You Follow Me, I Follow You

Wednesday, September 23, 2009

Aidilfitri 1430H..

Pejam celik pejam celik, Ramadan 1430 hijrah telah pun berlalu.. Sempurnakah puasa Ramadan kita? Yakinkah diri bahawa ibadah puasa yang diamalkan sepanjang Ramadan lalu benar-benar menepati rukun dan adab- adab berpuasa yang dituntut syarak? Atau puasa kita sekadar berjaya menahan lapar dan dahaga sahaja bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari, kerana sudah jadi ‘budaya’ masyarakat muslim? Tepuk dada tanya la iman..

Walaupun begitu, orang yang tahu fadilat ataupun keistimewaan bulan syawal ini pasti tidak akan melepaskan peluang keemasan ini untuk melakukan amal-amal kebajikan seperti bersedekah dan berpuasa sunat.. Ini kerana kesemua amal baik yang dilakukan pasti akan beroleh ganjaran yang sewajarnya dari Allah SWT.. Sebagai contoh, berpuasa enam hari dalam bulan syawal bakal diganjari pahala puasa setahun penuh sepertimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadan kemudian mengiringinya dengan berpuasa enam hari dari hari raya, maka puasanya itu adalah menyamai setahun penuh. (H.R. Muslim)

Selamat menyambut Syawal 1430H semoga Ramadan yang lalu telah memberi banyak hidayah dan keinsafan kepada kita.. InsyaALLAH..


"Kegagalan hari ini beerti pendorong, namun kejayaan semalam bukan beerti kemegahan, oleh itu gantungkanlah cita-citamu setinggi-tinggi bintang di langit, dan rendahkanlah dirimu serendah-rendah rumput di bumi"

wallahua'lam..


Saturday, September 19, 2009

Maaf Zahir & Batin

Sir lump mad hurry rare year ma half zar hair bar teen too loose dairy hearty young e class..

nie kad raye untuk rakan bloggers..

2009

thanx kpd rakan2 bloggers yg sudi melawat blog aku
thanx jgk kpd yg sudi memberi komen..
teruskan menulis blog!!

sepanjang aku menulis blog nie, klau ada tulisan aku yang tersasul atau menyinggung prasaan sesape je, aku mohon maaf..

Selamat Hari Raye
Maaf Zahir & Batin..


Friday, September 18, 2009

Novel: Curahan Cinta Niagara

Kita sering kali bertanya, "Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?"
Quran menjawab, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagimu. Boleh jadi kamu menyayangi sesuatu padahal ia buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
Surah al-Baqarah, ayat 216


Pengenalan..


Mira Azilah, gadis kelahiran Janda Baik, Pahang, digambarkan melalui kehidupan penuh ranjau apabila terpaksa membesar dalam serba kekurangan dan lebih menyayat hati tanpa kasih sayang seorang bapa, tetapi menerima segala dugaan itu dengan tabah kerana yakin ia sebahagian daripada ujian Ilahi.. Novel setebal 49 bab ini, dimulai dengan kisah Mira melanjutkan pelajaran di State University of New York, Amerika Syarikat dan dipertemukan dengan Faris, anak hartawan yang suka berfoya-foya dan mengambil kesempatan ke pelajar wanita.. Bagaimanapun perangai buruknya berubah ketika mula mengenali Mira, gadis berhati tulus yang berjaya menambat hatinya sehingga akhirnya memaksa dirinya berusaha memenangi hatinya meskipun terpaksa menggunakan kekerasan dan berkesudahan dengan kemalangan jalan raya yang menyebabkan Faris lumpuh.. Mira yang berasa kasihan dan bersalah atas nasib yang menimpa Faris, akhirnya sudi mengahwini pemuda itu, meskipun tahu calon suaminya mengidap penyakit HIV akibat pergaulan bebas di samping berusaha menjadi isteri terbaik kerana reda dengan ketentuan Tuhan buat dirinya.. Ketabahan Mira teruji juga apabila dia tidak dapat mengecap nikmat berumah tangga selayaknya sebagai isteri dan terpaksa melayani suami yang bertukar menjadi pemarah, berputus asa dan sering meringankan hukum agama.. Kebencian ibu mentua Mira, Datin Faridah yang tidak merestui perkahwinan pasangan terbabit pasti meruntun jiwa pembaca dan pengarang turut meruntun jiwa apabila disogokkan dengan kisah abang ipar Mira, Farhan yang tegas lagi cengil, jatuh cinta pandang pertama lewat kunjungannya bersama Mira dan Faris di Air Terjun Niagara.. Kematian Faris membuka peluang kepada Farhan untuk merebut cinta Mira dan keadaan memihak kepadanya apabila Faris meninggalkan wasiat agar abang serta isterinya itu disatukan, meskipun hati gadis itu sebenarnya berbelah bagi.. Mira akhirnya menerima lamaran daripada keluarga Datuk Rashid dan keputusan itu nyata menyebabkan pisang berbuah dua kali apabila gadis itu terpaksa hidup sengsara lantaran mengahwini lelaki yang sering dibayangi peristiwa silam.. Berkat Ketabahan dan kesetiaan, bahagia akhirnya menjengah, tetapi kehadiran Azrin, bekas pesakit Gangguan Stres Pascatrauma (PTSD) yang diterima bekerja di Syarikat Titian Maju milik Farhan, hampir menggugat kebahagiaan mereka yang baru menjengah.. Kebaikan dan kelembutan Mira mengingatkan Azrin kepada ibunya, kekasaran Farhan pula mengingatkannya kepada kebengisan bapa tirinya dan akhirnya menjadikan Azrin semakin keliru serta hampir meragut nyawa Farhan kerana kenangan kepafa bapa tirinya.. Sungguhpun novel tampil dengan judul Curahan Cinta Niagara, hakikatnya ia dibaluti dengan nilai Islam, sarat pengertian, motivasi dan nasihat kerana pengarang bijak menyelitkan petikan daripada al-Quran dan terjemahannya serta beberapa hadis sahih bagi memperkuatkan hujah dalam menjawab setiap konflik.. Pembaca juga pasti berasa betapa ikatan perkahwinan itu sebenarnya indah, sekiranya setiap pasangan tahu menikmati dan menghargai kesucian perhubungan terbabit dan sentiasa berusaha berpandukan kepada ajaran Islam..


