua-dua belah pihak hendaklah dijaga dan dipelihara sebaik mungkin. Sesekali, hadiah dapat dijadikan penghubung kasih-sayang dan tidak lupa untuk bertanya khabar sekiranya tidak berkesempatan untuk menziarahi keluarga yang jauh.

Seharusnya Cinta..

Insan yang beriman sering kali meletakkan sandaran yang kuat dan kukuh kepada Allah. Maka, dalam soal percintaan, sering kali mereka bersikap tenang dan menyerah diri kepada ketentuan Allah. Ini adalah kerana mereka yakin cinta datang dari Allah dan hanya Dia sahaja yang dapat menganugerahkan atau menghapuskan cinta itu. Allah adalah Pencipta kepada cinta, dan setiap penciptaan-Nya ada matlamat dan sebab kewujudannya, yang sering kali tidak cuba difahami oleh manusia.

Hanya segelintir sahaja yang memahami hakikat didatangkan perasaan cinta itu, iaitu kembali kepada asal matlamat kejadian manusia; untuk menyembah dan melakukan ketaatan kepada Allah. Tidak kira apa bangsa ataupun agama sekalipun, hakikat cinta adalah kembali kepada mengagungkan dan membesarkan Tuhan yang menciptakan segala cinta. Agama Islam, Kristian, Buddha, Hindu serta lain-lain agama tetap mengupas persoalan cinta sebagai sumber kedamaian hati dan keamanan dunia.

Realiti cinta menuntut pengorbanan daripada setiap individu yang berani untuk melibatkan dirinya dalam percintaan. Cinta penuh dengan air mata, aliran perasaan yang amat deras dan getaran yang mengilukan hati. Cinta juga penuh dengan keindahan, keselesaan, kehalusan perasaan dan kenikmatan jasmani mahupun rohani. Ini adalah kerana, cinta tidak hanya melibatkan perasaan semula jadi antara lelaki dan perempuan sahaja tetapi juga melibatkan perhubungan antara manusia dan Tuhan, manusia dan alam, serta manusia dan perbuatan.

Oleh yang demikian, insan yang beriman dapat mengelakkan diri daripada melakukan kesilapan dalam pergaulan, kekecewaan dalam percintaan, dan kehancuran dalam kehidupan. Mereka memahami hakikat cinta dan jenis-jenis cinta yang wujud dalam dunia ini, lantas menjadikan fikiran mereka lebih terbuka dan bijaksana dalam menangani soal percintaan. Penderitaan, penyesalan, dan kebencian tidak dijadikan sebagai sumber yang boleh memudaratkan diri dan hati, tetapi sebaliknya sebagai sumber yang memberi kesedaran dan keinsafan akan hakikat kehidupan yang sebenarnya.

~Wallahua'lam~

Thursday, August 20, 2009

~Jalan Ke Parlimen Malaysia~



Jalan ke Parlimen Malaysia terbentang luas..
Permohonan kami dijawab oleh Parlimen Malaysia..
Oh yeah!! MySpace
Syukur Alhamdulillah.. Kami, pelajar Pra U SMKAr bakal menjejakkan kaki ke Parlimen Malaysia.. Kami akan menuju ke suatu destinasi yang merupakan simbol demokrasi berparlimen serta simbol perpaduan kerajaan persekutuan Malaysia..
Parlimen Malaysia merupakan badan perundangan Malaysia berdasarkan sistem Parlimen Westminster.. Dengan lebih dekat kami akan mengikuti persidangan secara langsung dan akan dibawa melawat ke seluruh bangunan Parlimen..

MySpace

Kompleks bangunan Parlimen ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu sebuah bangunan utama 3 tingkat dan sebuah menara setinggi 17 tingkat.. Bangunan utama 3 tingkat ini menempatkan dua buah dewan utama iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara manakala sebuah menara setinggi 17 tingkat pula menempatkan pejabat pentadbiran, pejabat Yang Di-Pertua Dewan Rakyat dan Yang Di-Pertua Dewan Negara.. Tunku Abdul Rahman, Prime Minister Malaysia yang pertama, menyetujui cadangan pembinaan Parlimen pada Disember 1959.. Kerja-kerja pembinaan disiapkan pada September 1962 dan perasmian bangunan Parlimen yang baru dijalankan oleh Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullai, Yang Di-Pertuan Agong yang ketiga, pada 21 November 1963.. Pembinaan bangunan ini menelan kos perbelanjaan sebanyak RM18 juta..

