You Follow Me, I Follow You

Tuesday, August 30, 2011

Cara Mengerjakan Solat Sunat Aidilfitri

Tatacara Solat Aidil Fitri

Waktu untuk mengerjakan solat Aidil Fitri adalah setelah terbitnya matahari setinggi tombak sehingga tergelincirnya matahari iaitu waktu dhuha. Disunnahkan untuk melewatkan solat Aidil Fitri agar memberikan kesempatan mereka yang belum menunaikan zakat fitrah untuk menyempurnakannya.

Bila hari raya jatuh pada hari Jumaat, maka solat Jumaat menjadi sunat, boleh diadakan dan boleh tidak, tetapi untuk pemuka umat atau imam masjid jami' sebaiknya tetap mengadakan solat Jumaat. (dalil: 16 dan 17 )

1 – Tidak ada solat sunat sebelum dan sesudah Solat Aidil Fitri.
Dari Ibnu `Abbas bahawasanya Rasulullah SAW keluar pada Aidil Fitri kemudian solat dua rakaat dan tidak solat sebelumnya dan tidak pula sesudahnya.
(hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-`Iedaini, hadis no: 989)

Hanya sahaja di Malaysia ini solat Aidil Fitri dikerjakan di masjid-masjid. Maka perlu untuk dilaksanakan solat Tahiyat al-Masjid kerana secara umumnya setiap kali seseorang masuk ke dalam masjid adalah disyari’atkan untuk dikerjakan solat sunat dua rakaat Tahiyat al-Masjid. Ini adalah sebagaimana sabda Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam:

Apabila salah seorang di antara kamu masuk masjid, hendaklah dia rukuk (solat) dua rakaat sebelum duduk. (Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Sholah, hadis no: 444)

2 – Tidak ada azan atau iqamah mahupun apa-apa ucapan sebelum solat Aidil Fitri. Dari Ibnu `Abbas radhiallahu ‘anh: Bahawa Rasulullah SAW melaksanakan solat `Ied tanpa azan dan tanpa iqamah. (Hadis riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunan Abu Daud, Kitab al-Sholah, hadis no: 968)

Namun untuk kemaslahatan umum, dibolehkan membuat pengumuman ringkas untuk memberi tahu para hadirin bahawa solat Aidil Fitri berjamaah akan bermula, agar mereka dapat bangun dan mula menyusun saf, lebih-lebih di tempat solat yang luas dimana kedudukan imam tidak dapat dilihat.

3 – Jumlah rakaat solat Aidil Fitri adalah dua.
Dari Ibnu `Abbas RA dia berkata: Bahawasanya Rasulullah SAW keluar pada Aidil Fitri kemudian solat dua rakaat… (Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-`Iedaini, hadis no: 989)

4 – Terdapat tambahan takbir di dalam solat Aidil Fitri.
Dari `Aisyah RA, dia berkata: “Bahawa Rasulullah SAW biasa bertakbir pada solat Aidil Fitri dan Aidil Adha, pada rakaat pertama tujuh kali takbir dan pada rakaat kedua lima kali takbir, selain dari dua takbir rukuk. (Hadis riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunan Abu Dawud, Kitab al-Sholah, hadis no: 970)

Ada pun tentang jumlah takbir secara keseluruhannya sebelum bacaan al-Fatihah, maka terdapat dua pendapat yang masyhur:

i – Untuk rakaat pertama lapan takbir, iaitu satu Takbiratul Ihram dan tujuh takbir kerana solat Aidil Fitri. 1 + 7 = 8. Untuk rakaat kedua enam takbir, iaitu satu takbir kerana memulai rakaat kedua dan lima takbir kerana solat Aidil Fitri. 1 + 5 = 6.

ii – Untuk rakaat pertama tujuh takbir, iaitu satu Takbiratul Ihram dan enam takbir solat Aidil Fitri. 1 + 6 = 7. Untuk rakaat kedua lima takbir, iaitu satu takbir kerana memulai rakaat kedua dan empat kali takbir solat Aidil Fitri. 1 + 4 = 5.

Kedua-dua pendapat termasuk dalam kategori perbezaan pendapat yang dibenarkan. Boleh memilih salah satu daripadanya atau yang lebih tepat, mengikuti takbir imam solat Aidil Fitri dalam pendapat yang dipilihnya.

5 – Tentang haruskah diangkat tangan atau tidak ketika takbir tersebut, menurut Syaikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hassan: Tidak pernah diriwayatkan dari Rasulullah SAW bahawa baginda mengangkat kedua tangannya ketika takbir pada solat Aidil Fitri (takbir pada rakaat pertama yang berjumlah tujuh kali dan pada rakaat kedua lima kali)…

Hanya sahaja Ibnul Mundzir berkata: “Malik telah berkata bahawa di dalam masalah ini (iaitu angkat atau tidak tangan ketika takbir tersebut) tidak ada sunnah yang dianggap muktamad. Barangsiapa ingin mengangkat kedua tangannya pada waktu takbir tidak mengapa. Namun pendapat pertama (iaitu tidak mengangkat tangan) lebih aku sukai.” (Syaikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hassan, Total Koreksi Ritual Salat, ms. 395-396)

Oleh itu di dalam hal ini bolehlah kita memilih untuk mengangkat atau tidak tangan ketika takbir-takbir tersebut, namun yang lebih hampir kepada sunnah Nabi SAW ialah dengan tidak mengangkatnya. Wallahu’alam.

