You Follow Me, I Follow You

Friday, July 31, 2009

..Apabila Tidak Dihargai..




Siapa sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila
Tiada lagi teman bermain
Kau pulang mendapatkan aku
Itulah aku... padamu


Pernahkah anda rasa diri x dihargai? Apa2 juga yang dilakukan hanya dipandang enteng dan dibiarkan tanpa sebarang kata2 atau ucapan penghargaan. Kawan atau orang yang kita sayang selama ini terlalu berat mulut untuk memberi sedikit kata2 penghargaan atas pertolongan atau usaha yang kita lakukan untuknya..
Setiap kali kita menolong, akan dibalas dengan tidak pernah terpacul ucapan terima kasih atau penghargaan. Sikapnya seolah-olah tiada apa2 yang berlaku. Apabila diperlukan, kita dipanggil dan dicari dengan memberikan pelbagai ucapan pujian yang agak 'mengipas'. Pasti hati akan terusik dan berkata2 sendiri. Tiadakah sedikit penghargaan yang diberikan daripada pengorbanan yang dilakukan? Sememangnya , bunyinya seakan remeh dan tidak perlu dipersoalkan. Hal ini berkaitan dengan perasaan, hati yang tersentuh akan cepat terasa atau terguris..

Sebenarnya kita x mengharap atau meminta penghargaan dalam bentuk barangan atau pujian. Cukup sekadar ucapan terima kasih yang ikhlas. Ucapan itu akan membuatkan seseorang rsa begitu dihargai dan bermakna utk dirinya. Rasa penghargaan x perlu ditunjuk, tetapi penghargaan ini akan difahami oleh seseorang yang mengharapkannya jika kita ikhlas memberi penghargaan itu.. Namun, adakah kita sedar, setiap perkara yg berlaku kepada diri kita sebenarnya berbalik kepada apa2 yg telah kita lakukan selama ini. Jika kita rsa kita x dihargai, pernahkah berfikir bahawa kita selama ini sebenarnya kurang menghargai sesuatu yg ada di sekeliling kita seperti anugerah dan nikmat Allah, keluarga dan barangan kita sendiri.. Jika direnungkan semula, berapa kali kita mengucapkan kata2 syukur atas udara segar yg kita hirup yg terus membuatkan kita bernyawa? Pernahkah kita rsa bersyukur atas setiap butir nasi yg kita suap ke mulut. Dari mana datangnya rezeki yg kita perolehi?

Perkara itu mungkin x terlintas di fikiran kita. Jadi, bagaimana dengan 'perasaan' Pencipta kita yg memberikan segala -galanya kepada kita hingga hari ini? Adakah Dia tidak memerlukan penghargaan? Apabila difikirkan pula mengenai ibu bapa, adakah kita menghargai pengorbanan yg mereka curahkan kepada kita selama ini? Setiap titis susu ibu yg mengalir dlm tubuh kita, setiap titis peluh bapa yg bertungkus-lumus mencari rezeki utk keluarga agar kita dapat terus hidup, pernahkah kita fikir dan hargai? Lihat pula pd diri sendiri, apakah yg kita miliki? Adakah kita menghargainya. Kita belajar, menuntut ilmu namun tidak diamalkan atau dikongsi bersama insan lain. Sesungguhnya banyak benda yg ada disekeliling kita tidak kita sedari atau hargai. Justeru, bagaimana kita hendak mendapat penghargaan daripada orang lain..

Penghargaan sewajarnya bukan satu perkara yg perlu kita tuntut. Tetapi, yg perlu kita kejar ialah keikhlasan kita dalam menerima apa2 saja yg kita peroleh. Namun, janganlah jadikan penghargaan atau kata2 terima kasih sebagai satu perkara yg terlalu sukar untuk kita lafazkan, kerana kita berhak memberinya tetapi tidak berhak memintanya..

" Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi.. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa.. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.."

~Wassalam~

Saturday, July 25, 2009

Oh Roti Canai..



Alkisah roti canai, pagi tadi eika call aku, dia ckp cmnie:

Eika: Paan, jom kita pi makan roti canai.. Eika lapaq la..

Paan: Roti canai?? Nak makan roti canai kat mana. Aku x mandi lagi nie..

Eika: Ala.. Jom la teman eika sat..

Paan: Ok.. Tapi, sapa lagi nak ikut kita??

Eika: Ermm.. Jhon, Ghazali, Korea, Opie n Amirah..

Paan: Amirah?? Ok2 jom..hehe..