x caya kami dapat kebenaran melawat Parlimen??
Tengok nie --->


*Diorang fax ke alamat sekolah.. MySpace


*Surat maklum balas yang di fax.. MySpace

*Peraturan-peraturan yang diberi.. MySpace


Semuanya sudah hampir berjaya.. Doa2 serta sokongan padu dari rakan2 amatlah dihargai.. Jom kita patuhi segala syarat yang ditetapkan oleh Parlimen.. Simpan2 la duit raya, nanti kita pi enjoy kat Cameron Highland, Sunway Piramid and Berjaya Time Square.. So, ready lah Parlimen Malaysia.. Kami akan gegarkan Bangunan Parlimen Malaysia..he3

Jom pegi Parlimen.. MySpace


"Majulah Pra U untuk Negara"

Tuesday, August 18, 2009

Hingga Hujung Pernafasanku..

http://emo.huhiho.com

Inilah impian hidupku
dan inilah mahunya hatiku
Tercipta satu rasa ini untuk ku memilikimu
Ku tahu diriku sukar untuk menyatakan semuanya
Ku tahu hatiku selalunya ada untuk dirimu

Hatiku ini hanya untuk mu
Cintaku ini milikmu untuk selamanya
Lamaranku tulus bersamamu
Kan ku temanimu hingga hujung pernafasan di langitku

Jiwaku tak pernahkan tenang
Bila kau jauh disampingku
Ku tahu hatiku selalunya ada untuk dirimu

Hatiku ini hanya untuk mu
Cintaku ini milikmu untuk selamanya
Lamaranku tulus bersamamu
Kan ku temanimu hingga hujung pernafasan di langitku

Inilah impian hidupku..
Hatiku ini hanya untukmu
Cintaku ini milikmu untuk selamanya

http://emo.huhiho.com

Hatiku ini hanya untukmu
Cintaku ini milikmu untuk selamanya
Lamaranku tulus bersamamu
Kan ku temanimu hingga hujung pernafasan di langitku
Di langitku..
Hingga hujung..
Nafasku..

http://emo.huhiho.com

Monday, August 17, 2009

~.::Buat Sayangku::.~

Ya Allah..

Dengan redhaMu jadikanlah kami sepasang kekasih yang saling mencintai dikala dekat..
dan menjaga kehormatan dikala jauh..
Saling menghibur dikala duka dan saling mengingati dikala bahagia..
Saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan serta menyempurnakan amal ibadat..

Ya Allah..

Sempurnakanlah kebahagiaan kami dengan menjadikan hubungan ini sebagai ibadah kepadaMu.. Serta bukti cinta kami kepada rasulMu..
Amin Ya Rabbul Alamin..

Sunday, August 16, 2009

.:..Esok Ujian..:.

Esok 17 ogos..

Ujian penggal melanda SMK Arau.. Semua pelajar mula dijangkiti virus 'exam'..
Bahang ujian kian terasa.. Esok berjuanglah para pejuang SMK Arau di atas kertas..
Berjuangla hingga ke titisan peluh yang terakhir..haha..
Selamat memerah otak sehingga kering..hehe..

Khas untuk rakan2 aku, 6R1 dan jugak 6R2.. Buat yang terbaik untuk esok..
Aku akui, ujian kali nie memang agak susah..
Apa2 pun, jom la kita usaha sebab usaha tu tangga kejayaan..

Semoga ALLAH kurniakan kita kesihatan yang sempurna untuk menempuh ujian nie..
Lepas ujian nie, kita enjoy jap ok..hehe.. Nak cuti x berapa hari lagi nie..
Sama2 kita sambut kedatangan Ramadhan, jangan ponteng puasa dah la..

Aku takut ngan paper Sejarah, Eko, Sastera..
huh, Pengajian Am pun susah..
Bahasa Melayu pun..adehhh

Camna nak buat nie??
Hehe..releks, ada seseorang yang akan bagi aku semangat..
Dia duk sebelah kanan aku..hehe

Malam nie aku nak merepek puas2 sebelum nak pegi berperang atas kertas untuk esok..
First paper sejarah 1 .. Kantoi la aku..
Pastu bahasa melayu, rehat jap.. Pastu pengajian am 1.. Giler..

InsyaALLAH, 5 Prinsipal akan tercapai.. Amin

Gud Lax warga SMK Arau, khasnya Pra U..
Chaiyok2!!