6 – Mengenai bacaan di antara takbir-takbir tersebut maka Syaikh `Ali Hassan bin `Ali al-Halabi al-Atsari berkata: Tidak ada hadis yang sahih yang diriwayatkan dari Nabi SAW mengenai doa tertentu yang dibaca di antara takbir-takbir solat Aidil Fitri, tetapi telah ditetapkan dari Ibnu Mas’ud RA bahawasanya dia berkata mengenai solat Aidil Fitri: “Di antara dua takbir dipanjatkan pujian kepada Allah ‘Azza wa Jalla sekaligus sanjungan ke atasNya.” (Syaikh `Ali Hassan bin `Ali al-Halabi al-Atsari, Meneladani Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam Dalam Berhari Raya, ms. 61)

Menurut Imam Ahmad dan Imam al-Syafi’i sunat di antara dua takbir itu membaca zikir seperti:

“Subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar”.
(Dinukil darpada kitab Fikih Sunnah, karya Syaikh Sayyid Sabiq (edisi terjemahan oleh Mahyuddin Syaf, Victory Agencie, Kuala Lumpur, 1990) jilid 2, ms. 286)

7 – Tentang surah-surah yang dibacakan baginda SAW setelah membaca al-Fatihah, Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah rahimahullah telah berkata: Diriwayatkan secara sahih dari bacaan pertama surah Qaf dan surah al-Qamar dan bacaan kedua surah al-A’laa dan al-Ghaasyiah, dan hanya inilah riwayat yang sahih dari beliau tentang bacaan itu (iaitu pada solat Aidil Fitri).
(Ibnu Qayyim al-Jauziyyah, Zaadul Ma’ad, ms. 49)

8 – Apabila seseorang tidak dapat turut serta untuk solat Aidil Fitri bersama secara berjemaah maka hendaklah dia solat dua rakaat secara sendiri. Di dalam Shahih al-Bukhari terdapat sebuah riwayat dari Atha’ bahawa dia berkata: Jika seseorang terlewatkan (tidak mendapatkan) solat Hari Raya, maka hendaklah dia solat dua rakaat. (Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-`Iedaini, Bab Apabila Seseorang Tidak Mendapatkan Solat `Ied, Maka Hendaklah Dia Melaksanakan Solat Dua Rakaat)

Makan

Sebelum berangkat solat Aidilfitri disunnahkan makan terlebih dahulu, jika terdapat beberapa butir kurma, jika tidak ada maka makanan apa saja.

Yang menghadiri solat sunat Aidilfitri

Solat Aidil Fitri disunatkan untuk dihadiri oleh orang dewasa, baik lelaki mahupun wanita, baik wanita yang suci dari haid mahupun wanita yang sedang haid dan juga kanak-kanak baik laki-laki mahupun wanita. Wanita yang sedang haid tidak ikut solat, tetapi hadir untuk mendengarkan khutbah 'ied. (Dalil: 4 )

Monday, August 29, 2011

Raikan Hari Kemenangan 1 Syawal

Tanpa disedari, umat Islam semakin hampir dengan 1 Syawal 1432 Hijrah, iaitu Hari Raya Aidilfitri. Umat Islam di Malaysia dijangka merayakan Aidilfitri pada 30 Ogos 2011 yang jatuh pada hari Selasa. Hari Raya Aidilfitri dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia dengan membawa satu sikap, jiwa dan tindakan yang menunjukkan keperibadian serta identiti umat itu sendiri.

Bersandarkan aspek sejarah, ketika Rasulullah berhijrah ke Madinah, Baginda melihat masyarakat Madinah merayakan dua Hari Raya yang mereka warisi sejak zaman jahiliah lagi. Perayaan tersebut ialah `Nairus’ dan `Nahrajan’ iaitu hari besar yang berasal dari zaman Parsi Kuno. Perayaan ini dirayakan dengan mengadakan pesta, majlis tari-menari, meminum minuman yang memabukkan serta hidangan juadah yang mewah serta pelbagai.

Justeru, sebagai seorang pemimpin, Rasulullah s.a.w melihat jauh ke hadapan dan sentiasa mengambil kira faktor psikologi yang subur di kalangan masyarakat ketika itu. Atas dasar itulah, baginda telah mengubah sambutan perayaan itu supaya memberi manfaat kepada orang ramai serta menjadi ibadah. Baginda Rasulullah menetapkan dua jenis hari besar yang perlu dirayakan oleh umat Islam iaitu seperti yang dijelaskan oleh sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan an-Nasai:

“Sesungguhnya Allah menukar kedua Hari Raya dengan hari besar yang lebih baik iaitu Hari Raya Aidil Adha dan Aidilfitri.”

Apakah nilai-nilai yang dapat dipetik daripada peristiwa Aidilfitri ini? Unsur pertama adalah mewujudkan hubungan antara `Khalik’ sebagai pencipta dengan makhluk sebagai objek. Unsur kedua pula adalah berlegar sekitar hubungan `habluminnas’ atau kasih sayang sesama makhluk.

Unsur pertama dilakukan dengan menghayati kekuasaan dan kebesaran Allah, mengagungkan asma-Nya, mengucapkan kalimah takbir, tahlil dan tahmid iaitu `Allahu akbar, la ilaha illallah, wa lillahil hamd.’ yang bermaksud Allah Maha Besar, tiada Tuhan melainkan Allah dan hanya Allah yang berhak menerima puji-pujian. Kemudian, diikuti dengan sikap merendah diri dengan bersujud kepada-Nya dan melaksanakan solat sunat Hari Raya Aidilfitri.

Unsur kedua terlaksana pada saat menjelang Hari Raya Aidilfitri iaitu dengan menunjukkan simpati kepada kaum yang lemah dan melarat dengan membayar zakat fitrah untuk fakir miskin. Dalam pada itu umat Islam dituntut mengeratkan hubungan sesama manusia dengan bermaaf-maafan antara satu sama lain.

Gabungan kedua-dua unsur yang terbit daripada hikmah Aidilfitri itulah yang memberikan jaminan menghindarkan umat manusia daripada kehinaan, kehancuran dan perpecahan.

Dalam tradisi kunjung-mengunjung, umat Islam saling mendoakan mudah-mudahan Allah akan menerima segala amal mereka, terutama ibadah puasa yang baru saja selesai dilaksanakan.

Semoga mereka dikurniakan Allah darjat `insan muttaqin’ yang merupakan kesan dan nilai utama daripada ibadah puasa yang dilakukan.

`Insan muttaqin’ adalah satu darjat yang tertinggi dalam kehidupan manusia yang beragama Islam. Insan yang bermakam di darjat ini adalah seorang yang memiliki watak dan sikap takwa. Sifat takwa itu tidak ubah seperti mutiara yang bersinar-sinar yang dianugerahkan oleh Allah kepada hamba-hamba-Nya yang taat menjalankan perintah-Nya dan sentiasa menjauhkan diri daripada larangan-Nya.

