You Follow Me, I Follow You

Sunday, October 18, 2009

.::Doakan Saya::.

Salam..
Esok tanggal 19 Oktober adalah hari penyampaian ucapan manifesto calon-calon ketua pelajar seterusnya hari membuang undi.. Gementar, itulah yang dapat digambarkan pada keesokannya.. Justeru itu, saya memohon jasa baik anda semua, doakan saya.. Semoga Allah memberi kelancaran kepada saya untuk berucap dan memudahkan segala urusan pada hari esok.. Semoga Allah membalas jasa baik kalian semua.. Disini saya sediakan teks ucapan sulung saya pada esok pagi..


Bismillahir Rahmanir Rahim, Alhamdulillahi rabbil a’lamin,
Wassolatu wassalam ala asyrafil anbiya’ wal mursalin, wa ala alihi wasohbihi wasallam..

Terima kasih saudara/saudari pengerusi majlis
Yang berusaha, Tuan Halim bin Mansor, pengetua sek men keb Arau
Yang dihormati Guru penolong kanan pentadbiran En. Ghazali bin Ahmad
En. Ayob bin Mat Zain, Penolong kanan hal ehwal murid
En. Rahim bin Mohamad, Penolong kanan ko-kurikulum
En. Amri bin Abdullah, penolong kanan pentadbiran pra universiti
En. Kamaruddin bin mahamud penolong kanan ko-kurikulum pra universiti
Guru-guru kanan
Barisan guru yang dikasihi,
Barisan pengawas sekolah
Seterusnya rakan-rakan pelajar yang saya hormati sekalian..

Assalamualaikum dan salam perpaduan..
Alhamdulillah, saya panjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana memberi kelapangan dan keizinan untuk kita menghadiri Perhimpunan Mingguan pada pagi yang indah ini..

Seperti mana yang kita ketahui, hari ini adalah hari pilihanraya sekolah bagi memilih ketua pengawas yang baru. Saya mengucapkan jutaan penghargaan kepada guru-guru yang telah mencalonkan saya untuk bertanding bagi jawatan ketua pengawas bagi tahun 2010. Pilihanraya yang diadakan ini juga adalah untuk mengasah bakat kepimpinan pelajar kerana adalah tidak adil bagi pelajar jika bakat memimpin tidak diserlahkan di samping kita mahu mengenal pasti kewibawaan pelajar tersebut. Walaupun belum mencecah usia 21 tahun, para pelajar berpeluang untuk membuang undi dan merasai amalan sistem demokrasi dijalankan di negara kita, Malaysia.Bagi pendapat saya, pilihanraya ini adalah satu daripada usaha untuk mendedahkan kepada pelajar tentang proses pilihanraya yang sering dibaca oleh pelajar dalam mata pelajaran Sejarah di samping merasai sendiri amalan demokrasi sebenar.

Saya sebagai calon ingin memperkenalkan diri kepada hadirin sekalian. Nama penuh saya Mohd Farhan bin Azis. Saya mula belajar di sekolah ini pada tahun 2008 di tingkatan 5 sains. Sekarang saya berada di tingkatan 6 bawah 1 fakulti ekonomi. Saya ingin melanjutkan pelajaran dalam jurusan undang-undang dan bercita-cita sebagai peguam.

Sejak kebelakangan ini berbagai cerita tentang isu yang berkaitan tentang masalah disiplin di sekolah telah ditimbulkan. Pelajar merokok, bergaduh, kurang ajar, ponteng dan sebagainya. Masalah ini berlaku tidak kira samada di sekolah bandar atau luar bandar maupun sekolah biasa atau sekolah berasrama penuh. Masalah disiplin boleh dikaitkan dengan kemunculan media massa turut mendorong masalah ini memuncak dengan drastik. Kelakuan yang tida senonah yang mereka saksikan telah menimbulkan rasa untuk mencuba pula dalam hati pelajar. Kebanyakan masalah disiplin dikatakan satu cubaan meniru kelakuan yang telah mereka tonton sebelum ini. Jadi, disiplin mempunyai kaitan rapat dengan kejadian disiplin pelajar yang terus merosot itu.

Oleh itu, sekiranya saya dipilih menjadi ketua pengawas, saya bertekad dan berazam dengan berpandukan prinsip 3M iaitu Membantu guru-guru membentuk pelajar yang berdisiplin dan berakhlak mulia sejajar dengan misi sekolah. Kedua, Memastikan setiap pelajar patuh pada peraturan sekolah dan ketiga Mewujudkan kawasan sekolah yang ceria dan harmoni dengan mengamalkan konsep 1 Malaysia.

Bagi mengakhiri ucapan, saya ingin mengucapkan selamat mengundi kepada seluruh warga dewan.
Sekian wabillahi taufiq wal hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.. UNDILAH SAYA ()

    No comments:

    Post a Comment