..:: Buat Opie, aku mewakili kawan2 lain nak ucapkan semoga berjaya kat KIST.. Jangan lupa kami ok, we are friends for ever.. Good Luck..

Saturday, August 15, 2009

Putus Asa: Jadikan Musuh Utama


Jalan itu begitu sempit dan penuh dengan rintangannya,
Peluh yang menitis terus membasa
hi seluruh tubuh,
Kaki masih lagi mahu melangkah
Walau gerakannya tidak sepantas mana,
Jalan semakin berliku,

Hendak digagahkan,

Terasa kepayahan,

Hendak dipatahkan sahaja sema
ngat yang ada,
Seakan tergambar ke
rugian..

Kegagalan seakan satu perkara yang telah sebati dengan kehidupan setiap insan. Namun, tiap kali kegagalan itu berlaku, ketabahan dan penerimaan masih tiada. Pasti akan disusuli dengan kekecewaan. Sedangkan ini adalah perkara lazim dalam kehidupan. Setiap kali kegagalan itu bertandang, terlalu sukar untuk diterima oleh hati. Ada saja persoalan yang ditimbulkan mempertikaikan kegagalan yang diperoleh.

Kegagalan itu membawa kepada rasa putus asa dalam diri. Namun, ingin saya bertanya, adakah berputus asa itu satu perkara yang wajar dilakukan jika kita berhadapan dengan kegagalan? Sedangkan, kegagalan bukanlah penghujung kepada kehidupan dan 'jalan mati' kepada kejayaan. Seperti yang selalu kita dengar, ramai yang berjaya selepas menemui kegagalan. Dan kegagalan itu yang membuatkan seseorang lebih matang dan berhati-hati dalam menyusun perjalanan kehidupan..




Pernahkah anda berdepan dengan rasa putus asa? Setelah berbagai-bagai rintangan dan dugaan anda tempuhi, tetapi dipatahkan dengan rasa putus asa yang tiba2 melintas di fikiran. Bukankah itu membuatkan anda berada dalam kerugian. Setelah masa dan kudrat habis pada sesuatu perkara, dengan mudah rasa menhasut dan menggagalkan apa yang diusahakan selama ini. Jadi, adakah segalanya berbaloi? Paling penting adalah untuk menghadapi rasa putus yang datang. Bukan takut kepada kegagalan kerana tanpa kita sedari, putus asa ialah punca kepada kegagalan. Bukan kegagalan punca kepada timbul rasa putus asa. Kesilapan sering terjadi di situ. Putus asa juga bukan satu sikap yang baik untuk mereka yang bergelar pelajar. Kerana, dalam dunia sebagai seorang pelajar terlalu banyak dugaan dan kepayahan yang akan ditempuh. Hanya terletak kepada mereka yang mengidamkan kejayaan yang akan terus mempertahankan kekebalan semangat mereka tanpa menghiraukan rasa putus asa yang sering datang tidak mengira masa dan waktu.


Jika terasa malas sewaktu belajar, itu juga merupakan sikap putus asa yang membawa kepada kegagalan. Kita perlu ingat, jangan jadikan putus asa sebagai salah satu agenda dalam diari hidup kita. Tetapi jadikan rasa inginkan kejayaan dan mengejar kepada kehidupan yang lebih bermakna sebagai matlamat kita. Putus asa seakan musuh yang tidak kita menyedarinya. Sikap itu datang dalam keadaan spontan dan halus. Seharusnya kita mengetahui erti putus asa. Putus asa ialah musuh utama yang akan membawa kepada pelbagai sikap negatif lain. Malas timbul kerana rasa putus asa. Hilang semangat juga timbul kerana putus asa. Semuanya bermula daripada putus asa. Jangan biarkan rasa putus asa menguasai diri kerana akan membawa kepada sikap negatif yang lain. Ketahui sikap itu dan tanganinya. Pasti kejayaan milik kita.


" Apabila semua benda kelihatan semakin hilang, ingatlah bahawa masa depan masih ada "


Wallahu'alam..

Sunday, August 9, 2009

"Hapy Besday"

Ermmm..

Dikesempatan nie aku nak wish hapy besday kepada
Nur Atikah binti Mohamed Akram
adikku tesayang..he3.. Yang ke 17 tahun..
Atikah nie lahir pada 8 Ogos 1992, anak kedua dari 4 orang adik beradik..
Cute cam akak dia, tapi akak dia cute lagi la..he3
Dia lahir kat umah nenek dia kat Padang Besar..besarnye..
Mempunyai hobi cam akak dia, baca novel dan berkenalan..
Bercita2 nak jadi doktor..

Selamat Hari Jadi !!
Ada lagu sikit untuk Atikah:

Hapy besday to youuu..
hapy besday to you..
Hapy besday to Atikah..
Hapy besday tooooo youuuuu..

I wish for you, a happy day
For lots of love, to come your way
May your heart be filled with cheer
That will last, through the coming year
Best wishes from my heart,sent your way
Hoping that much joy, be yours today
This special prayer for you, I will say
"God bless you on your very special day"

Gud lax for SPM.. Buat yang terbaik.. Jadi la adik yang baik..he3
Suke kenakan orang ye??
Peramah, banyak soal, sayang sangat kat kak dia..
Nanti kita balik Sabah sama2 ok..
chaiyok2!!

Amin..

Saturday, August 8, 2009

.::Ya Tuhanku::.

Kadang-kala,
Hati ini terlalu lemah untuk menanggung segala dugaan-Mu,

Kadang-kala,
Hati ini ingin sahaja mengikut kehendak naluri,
Yang sememangnya lebih kepada berlandaskan nafsu semata,

Kadang-kala,
Tidak mampu untuk menahan keinginan,
Jika melihat keseronokan yang dialami rakan sekeliling,
Ingin juga kaki ini menjejak mereka,

Kadang-kala,
Iman ini terlalu tipis untuk menangkis,
Kehendak dan naluri remaja ini.

Namun,
Segalanya terbatas tika ini bukan lagi waktunya,
Kematangan perlu ada dalam diri ini agar,
Mampu untuk menahan nafsu keinginan,
Tanggungjawab lebih besar daripada keinginan,
Walaupun mengetahui, kadang-kala diri ini tidak mampu..

Friday, August 7, 2009

Ujian dan Cabaran

Untuk pertama kalinya, akan berlangsung ujian penggal untuk budak2 lower SMKAr.. Yang akan berlangsung bermula dari 17 Ogos sehingga 20 Ogos ini..fuh.. ujian kali nie x leh la buat main2.. x dapat dinafikan kesukaran utk menguasai subjek2 yang terlibat seperi pengajian am, sejarah, bahasa melayu, sastera/seni, ekonomi/perniagaan..
berikutan dari itu, study la baik2.. aku nak target gred C+ ke atas..amin..
segala persiapan perlulah disegerakan kerana tinggal beberapa hari lagi ujian ini akan berlangsung..so, kepada semua rakan seperjuangan aku ucapkan semoga berjaya..
jangan lupa doakan kejayaan aku sama..he3

Sila rujuk jadual peperiksaan:



Walaupun ujian yang dianggap biasa saja, tapi ujian kali nie ada makna untuk aku..
Jadi, aku berikrar nk buat bersungguh2 untuk ujian kali nie..
Doakan aku berjaya ok!!

"Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.. Teruskan Perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"

Salam Peperiksaan tulus ikhlas dari aku..




Thursday, August 6, 2009

Gerbang Ramadan..


Saidatina Aishah r.a ada berkata, Rasulullah s.a.
w bersabda maksudnya: "Semua manusia dalam kelaparan pada hari kiamat kecuali nabi-nabi dan keluarga mereka, juga orang yang berpuasa pada Rejab, Syaaban dan Ramadan. Sesungguhnya mereka dalam keadaan kenyang, tidak lapar dan tidak haus."



Bulan yang dinyatakan dalam hadis terbabit adalah antara yang disebut-sebut banyak kelebihan, sehingga hadis berkenaan menyatakan mereka yang berpuasa tidak akan lapar dan haus pada hari kiamat kelak. Dalam memberikan penjelasan berkaitan tiga bulan yang berturut-turut itu, ada pihak membuat perumpamaan tahun dengan pohon, iaitu Rejab umpama waktu keluarnya daun, Syaaban diumpamakan keluarnya bunga dan Ramadan umpama buahnya. Abu Hurairah berkata Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Rejab bulan Allah dan Syaaban itu bulanku, manakala Ramadan itu bulan umatku." (Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim). Ketiga tiga bulan disebut Nabi s.a.w itu adalah bulan rahmat, kasih sayang dan kesejahteraan.