Sebenarnya perkataan takwa itu mencakupi seluruh kehidupan di alam maya ini. Antara sifat-sifat orang yang bertakwa (insan muttaqin) ialah pemurah dalam segala keadaan, baik waktu kaya mahupun ketika miskin, bersikap sabar dan tenang menghadapi masalah, pemaaf dan bukan bersifat pendendam, sentiasa berbuat kebajikan, sentiasa memohon keampunan daripada Allah dan menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat.

Persoalan pokoknya, bagaimanakah cara-cara merayakan hari besar ini yang merupakan sunah Nabi? Kemuncak merayakan Aidilfitri ialah menunaikan solat sunat Aidilfitri sebagai satu cara melahirkan rasa syukur kepada Allah yang telah memberikan kemenangan kepada umat Islam selama berpuasa melawan hawa nafsu. Jika dilihat dari sudut hukum `ubudiyyah’, menunaikan solat Aidilfitri hanyalah `sunat muakkad’, satu sunat yang sangat dituntut. Lebih-lebih lagi menurut pandangan Islam, Rasulullah telah menganjurkan supaya umat Islam pergi ke kawasan lapang menunaikan solat Aidilfitri sebagai tanda kemenangan. Kaum-kaum perempuan, kanak-kanak dan kaum wanita yang uzur akibat haid dan nifas, juga disarankan menghadiri solat Aidilfitri biarpun tidak dapat menunaikannya kerana uzur syarie. Sekurang-kurangnya, mereka dapat memanfaatkan khutbah Hari Raya yang dibacakan oleh khatib.

Seorang sahabat pernah bertanya kepada Rasulullah: “Bagaimana kalau kita tidak mempunyai pakaian untuk pergi ke tempat solat Aidilfitri itu?” Rasulullah menjawab; “Orang yang mempunyai dua persalinan pakaian hendaklah meminjamkan kepada saudaranya.”

Menurut ketentuan sunah, pada Hari Raya Aidilfitri, kita dianjurkan mengucapkan “Taqaballahu minna wa minkum” yang bermaksud `mudah-mudahan Allah menerima ibadah puasa yang baru kita laksanakan’. Selain daripada itu, sudah menjadi kebiasaan kita saling mengucapkan `Minal aidin wal faizin’ yang bererti `mudah-mudahan Allah menjadikan kita orang yang kembali dari medan perang dengan memperoleh kemenangan yang besar’. Diceritakan bahawa mengucapkan kata-kata `Minal aidin wal faizin’ itu adalah kebiasaan para sahabat di zaman dahulu kerap mengucapkan kata-kata itu apabila mereka kembali dari medan perang dengan mengibarkan bendera kemenangan.

Dalam satu riwayat, para sahabat Rasulullah bertemu sesama mereka pada Hari Raya Aidilfitri mereka akan mengucapkan “Mudah-mudahan Allah menerima amal kami dan amal kamu. Taqabballahu minna wa minkum.” (Hadis riwayat Ahmad).

Cara kedua meraikan Aidilfitri ialah dengan melafazkan kalimah takbir, tahlil, tahmid, yang berbunyi `Allahu akbar, la ilaha ilallah, walillahil hamd’ yang bermaksud `Allah Maha Agung, tiada Tuhan selain Allah, dan Dialah yang harus dipuji’. Kalimah suci ini diiringi pula dengan ikrar `Shadaqa wa’dah, wa nashara abdah, wa a azzajun wahazamal ahza bawahdah’, yang bermaksud `Allah sentiasa benar janji-Nya, menolong hamba-Nya, memuliakan tentera-Nya, menghalau kekuatan musuh dengan kekuatan-Nya sendiri’. Ikrar seperti inilah yang memperkuat semangat tauhid dan memberikan optimistik (pengharapan) umat Islam pada masa hadapan.

Cara yang ketiga adalah dengan mengeluarkan zakat fitrah yang diwajibkan kepada setiap umat Islam, tidak kira besar atau kecil, tua atau muda, Kaya atau miskin, lelaki atau wanita sehinggalah kepada golongan hamba atau merdeka. Keutamaan zakat fitrah ini adalah untuk dibahagi-bahagikan kepada fakir miskin dan anak-anak yatim. Falsafah dan hikmah menunaikan zakat fitrah ini adalah untuk memastikan tidak adanya orang yang miskin dan melarat atau menderita kebuluran pada Hari Raya Aidilfitri. Inilah satu-satunya perayaan yang bersangkut paut dengan hubungan manusia sesama manusia serta terkandung unsur-unsur sosial dan kemasyarakatan yang tinggi nilainya.

Dalam konteks umat Islam di Malaysia, seharusnya sambutan ini dilihat sebagai satu semangat untuk memperkembangkan lagi syiar Islam supaya lebih mengesankan. Oleh yang demikian, masyarakat Islam di negara ini seharusnya tidak terkeliru yang seolah-olah menganggap Hari Raya sebagai satu hari untuk bersuka-suka sahaja seperti yang diiklankan oleh sebuah saluran televisyen. Dalam pada itu, sambutan Aidilfitri tidak disambut secara lahiriah sahaja sebaliknya dengan penuh keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Amalan berhutang dan membuat persediaan berlebih-lebihan sudah menjadi amalan tradisi sesetengah masyarakat Islam di negara kita. Mereka sanggup bergadai dan berhutang asalkan persiapan Hari Raya dapat dilengkapkan selengkap-lengkapnya. Terdapat segelintir orang yang tidak berpuasa memberikan pelbagai alasan tetapi merupakan orang pertama yang paling ghairah membuat persiapan untuk menyambut Hari Raya.

Perbuatan meniru budaya dan adat agama lain sewaktu meraikan Hari Raya Aidilfitri juga seharusnya dihindarkan. Sebagai contoh, setiap kali menyambut Hari Raya, segelintir umat Islam sanggup berhabis duit untuk membeli mercun sedangkan amalan membazir ini hanya akan menguntungkan bangsa lain.