Sinopsis..

Mira Zahila, gadis yang mudah berkawan tetapi tidak mempercayai institusi perkahwinan telah menjadi rebutan dua orang lelaki.. Air terjun Niagara Falls menjadi titik permulaan Farhan disapa oleh perasaan cinta pertama.. Namun Farhan terpaksa memendam rasa kerana adiknya Faris yang sering memperolehi apa yang diingininya lebih dahulu menagih cinta Mira.. Di saat-saat menemui ajal, Faris telah memberi laluan kepada Farhan untuk merebut cinta Mira.. Namun, Mira tidak dapat menerima cinta Farhan kerana cara hidup Farhan dirasakan asing baginya. Farhan pula mula sangsi dengan cintanya kerana sejarah silam Mira dan Faris bercanggah dengan prinsip hidupnya.. Dalam keadaan terpaksa, Farhan menikahi Mira walaupun dia sendiri tidak pasti perasaan sayang atau benci yang bersarang di hatinya.. Ketika Farhan dan Mira bergelut mencari kebahagiaan sebagai suami isteri, muncul pula seorang wanita yang bakal menggoncang keharmonian rumahtangga mereka.. Yang bakal mematikan benih-benih cinta yang baru bercambah.. Berjayakah Mira mencari kebahagiaan, merentasi lautan dari New York ke London dan Paris hingga ke Kuala Lumpur? Dan sempatkah Farhan membuktikan cintanya sehebat curahan Niagara?

Farhan dan Mira?? http://emo.huhiho.com


Wednesday, September 16, 2009

SMK Arau: Lawatan ke Bank Negara Malaysia


Surat kebenaran melawat ke Bank Negara Malaysia telah pun sampai..
SMK Arau telah mendapat jawapan dan pihak BNM sudi menerima kedatangan kami dengan tangan terbuka.. Terima kasih BNM..

Masa yang ditetapkan ialah pada jam 2:30 hingga jam 4 petang pada 22 Oktober 2009 bersamaan dengan 3 Zulkaedah 1430 hijriah pada hari khamis..



Pihak BNM telah menyusun program yang berfaedah untuk kami..
Ini menunjukkan keperihatinan BNM dalam mendedahkan tentang fungsi bank negara kepada para pelajar.. Sedikit sebanyak ilmu yang bakal diperolehi akan boleh dimanfaatkan untuk kebaikan..


Tidak lupa juga, di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung..
Oleh itu, BNM telah menggariskan beberapa perkara sebagai langkah2 keselamatan dan cara2 protokol yang perlu dipatuhi dengan teliti..


Diharapkan, dengan izin Allah s.w.t program lawatan ini akan berjaya dan mendapat berkat dari- Nya.. Semoga para pelajar dapat memanfaatkan lawatan ini sebaik mungkin..
Peluang yang datang itu hanya sekali..

Sekian, Wallahualam..

Tuesday, September 15, 2009

Delete