Sekitar pukul 8:45 pagi, aku dan eika bertolak pi umah Amirah untuk menjemput dia.. Lepas tu, dalam pukul 9.15 pagi kami pi ambik Ghazali pulak.. Kami pi la umah dia.. Jauh giler..
Lepas pi ambik Ghazali, kami 4 orang terus bertolak pi rumah Aifa.. Kat sana Jhon, Opie dan Korea dah berkumpul dan sedang menunggu kami. Tepat pukul 10 pagi kami bertolak untuk pegi sarapan dengan roti canai.. Best.. Itu yang dapat digambarkan.. First time dapat keluar dengan Amirah.. dan juga kawan2..he3.. Setelah selesai makan, Korea memulakan topik:

Korea: Weh, lepas nie hampa nak pi mana?? xkan nak balik dah kot..

Jhon: Apa kata kita pi Mini Putrajaya.. Kita pi lepak kat taman rekreasi kat sana..

Aifa: Haa.. Ok jugak..

Eika: Aku x kisah, tapi aku kena balik sebelum pukul 3 ptg.. Aku ada keja..

Ghazali: Mini Putrajaya x best la..

Jhon: Pastu hang nak pi mana??

Ghazali: Jom pi Gua Kelam la.. Best ckit.. Aku teringin nak pi mandi nie..

Aifa: Weh, jauh la.. xcukup minyak moto nie..

Korea: Jom pi Bukit Ayer la.. Boleh pi mandi sana..

Eika: haa.. Ok jugak.. Jom kita pi..

Amirah: Kami kena balik sebelum pukul 12 tgh ari..

Paan: Ok jom..

Eika: Sebelum pi, jom kita bawak bekal ckit..




Kami bertolak dari Arau ke Bukit Ayer sejauh 15 KM.. Kami tiba di Bukit Ayer pada pukul 11 pagi.. Pagi yang cerah dengan tiupan angin bukit yang sejuk ditambah dengan deruan air terjun yang mengalu-alukan kedatangan kami.. Dengan memakai seluar jeans, Aku, Jhon, Korea dan Ghazali terus terjun ke dalam air.. Fuh.. Jelas terasa sejuk sampai ke tulang.. Kami hanya diperhatikan oleh Amirah, Eika, Opie dan Aifa..
Memang best..

Dah lama aku x merasai air di Bukit Ayer.. Yg paling best, kami mengusik budak2 perempuan..
Diorang takut air..he3.. Masa pantas berlalu, keseronokan kami dibatasi oleh waktu..
Bila tiba masa, kami bersiap2 untuk pulang..
Kami mengakhiri aktiviti kami dengan sesi bergambar sebagai kenang-kenangan..
Walaupun basah, tapi kami cukup hepi.. Perancangan yg x diduga, bermula dengan sekeping roti canai, maka tercetuslah revolusi minda untuk pegi beriadah di Bukit Ayer..
Dalam lingkungan jam 12.35 tgh ari, kami bertolak pulang..
Destinasi kami ialah umah Amirah.. Kami berehat sebentar di umah Amirah dengan minuman dan makanan ringan.. Selepas itu, kami pulang ke umah masing2..
Aktiviti ini mampu mengeratkan lagi silaturrahim antara kami, kerana ada diantara kami yang berlainan latar belakang sekolah terdahulu sebelum menjejakkan kaki ke Pra U dan kami dipertemukan dalam satu sekolah iaitu SMKAr..

Depan dari kiri: Aku, Jhon, Opie..
Belakang dari kiri: Korea, Aifa, Amirah, Eika..
Ghazali jadi jurufoto..he3

Semoga ikatan ukhwah antara kita akan berkekalan untuk selamanya..
Majulah Pra U untuk negara..he3


Friday, July 24, 2009

Cinta Suci Tak Perlu Sebab..




Sepasang suami isteri berjalan di tepi tasik yang indah. Tidak lama selepas itu mereka berhenti di sebuah bangku yang di sediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami.
Ini dialog mereka:

Isteri: Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami: Abang x boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai ayang..

Isteri: Abang x boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang x boleh menerangkannya..

Suami: Betul! abang x tahu sebabnya tapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan ayang..

Isteri: x boleh beri bukti? saya mahu abang terangkan kpd saya sebabnya. Kawan2 saya yang lain mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Tapi abang x boleh menerangkan sebabnya.

Suami: Baiklah! abang mencintai ayang sbb ayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak ayang melangkah, disitulah cinta abang pada ayang.

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.
Selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kpd isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.
Surat tersebut berbunyi begini:

"Ayang.. Jika disebabkan suara aku mencintaimu, sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu. Jika disebabkan senyuman aku mencintaimu, sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu. Jika disebabkan langkah aku mencintaimu, sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu. Jika cinta memerlukan sebabnya, aku tidak mempunyai sebab mencintaimu lagi. Tetapi adakah cinta memerlukan sebab?? Tidak! Aku masih mencintaimu dari dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu, ia boleh dirasai dlm hati."