Seharusnya Hari Raya Aidilfitri ini menjadi medan untuk kita umat Islam menilai segala usaha dan perjuangan yang telah kita lakukan pada tahun-tahun yang lalu. Kita harus segera merenung dan bertafakur apakah umur yang kita telah lalui diredai oleh Allah? Kita perlu melakukan intropeksi, apakah neraca kehidupan kita lebih berat kepada amalan baik ataupun amalan kejahatan?

Dengan kesedaran yang sedemikian, apa yang diharapkan adalah setiap orang akan berusaha memperbaiki diri dan posisi dalam kehidupan supaya tidak menjadi orang-orang yang rugi, baik dari segi kehidupan individu mahupun kehidupan bermasyarakat.

Sunday, August 28, 2011

Andai ini Ramadan Terakhir Ku

"Wahai manusia, sungguh telah datang pada kalian bulan Allah dengan membawa berkah rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia di sisi Allah. Hari-harinya adalah hari-hari yang paling utama. Malam-malamnya adalah malam-malam yang paling utama. Jam demi jamnya adalah jam-jam yang paling utama.

Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakan oleh~Nya. Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih, tidurmu ibadah, amal-amalmu diterima dan doa-doamu diijabah. Bermohonlah kepada Allah Rabbmu dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbingmu untuk melakukan puasa dan membaca Kitab~Nya.

Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah di bulan yang agung ini. Kenanglah dengan rasa lapar dan hausmu, kelaparan dan kehausan di hari kiamat. Bersedekahlah kepada kaum fuqara dan masakin. Muliakanlah orang tuamu, sayangilah yang muda, sambungkanlah tali persaudaraanmu, jaga lidahmu, tahan pandanganmu dari apa yang tidak halal kamu memandangnya dan pendengaranmu dari apa yang tidak halal kamu mendengarnya. Kasihilah anak-anak yatim, nescaya dikasihi manusia anak-anak yatimmu.

Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosamu. Angkatlah tangan-tanganmu untuk berdoa pada waktu solatmu kerana itulah saat-saat yang paling utama ketika Allah Azza wa Jalla memandang hamba-hamba~Nya dengan penuh kasih; Dia menjawab mereka ketika mereka menyeru~Nya, menyambut mereka ketika mereka memanggil~Nya dan mengabulkan doa mereka ketika mereka berdoa kepada~Nya.

Wahai manusia! Sesungguhnya diri-dirimu tergadai kerana amal-amalmu, maka bebaskanlah dengan istighfar. Belakangmu berat kerana beban (dosa)-mu, maka ringankanlah dengan memperpanjangkan sujudmu.

Ketahuilah, Allah Ta’ala bersumpah dengan segala kebesaran~Nya bahawa Dia tidak akan mengazab orang-orang yang solat dan sujud, dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri di hadapan Rabbal-alamin.

Wahai manusia, barangsiapa di antaramu memberi berbuka kepada orang-orang mukmin yang berpuasa di bulan ini, maka di sisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang hamba dan dia diberi ampunan atas dosa-dosa yang lalu.

(Seorang sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, tidaklah kami semua mampu berbuat demikian." Rasulullah meneruskan khutbahnya:)

Jagalah dirimu dari api neraka walau pun hanya dengan sebiji kurma. Jagalah dirimu dari api neraka walau pun hanya dengan seteguk air.

Wahai manusia, siapa yang membaguskan akhlaknya di bulan ini, ia akan berhasil melalui Sirathal Mustaqim pada hari ketika kaki-kaki tergelincir. Siapa yang meringankan pekerjaan orang-orang yang dimiliki tangan kanannya (pegawai atau pembantu) di bulan ini, Allah akan meringankan pemeriksaan~Nya di hari kiamat. Barangsiapa menahan kejelekannya di bulan ini, Allah akan menahan murka~Nya pada hari ia berjumpa dengan~Nya.

Barangsiapa memuliakan anak yatim di bulan ini, Allah akan memuliakanya pada hari ia berjumpa dengan~Nya. Barangsiapa menyambungkan tali persaudaraan (silaturahmi) di bulan ini, Allah akan menghubungkan dia dengan rahmat~Nya pada hari ia berjumpa dengan~Nya. Barangsiapa memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmat~Nya pada hari ia berjumpa dengan~Nya.

Barangsiapa melakukan solat sunat di bulan ini, Allah akan menuliskan baginya kebebasan dari api neraka. Barangsiapa melakukan solat fardu baginya ganjaran seperti melakukan 70 solat fardu di bulan lain.

Barangsiapa memperbanyak shalawat kepadaku di bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangan meringan. Barangsiapa di bulan ini membaca satu ayat Al-Quran, ganjarannya sama seperti mengkhatam Al-Quran pada bulan-bulan yang lain.

Wahai manusia! Sesungguhnya pintu-pintu syurga dibukakan bagimu, maka mintalah kepada Tuhanmu agar tidak pernah menutupkannya bagimu. Pintu-pintu neraka tertutup, maka mohonlah kepada Rabbmu untuk tidak akan pernah dibukakan bagimu. Syaitan-syaitan terbelenggu, maka mintalah agar ia tidak lagi pernah menguasaimu."

Aku (Ali bin Abi Thalib karamaLlahu wajhah - yang meriwayatkan hadith ini) berdiri dan berkata,

"Ya Rasulullah, apa amal yang paling utama di bulan ini?"

Jawab Nabi, "Ya Abal Hasan, amal yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan Allah."

Jadi,marilah bdoa bmohon kpd Allah agar ditemukan dgn beberapa kali Ramadhan lag dan bdoa "Ya Allah,jika ditakdirkan aku mati,matikanlah aku dlm bulan Ramadhan" spt beberapa orang sahabat saya yg telah mendahului saya meninggal di bulan yg penuh berkah ni.

Amin..

Sunday, August 14, 2011

Abang, tunggu mak di syurga ya

Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.

Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.

Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mandikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.

Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.

"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah.

Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.

"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!"

Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka.

Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang.

Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!"

Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan.

Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana.

Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak.

Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka.

Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu?

Petang itu, mak duduk di satu sudut di ruang tamu rumah. Mak terfikir tentang soalan mereka itu. Mak tak tahu nak jawab macam mana. Kemudian, mak nampak sebuah diari di atas para di sudut ruang tamu.

Lantas mak capai diari kecil itu. Di dalamnya tercatat peristiwa yang berlaku sepanjang empat tahun dua bulan mak membesarkan abang.

Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya.

Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir.

Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari.

Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis? Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.


Januari 2011- Perut abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman abang sudah rosak,sudah 'reput'. Tak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk abang.


26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah!

Hah Hah.. Tergelak mak.Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah,

Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur, tapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang abang minta.

Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti.

Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.


7 Mac 2011- Keadaan abang makin kritikal. Perut abang semakin besar. Abang tak mampu nak bergerak, lebih banyak terbaring dan asyik sesak nafas. Mak tak tahan lihat keadaan abang.

Mak bawa abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi.

Abang hanya menanti waktu. Mak angguk perlahan. Mak redha. Dalam hati mak juga sudah berkata, masa abang tidak lama lagi.

Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan abang? Mak jawab: "InsyaAllah, abang akan sihat!"

Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tak mahumereka semua lemah semangat jika mereka tahu abang sudah tiada harapan lagi.

Mereka pun sama, masing-masing bertarung dengan ujian apabila anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri telan.


13 Mac 2011- Hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan di saat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan abang.

Di rumah, setiap hari mak akan tanya: "Abang nak apa harini?"

Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab: "Mak, abang nak naik kereta bomba!"

Mak termenung dengar permintaan abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana? Mak jawab: "Balai bomba!"

Sampai di situ, mak minta izin pegawai bomba. Mak kata, abang teringin nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala.

Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju abang ke paras dada. Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu: "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!"

Bila lihat perut abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tak tunggu lama. Terus diacapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu.

Dia dukung abang, letakkan ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembiru sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Abang tak perasan, mak palingkan muka lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.

Hari lain, mak tanya lagi: "Abang nak apa?"

Abang jawab: "Abang nak naik lori sampah!"

Mak dukung abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.

"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?"

Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju abang dan beritahu perkara sama. Berubah mimik wajah mereka.

Segera mereka angkat abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup lihat abang lama-lama. Sedih agaknya.

Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Abang kalau nak tengok gajah, mak bawa abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa. Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung abang.

Abang kata nak tengok burung, mak bawa ke taman burung. Abang kata nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja abang nak peri,semuanya mak tunaikan!

Setiap hari juga mak tanya abang nak makan apa. Macam-macam abang teringin nak makan. Martabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung, rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikanwalaupun makanan itu abang pinta pada pukul 3.00 pagi!

Apa saja yang teringin oleh tekak abang, semua mak cari walaupun abang sekadar menjamahnya sesudu dua. Apa saja abang pinta, kami tunaikan.

Mak tahu, mak faham, masa abang bersama mak dan abah semakin suntuk!


27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Nak bercakap pun terlalu lemah, apatah lagi untuk bergerak. Mata kuyu, hanya terbaringsambil memeluk Aina, anak patung kesayangan abang. Mak ajak abah bawa abang ke hospital.

"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!"

Itu kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.


5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama kakak yang sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan kakak pulang.

"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!"

Itu kata-kata mak pada cikgu dan akak diizinkan pulang pada hari ini. Kemudian, Dr. Adura. , doktor yang sinonim merawat abang datang melawat.

Mak memang rajin bercerita dengan Dr. Adura. Kebetulan mak ceritakan yang mak terkilan tak dapat tunaikan permintaan abang mahukan kek berbentuk lori sampah.


7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat abang. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk abang tengah hari ini.

Rupa-rupanya, tengah hari itu datang tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura membawa kek lori yang abang mahukan sebelum ini.

Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sangka, Dr Adura tulis di dalam blognya kisah abang dan ramai yang mahu menyediakan kek yang abang pinta.

Sekali lagi, para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk abang. Tapi abang kurang ceria, wajah abang tampak letih dan nafas abang turun naik.


8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tapi abang sekadar lemah. Abang sekadar terbaring merenung kek itu.

Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah abang, bacaanya meningkat naik. Tapi hati mak dapat rasakan abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan abang di dalam bilik.

Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah abang, mak peluk dan usap rambut abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.

Dalam tangis itu, mak katakan pada abang: "Mak tahu abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu abang nak pergi.

"Jangan tahan-tahan abang. Pergilah. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa saja hajat yang abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan abang dalam hidup mak walaupun seketika!"

Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Dan mak berjanji tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia.


9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa abang dah dekat sangat. Mak lihat abang dah kritikal. Wajah abang sudah tampak biru, lebam! Dada berombak, tercungap-cungap menarik nafas.

Abang dah tak mampu bercakap lagi sejak malam tadi. Makan minum pun tak mahu. Pakul 8.00 pagi, abah dan kakak sampai.

Mak suruh kak long bacakan Yaasin di sebelah abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.

Pukul 3.00 petang, abang makin lesu. Lantas mak ajak abang keluar berjalan-jalan.

"Abang, nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"

Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi abang hanya minum seteguk. Kemudian, abang lentukkan kepala pada bahu mak.

"Abang, tu tengok kat luar tu? nampak tak sinar matahari tu? Cantikkan?"

Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu.

Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.

"Abang ngantuk!" Itu kata abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak.

Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang.

"Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja."

Mak tahu, masa abang sudah hampir tiba!

Sampai di wad, mak baringkan abang atas katil. Dan abang terus merintih dalam nada yang lemah: "Makkk..sakit perut!"

Dan abang terus memanggil: "Makkkkk!". Suara abang perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi abang.

"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan abang pergi. Mak halalkan segala makan minum abang. Mak halalkan air susu mak untuk abang. Pergilah abang. Mak izinkan abang pergi!"

Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalam mata abang yang semakin kuyu. Saat abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup abang selagi abang masih bernafas. Mereka kucup pipi abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.

"Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu abang dengar kamu menangis! Jangan seksa abang dengan tangisan kamu!"

Mak marah mereka buat begitu pada abang. Mak tak mahu abang lihat kami menangisi pemergian abang. Mak tahu, abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratul maut menjemput abang.

