You Follow Me, I Follow You

Sunday, April 11, 2010

Masalah cinta dan cita-cita

Bismillah pembuka bicara..

Di luar sana pelbagai pihak memberikan definisi tersendiri mengenai cinta.. Cita2 pula merupakan impian seseorang dalam mengejar kehidupan yag sempurna di dunia mahupun akhirat.. Di sini aku nk ambik satu contoh definisi cinta yang aku dapat dr pelbagai sumber..

Pertama: Cinta itu KOMITMEN.. Cinta perlu komitmen dan tak boleh main2. Maksudnya cinta perlu dirancang dan dilaksana sebaik mungkin. Tak bolehlah nak bergaduh dan mengabaikan tanggungjawab pada pasangan. Untuk yang dah berkahwin, nafkah wajib dipenuhi. Amanah sebagai suami isteri kena ditunaikan sebaiknya.

Tanggungjawab itu perlu dan amat penting dalam kehidupan kita.. Aku, kamu dan anda semua mempunyai tanggungjawab yg tersendiri.. Jika tidak bertanggungjawab, cinta dan cita2 tidak akan dapat dicapai.. Jika anda bercinta, jangan lupa tanggungjawab pd cita2.. Maksudnya kita perlu menyusun atur semua ini sepandai-pandainya.. Sebagai contoh, kita boleh jadikan cinta itu sebagai pembakar semangat untuk berjaya dalam menggapai cita2.. Cinta kpd ALLAH, cinta kpd RASULULLAH, cinta kpd IBUBAPA, cinta kpd KEKASIH dan lain2 lagi..

Semoga kita dpt apa yg kita mahukan..
Remaja skrg cenderung cinta kpd KEKASIH.. Perlu diingatkan, agar tidak lalai..
Aku, kamu dan anda semua haruslah bijak menguruskan kedua2 ini dgn sempurna..

Semoga ALLAH sentiasa bersam2 dgn perjuangan kita..

3 comments: