Time yang selalu kita rindui dan rasa ingin kembali semula ke masa tersebut ialah time kecik-kecik dulu. Bermaksud, sewaktu kita kecil berumur dalam lingkungan 3 hingga 12 tahun. Masa ini lah, kita bermain sepuas-puasnya, bebas melakukan aktiviti-aktiviti luas batasan minda matang. Sebab tu, bila umur kita semakin dewasa kita akan mengenangkan zaman kita ketika kecik dahulu sambil tersenyum, dan lebih dahsyat sampai ketawa bergolek3 teringat gelagat dan aksi kita ketika kecik. Normal la, sesuai dengan tittle budak-budak yang bersifat enjoy, aktif dan happy-go-lucky.
Kali ni, aku sempat list kan 5 perkara yang tip top semasa zaman kanak-kanak aku. Barangsiapa yang sezaman dengan aku, benda yang aku list kan ni mesti popular dan happening pada ketika tu. 5 perkara ni diancam kepupusan sebab kanak-kanak zaman sekarang dah x layan lagi dah benda-benda ketinggalan zaman macam tu.
Pertama
*Kat mana nak cari digimon ni? Aku teringin nak beli balik, simpan buat kenangan
Aku x ingat benda ni nama saintifik dia apa. Tapi ini la digimon yang sangat laris di pasaran pada masa tu. Aku pernah beli sebiji, tapi hilang ntah ke mana. Digimon ni best sebab kita akan menguruskan haiwan ternakan dari dia baby sampai la dia berevolusi dan seterusnya mati. Benda ni jugak boleh di connectkan dengan digimon orang lain bagi tujuan battle utk tengak siapa yang lebih kuat. Permainan digimon ni ada banyak edisi, dan setiap edisi haiwan ternakan adalah berbeza. Permainan ni popular sekitar tahun 1997 hingga tahun 2000 kalau tak silap aku.
Kedua
*Bayangkan dalam kotak tu ada BMW 525i hehe..
Kotak mainan ding dang dan tora ni memang tip top laa. Nak cerita, dulu mak aku selalu suruh pegi kedai beli barang. Then, aku mesti gunakan duit lebih daripada beli barang tu untuk beli kotak ding dang ataupun tora, hehe. Dulu, otak belum berkembang nak pikir logik. Aku selalu bayang ada mainan menarik dalam kotak tu. Beli satu dapat mainan x menarik, then beli lagi dan beli lagi dengan harapan dapat mainan yang grand2.. Hampeh, kalau aku tau lebih baik aku kumpul duit beli ding dang tu untuk pegi haji lagi bagus.
Ketiga
*Kartun feveret, wajib tonton..
Animasi Jepun iaitu Dragon Ball. Masa zaman aku, kartun ni popular dan menjadi topik hangat bila sembang dengan kawan-kawan. Siaran kartun ni ditayangkan pada hari sabtu dan ahad pukul 9 pagi di TV2 kalau x silap aku la. Jadi, tepat pada masanya mesti terpacak depan tv kadang2 berebut siaran dengan mak abah. Bila tengok kartun, mula la berangan nak jadi macam karekter itu dan ini. Aku teringin gak nak jadi super saia, ada sesapa boleh bagi petua untuk jadi super saia??
Keempat
*Sediakan tisu kalau nak tengok drama nie..
Sebuah drama bersiri made in Filipina yang sangat menyentuh perasaan. Walaupun time tu kecik lagi, tapi best gak layan cerita romantik macam ni. Drama ni dalam kategori wajib tonton dan x boleh missed. Aku x ingat tarikh drama ni dimainkan di bumi Malaysia. Ditayangkan di TV2, petang waktu Malaysia..hehe. Pangako sayo ni mengisahkan cerita cinta antara Angelo dan Yna..
Kelima
*Sapa kalah, rubber dia akan dirampas, hehe..
Huhu, demikian la senarai 5 perkara yang aku ingat tentang masa kecik aku. Sememangnya time kecik-kecik dulu mempunyai nostalgia yang amat indah. Terasa rindu bila terkenangkan waktu itu bila memgimbau kembali tingkah laku, perangai dan tabiat kita sewaktu kecik. Anda pula bagaimana??
Lawan getah pemadam merupakan permainan popular pada waktu itu. Modal untuk bermain hanya 10 atau 20 sen saja. Syarat-syarat pertandingan ialah, mesti memiliki getah pemadam dan sanggup hadapi cabaran. Cara bermain dengan menggerakkan getah pemadam tu dengan jari anda sehingga berjaya menindih getah pemadam lawan..mudah kan? Permainan ni memang enjoy.
No comments:
Post a Comment