Mak tak mahu tambahkan lagi kesedihan abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya.

Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.

"Pergilah abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah..!" Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas..

Pukul 3.50 petang, akhirnya abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillah.. Mak kucup dahi abang. Mak bisikkan di telinga abang: "Tenanglah abang di sana. Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak abang. Abang.. tunggu mak di sana ya! Di syurga!"
Abang, sekarang mak dah dapat jawapanyya. Mengapa mak tidak menangis?

Pertama, abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti.

Kedua, apa saja keinginan abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak.

Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk abang.

Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi abang dan menggembirakan abang setiap saat dan waktu.

Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan.

Mak telah beri segalan-galanya melebihi 100% untuk abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tak perlu menangis lagi.

Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa abang tapi mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar.
 
Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahan seawal usai dua bulan dan ada antara pembedahannya gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidak lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa). Al-Fatihah..

Moral value: Begitu besar pengorbanan kedua ibu dan bapa, liku-liku dugaan dalam kehidupan, hargai orang sekeliling kita selagi mereka masih bernafas.

Tuesday, August 9, 2011

Ulangtahun Kedua : She's is my Princess and I'm her Prince

Bismillahirrahmaanirrahim..
 
9 Ogos 2011 genap sudah 2 tahun aku menjalin hubungan percintaan dengan seseorang yang amat istimewa dalam hidup aku. Masih segar lagi kenangan perjalanan permulaan percintaan kami yang secara rasminya bermula pada 9 Ogos 2009. Suka duka, kami lalui bersama dan syukur kami berusaha mempelajari bagaimana mengenal dan menerima kelebihan dan kekurangan kami masing-masing. Dalam percintaan tak sah jika tak ada dugaan, alhamdulillah semua itu kami lalui dengan penuh rasa cinta dan kasih sayang. Terima kasih pada keluarga kami, yang memahami dan sentiasa beri sokongan.
 
Senyummu adalah bahagiaku.
Ceriamu adalah dambaku. 

Gelisahmu adalah kebimbanganku.  
Air matamu adalah kesedihanku.  

Kau pelipur lara dukaku. 
Kau pengiring sukacitaku.  

Ikatan terbina dari hati atas nama cinta.  
Jalinan ini bermula dari rasa atas nama sayang.  
Pertautan ini berasal dari angan atas nama rindu. 
Menjadi lambang kasih yang tiada penghujungnya.

The true love that came from heart
Very special to be spoken
Very sincere to be shown
Will be remained forever


Biar ombak datang melanda, biar gempa datang mengegar, biar taufan datang meribut. Hati dan perasaan ini tak akan goyang, tak akan sekali kali berundur dalam percintaan, tak akan sekali kali mengalah dalam ego, tak akan sekali kali benci menjadi musuh. Ianya akan tetap kekal, akan tetap kukuh, akan tetap utuh, dan akan tetap menyintai dan di cintai hingga ke titisan nyawa dan nafas terakhir. Aku perlu kamu, dan kamu perlu aku..kita sama-sama memerlukan, dalam senyuman mahupun tangisan.
 
Our anniversary means a lot, Much more than any another day,
I celebrate my love for you, And cherish you in every way. Through passing time, our love still grows, A caring relationship to explore, Our life together gets better and better, And I keep on loving you more and more.

 
Lagu kenangan ketika awal percintaan
 
 
Lagu khas ulangtahun pertama

 
Lagu istimewa ulangtahun kedua

Harapan kami berdua, semoga hubungan yang terbina ini kekal sehingga akhir hayat kami. Dan kami memohon agar kedua keluarga kami, sahabat kami dan sesiapa jua yang mengenali kami sentiasa mendoakan kebahagiaan kami. Kalau tak ada halangan, tahun ketiga masuk meminang haha..

Selamat ulangtahun kedua sayang, nomu nomu nomu saranghea. (arhaira - hanira)

Friday, August 5, 2011

Oh Sambal Petai ku..


Sambal tumis ikan bilis petai. Lauk yang tak jemu kat tekak. Terjumpa resepi kat alam maya, rasa teringin nak cuba. Jom ke dapur..

Bahan2:

10 papan petai (belah 2)
Ikan bilis belah (ikut suka banyak mana)
2 ulas bawang merah
1 sudu kecil belacan
3 sudu besar cili kisar
1 mangkuk kecil air asam jawa
Garam & gula secukup rasa


Cara2:
Kisar bawang merah & belacan. Kemudian bolehla panaskan minyak untuk menumis. Tumis bahan kisar dan ikan bilis. Kacau sehingga agak garing.Kemudian masukkan air asam jawa tadi dan juga petai. Masak lagi sehingga sambal kering. Perisakan dgn garam & gula.

Selamat mencuba!

Thursday, August 4, 2011

Cikgu Tadika Kena Bang Bang Boom!

Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal..

Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan?
Murid-murid : Ada cikgu.
Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..
Guru tadika : Anak-anak,nampak tak pen?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : pen ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.
Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : Tuhan ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.
 
Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi, dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan..

Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika : Boleh, mari ke depan.
Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid : nampak.
Amin : cikgu ada kan?
Murid-murid : ada.
Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid : tak nampak.
Amin : cikgu ada otak tak?
Murid-murid : tak ada!

Padan muka!

Wednesday, August 3, 2011

Percaturan Bijak Rajagobal

Kumpulan pertama : Asrarudin Putra Omar, Mohd Fadhli Shas, Amar Rohidan, S.Kunalan, Amirulhadi Zainal, Ahmad Fakri Saarani, dan terbaru Ismail Faruqi Ashaari.

Kumpulan kedua : Baddrol Bakhtiar, Shakir Shaari, Ashaari Shamsudin, Rizal Fahmi Rosid, dan Azmi Muslim.

Tahukah anda apa beza antara dua kumpulan pemain yang disenaraikan ini? Kumpulan pertama, favourite player Datuk K.Rajagobal yang terjamin tempat mereka dalam kesebelasan utama atau setidak-tidaknya sebagai gantian, langsung tidak tergugat walau seteruk manapun mereka beraksi di atas padang.