Cinta suci sudah semestinya tidak memerlukan sebab. Jika ada sebab, kesucian cinta itu boleh dipertikai. Boleh mengambil cantik sebagai sebab, suara yang merdu sebagai sebab dan bentuk tubuh sebagai sebab, tetapi sebenarnya cinta suci tidak memerlukan semua itu..

wallahua'alam..

Journey To Parlimen



aku dan kawan2 aku telah merangka projek lawatan bermaklumat ke Parlimen Malaysia. Dalam perancangan tersebut, lawatan ini akan berlangsung dari 21 hingga 23 oktober 2009 yang akan disertai oleh 30 orang pelajar pra u dan 5 orang guru pengiring.

Berikut adalah jadual perjalanan:



aku sebagai pengarah projek terasa letih giler untuk handle projek besar seperti nie. Lawatan ke Parlimen Malaysia ini adalah buat julung kalinya bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Arau. Ini adalah pencapaian yang amat membanggakan.
Segala surat permohonan telah pun di sampaikan kepada Pegawai Perhubungan Korporat Parlimen Malaysia. Kami hanya menunggu maklum balas dari mereka sama ada membenarkan atau menolak permohonan kami.




Disamping kecemerlangan akedemik yang menjadi teras visi dan misi SMKAr, kecemerlangan dalam bidang kokurikulum juga tidak diketepikan begitu saja. Lantaran itu, untuk memenuhi aktiviti selaras dengan perancangan pelan tindakan sekolah, maka para pelajar Pra U SMKAr telah bermesyuarat dan bersetuju menganjurkan lawatan bermaklumat nie.

Kami menyedari hakikat kebenaran pepatah "jauh perjalanan luas pengalaman" maka tercetuslah idea untuk mengadakan lawatan nie untuk memberi ruang kepada para pelajar menimba pengalaman dan pengetahuan sebanyak mungkin mengenai hal-hal sekeliling mereka khususnya tempat2 yang akan dilawati.

Dalam menjayakan lawatan nie, memerlukan kerjasama, komitmen dan kerja kuat serta kesabaran semua pihak. Lawatan bermaklumat nie dapat membuka minda pelajar agar lebih bersikap terbuka dan berpengetahuan luas.

Dengan adanya anjakkan paradigma dan pengurusan yang cekap, nescaya hasrat SMKAr untuk cemerlang dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan sahsiah pada tahun 2010 akan menjadi kenyataan dalam masa yang terdekat.
Semoga lawatan ini berjaya..

Thursday, July 23, 2009

Blog Baruku..

Assalamualaikum w.b.t dan salam perpaduan..

Buat pertama kalinya aku menghasilkan blog tersendiri yang akan memaparkan kisah2 yang aku pun x tahu nak citer tentang ape.
Dengan terciptanya blog baruku ini, maka bermulalah ketamadunan bagi diri aku. Blog mengikut kamus dewan edisi terhad bermaksud sejenis website yang selalu diselenggara, dikemaskini dan dipaparkan secara kronologi terbalik. Itulah maksud blog.
Aku memperkenalkan diri aku, nama aku Farhan Azis. Lahir pada 30 april 1991 di hospital besar Kangar Perlis. Aku dibesarkan dalam sebuah keluarga yang serdahana. Aku mempunyai 3 orang adik beradik. Aku mula mendapat pendidikan awal di Taska Siti Khatijah di Arau kemudian meneruskan darjah satu di Sekolah Rendah Islam 1 Abi Tok Hashim dari tahun 1998 hingga 2003. Aku mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Agama Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah Arau bermula pada tahun 2004 hingga 2007. Lanjutan itu, aku meneruskan saki baki persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Arau pada 3 mac 2008 dengan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia. Akibat tidak puas bersekolah, aku menyambung pelajaran ke peringkat yang yang paling tinggi, tinggi daripada KLCC. Aku bakal menduduki STPM pada tahun 2010 di dalam jurusan kemanusiaan.
Aku bercita2 melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang dan ingin bergiat aktif dalam bidang politik. Itulah serba sedikit latar belakang aku dan coretan kisah aku yang anda semua ingin tahu. Oleh itu, aku menyeru kau, kamu dan anda untuk memberikan sokongan terhadap blogger2 muda untuk berblog.

Terima Kasih yang x terhingga kepada rakan2 yang terlibat secara langsung atau x langsung dalam membantu aku dalam menghasilkan blog baru aku nie.
Semoga kalian mendapat keberkatan daripadaNYA..

Akhir kata dari aku,
Terima Kasih..wallahua'lam