Bulan yang penuh keberkatan dan keampunan. Sesetengah ulama menyatakan bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun daripada segala dosa manakala bulan Syaaban untuk memperbaiki diri daripada segala macam cela dan Ramadan adalah waktu menyucikan hati dan jiwa. Syaaban bermaksud berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana pada bulan itu masyarakat Arab dulu bertempiaran ke serata tempat untuk mencari air, sehingga ada yang mencarinya sampai ke gua. Ia juga diertikan demikian kerana menjadi 'bulan pemisah' iaitu memisahkan antara bulan Rejab dan Ramadan. Nabi s.a.w menjelaskan Syaaban mengandungi keutamaan dan kebaikan yang banyak, dengan nilai berganda bagi mereka melaksanakan kebaikan dan ibadat dengan ikhlas dan bersungguh. Baginda bertanya kepada sahabat, maksudnya: "Tahukah kamu sekalian mengapa bulan ini dinamakan Syaaban?" Mereka menjawab: "Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui." Baginda menjawab: "Kerana pada bulan ini bercabang banyak kebaikan."

Dengan keutamaan yang ada pada Syaaban ini, Baginda memanfaatkan kesempatan untuk meningkatkan prestasi ibadat dan amal kebaikan sehingga seolah-olah Baginda tidak pernah melakukan sedemikian pada bulan lain.
Nabi s.a.w sendiri sering berpuasa pada bulan ini. Daripada Saidatina Aishah, beliau berkata maksudnya: "Adalah Rasulullah s.a.w sering berpuasa hingga kami menyangka yang Baginda berpuasa ber
terusan dan Baginda sering berbuka sehingga kami menyangka yang Rasulullah akan berbuka seterusnya. "Aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa sebulan penuh kecuali pada Ramadan dan aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak di bulan Syaaban." (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim) Hadis ini menerangkan kepada umat Islam sekalian, Syaaban memang bulan sangat digalakkan beramal ibadat selain bulan lain, sesuai dengan statusnya sebagai gerbang Ramadan. Rasulullah s.a.w pernah mengumpamakan bulan Syaaban dengan keutamaan diri Baginda sendiri ke atas nabi lain. Sabda Baginda bermaksud: "Keutamaan Syaaban ke atas bulan yang lain adalah seperti keutamaan saya di atas semua nabi lain sedangkan keutamaan bulan Ramadan ke atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makhluk-Nya." Antara amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban ialah memperbanyakkan ibadat sunat termasuk puasa, doa, zikir, selawat dan bertaubat daripada kesalahan yang dilakukan. Walaupun amalan ini sukar, ganjaran yang menanti adalah berganda.



Ibadat sunat pada Syaaban juga sebagai persediaan untuk lebih cergas beribadat siang dan malam pada Ramadan.
Syaaban juga adalah bulan di mana setiap doa orang beriman akan dimakbulkan Allah, sebagaimana dinyatakan Abdullah Umar dalam riwayatnya mengenai hadis Nabi iaitu Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Antara solat lima waktu yang doanya tidak ditolak ialah sewaktu malam Jumaat, pada malam 10 Muharam, pada malam pertengahan bulan Syaaban dan pada dua malam raya iaitu malam hari raya Aidilfitri dan Aidiladha." Rasulullah s.a.w bersabda: "Itulah bulan Syaaban di mana manusia lalai mengenainya iaitu antara bulan Rejab dan Ramadan, ia adalah bulan di mana segala amalan diangkat kepada Tuhan pemilik sekalian alam. Maka aku sangat suka sekiranya amalanku diangkat sedangkan pada masa itu aku dalam keadaan berpuasa." (Hadis Riwayat Ahmad) Dalam sejarah umat Islam, bulan Syaaban juga menyaksikan beberapa peristiwa penting seperti perubahan arah kiblat dari Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis ke arah Masjidil Haram di Makkah. Pada bulan ini juga berlaku peperangan Bani Mustaliq iaitu pada Isnin hari kedua Syaaban tahun ke-5 Hijrah, Rasulullah s.a.w bersama 700 tentera pejalan kaki dan 30 tentera berkuda menuju ke wilayah Bani al-Mustaliq. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang memuliakan Syaaban, bertakwa kepada Allah dan taat kepada-Nya serta menahan diri daripada perbuatan maksiat, Allah mengampuni semua dosanya dan menyelamatkan dia pada satu tahun itu daripada semua bencana dan penyakit."

"Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya ganjaran yang kita terima juga setanding dengan apa yang kita usahakan"

~
wallahu'alam~