Manakala kumpulan kedua, pemain yang sekadar menjadi pelengkap senarai/kuota pemain walau sehebat mana aksi mereka bersama pasukan negeri masing-masing, atau sebagus manapun komitmen diberikan sewaktu sessi latihan skuad kebangsaan, berbanding pemain di dalam kumpulan pertama.

Azmi, pelengkap
Nyata, pemilihan Rajagobal masih bersandarkan kepada prestasi lampau, bukan prestasi semasa. Mungkin oleh sebab itulah, seburuk mana aksi Asrarudin Putra, tiada ruang buat Azmi Muslim mencuri tempatnya sama ada di kesebelasan utama, mahupun sebagai pemain gantian.

Mungkin oleh sebab itu juga, prestasi Amar semakin merudum perlawanan demi perlawanan, kerana dia yakin tiada ruang buat Shakir Shaari mengambil alih tempatnya, dia pemain kesayangan Rajagobal, main dengan rating 3/10 masih boleh kekal 90 minit perlawanan.

Dan disebabkan alasan yang sama jugalah, Ahmad Fakri Saarani yang tidak langsung berkesan pada perlawanan pertama, menjadi pilihannya untuk menggantikan Abdul Hadi berbanding Ashaari Shamsudin atau Baddrol Bakhtiar, dan ‘pulangannya cukup lumayan’, dapat dilihat dengan jelas pada perlawanan semalam.

Amar, tidak begitu berfungsi
Rajagobal nyata tidak menghargai sepenuhnya bakat yang ada dalam skuadnya, stick to one batch of players.

 

Apabila jurulatih berusia 55 tahun ini mengumumkan senarai pemain yang dipanggil untuk menjalani latihan, terbit keyakinan dalam diri setiap peminat, betapa inilah skuad yang akan mencipta sejarah demi sejarah baru bolasepak tanah air kerana ia menghimpunkan barisan pemain terbaik Liga Malaysia.

Namun sayangnya, himpunan pemain berbakat besar sekadar untuk melengkapkan senarai pemain, dan sekadar menjadi pemerhati – Rajagobal gemar menurunkan lineup sama, apabila diganti pun dengan anak emasnya juga, jadi mengapa bersusah payah memanggil wajah-wajah baru, jika mereka tidak diberi peluang membuktikan kehebatan, cukuplah sekadar mempunyai 15 pemain, kenapa perlu 24 pemain?

Alasan mereka tidak bersedia, belum layak, tiada pengalaman sebenarnya tidak boleh lagi digunapakai – kalau itu alasannya mengapa menurunkan Khairul Fahmi di Sukan Asia 2010 lalu, bukankah dia tiada pengalaman ketika itu, namun mempamerkan aksi cemerlang?

Shakir, tiada peluang
Mengapa mengandingkan Muslim Ahmad, Mahali Jasuli dan Fadhli Shas di Piala AFF Suzuki lalu, bukankah mereka mentah pengalaman tetapi tetap menjadi tonggak sehingga muncul juara? Dan persoalan paling utama, mengapa menurunkan Ismail Faruqi di kesebelasan utama pada kedua-dua perlawanan menentang Singapura, bukankah dia juga mentah dari segi pengalaman?

Jadi, aspek atau kriteria apakah yang dinilai Rajagobal sebelum menentukan LINEUP untuk setiap perlawanan? Kecergasan? Komitmen? Pengalaman? Ketenangan? Disiplin? Apa kriteria untuk menjadi anak emas, atau favourite player, adakah kerana mereka Pak Turut?

Contoh lain, umum mengetahui Sharbini Allawee adalah hero Rajagobal ketika Sukan Sea Laos 2009, justeru atas faktor itulah Sharbini kekal sebagai no.1 dalam MINDSET Rajagobal, cuma kecederaan Sharbini memaksanya menurunkan Khairul Fahmi sebagai penjaga gol ‘bidan terjun’ di Sukan Asia.

Bukti yang nyata, siapakah penjaga gol Malaysia ketika tewas 1-5 kepada Indonesia pada perlawanan pertama Piala AFF – Sharbini, walhal bukankah penjaga gol itu tidak beraksi 2 bulan dan baru pulih daripada kecederaan, manakala Apek pula ketika itu di kemuncak prestasi. Apakah yang meyakinkannya untuk menurunkan Sharbini, ANAK EMAS (Ketepikan soal kenegerian, di sini kita bercakap soal prestasi).

 

Apek, cemerlang
Seharusnya pada perlawanan menentang Singapura di Jalan Besar, apabila sudah bolos 3 gol, Sharbini seharusnya sudah dikeluarkan (diakui Datuk Subahan Kamal, pengurus pasukan), namun beraksi sehingga tamat perlawanan?  Kenapa, ANAK EMAS.

Namun Rajagobal pandai menutup semua itu, dengan menurunkan Apek pada perlawanan semalam, dan memuji aksi cemerlang penjaga gol Kelantan itu.

Keputusan Rajagobal menggantikan Ismail Faruqi (attacking minded) dengan K.Gurusamy (defensive minded) menimbulkan satu lagi tanda tanya, apatah lagi Malaysia perlu mencari 2 gol dan perlu menyerang, bukannya bertahan. Sudah ada Amar di posisi DM, mengapa tidak memasukkan Baddrol untuk menghidupkan barisan depan yang buntu idea, dan hanya mengharapkan Safee Sali?

Keluarkan Hadi, masukkan Fakri? Sekali lagi, mengapa tidak Baddrol atau Ashaari Shamsudin? Jangan kerana status mereka selaku ANAK EMAS/FAVOURITE PLAYER atau apa saja gelaran diberi, bakat lain yang ada disia-siakan begitu sahaja.

Kalau tidak, tidak mustahil di masa akan datang pasukan negeri atau kelab keberatan untuk melepaskan pemain mereka ke kem kebangsaan, kerana mereka inginkan pemain mereka menyumbang khidmat kepada negara, bukan duduk menangguk di bangku simpanan.

 
 
Sementara itu nama Farizal Marlias, Norhafiz Zamani Misbah dan Khyril Muhymeen Zambri adalah antara yang kembali tersenarai untuk menjalani latihan bersama skuad kebangsaan kendalian Datuk K.Rajagobal, menjelang beberapa aksi persahabatan antarabangsa sepanjang bulan Ogos ini - termasuk menentang Oman.

Tonggak tengah Terengganu, Joseph Kalang Tie pula muncul satu-satunya wajah baru dipanggil untuk melengkapkan senarai 25 pemain, tatkala Norshahrul Idlan Talaha dan Aidil Zafuan Razak digugurkan, berkemungkinan atas alasan kecederaan yang belum pulih.

Pertahanan Kelantan, S.Subramaniam, dan pemain sayap lincah, Nurul Azwan Roya pula masih gagal meyakinkan Rajagobal untuk dipanggil ke kem negara.

Kesemua pemain Harimau Muda A – Muslim Ahmad, Mahali Jasuli, Fadhli Shas, Izzaq Faris Ramlan, dan K.Gurusamy, termasuk penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat pula tiada dalam senarai bagi membolehkan mereka menyertai skuad Olimpik yang kini ‘bertapa’ di Slovakia sebagai persiapan menghadapi Kelayakan Olimpik yang dijadual bermula 21 September depan. 

Justeru kehadiran semula wajah-wajah yang sebenarnya bukanlah asing dalam kem negara ini dilihat dapat menutup ketiadaan mereka setidak-tidaknya buat sementara waktu.
 
Berikut senarai lengkap pemain yang dikehendaki melaporkan diri kepada Rajagobal pada Rabu, 3 Ogos, jam 4 Petang.

Amar, Azmi Muslim, Baddrol Bakhtiar, Khyril Muhymeen
Kedah
Amirulhadi Zainal, Asrarudin Putra Omar, Safiq Rahim
Selangor
Norhafiz Zamani Misbah, Farizal Marlias, S.Kunanlan
Negeri Sembilan
Ashaari Shamsudin, Helmi Remeli, Abdul Hadi Yahya, Sharbini Allawee, Ismail Faruqi Ashaari, Joseph Kalang Tie
Terengganu
Farisham Ismail, Rizal Fahmi Rosid, S.Chanturu, Shakir Shaari
Kelantan
Shahrom Abdul Kalam, Norazlan Razali
Kuala Lumpur
Shahrizal Mohd Saad
Johor FC
Faizal Muhammad
Harimau Muda A
Safee Sali
Pelita Jaya

Sumber: SuaraSukan1Mas.blogspot.com

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Tahun 1432 H / 2011 M bagi Seluruh Negeri Perlis

*Sila Left Click pada gambar untuk tumbesaran :)
Sumber: JAKIM

Hadis Tentang Kelebihan Tarawih

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Puji-pujian bagi Allah Subhanahu wata'ala, selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu 'alaihi wasallam serta para sahabatnya.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan Tarawih pada malam-malam Ramadan telah tersebar dengan meluas sekali. Media elektronik, cetak serta media massa lain turut memainkan peranan menyebarkannya melalui akhbar, dairi Islam, TV, radio, risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat, terutamanya dalam bulan yang diberkati itu. Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali .a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut,

Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadilat sembahyang Tarawih pada bulan Ramadan antaranya:
# Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).
# Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
# Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.
# Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.
# Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.
# Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
# Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh
Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanah air mengenai kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunan Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini. Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang Tarawih dan kedudukannya dalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama kita dahulu.
Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya: Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhori, Muslim)
Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai keperingkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S.A.W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).
Mulla Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu’ah selepas membawakan lebih dari seratus riwayat hadis mengenai pendustaan atas nama Nabi Muhammad s.a.w. menukilkan kata-kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim. Kata Imam Nawawi: Haram meriwayatkan sesuatu hadis palsu (maudhu`) bagi orang yang mengetahui bahawa hadis itu maudhu` atau dia hanya menyangka hadis ini maudhu`. Siapa yang menceritakan hadis yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya maudhu` serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini. Katanya lagi, tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad s.a.w. di antara hadis tentang hukum-hukum dan hadis yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadis yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadis-hadis nasihat dan lain-lain. Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam? seterusnya dia berkata: Ulama sudahpun sepakat mengenai haram berdusta atas nama orang-orang biasa. Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan atas Allah juga. Firman Allah bermaksud: Tidaklah dia mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan. (An-Najm: 3-4).
Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin untuk melakukan amalan Tarawih dalam bulan Ramadan seperti kita sering dapati hadis ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang sebenarnya hadis itu pun direka atas nama nabi Muhammad s.a.w. seperti contoh satu hadis yang sebahagian darinya berbunyi: Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang Zuhur dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri. Jika dia meninggalkan sembahyang Asar dosanya adalah seperti meruntuhkan Kaabah.
Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadan yang terdapat dalam kitab hadis shahih contohnya hadis yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan malam Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. (Al-Bukhari)
Dan adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang bermaksud: Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan ke dalam neraka saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak mengerjakan sembahyang. (Al-Muddatsir)
Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadan tidak mesti dengan adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan Tarawih ini. Dan orang yang malas bersembahyang bawalah hadis yang bagaimana teruk sekalipun seksaannya, namun mereka tetap tidak mahu mengerjakannya.
Antara ciri-ciri hadis maudhu`(rekaan) dari segi zahirnya selain dari meneliti sanad perawinya ialah
1. Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad s.a.w. atau orang yang berjuang bersama dengan nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi.
2. Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan sedangkan ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut dalam Al-Qur’an dan hadis-hadis sahih.
3. Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s.a.w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi seperti yang terdapat dalam hadis-hadis sahih.
4. Dalam sesetengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai dengan “Ya Ali” sedangkan ulama hadis sudah mengatakan bahawa hadis yang dimulai dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang sahih. Yang lainnya palsu.
Oleh itu umat Islam sekalian, terutamanya pihak seperti institusi agama di peringkat negeri dan pusat, sepatutnya prihatin terhadap perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasul yang menjadi pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Umat Islam janganlah mudah tertipu dengan dakyah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah sedangkan ianya tidak ada hubungan langsung dengan Rasulullah s.a.w. Janganlah sampai masyarakat kita melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang diperolehi dengan menyebarkan dan seterusnya beramal dengan hadis-hadis palsu seperti ini.