You Follow Me, I Follow You

Friday, October 9, 2009

Journey To Parlimen (Part III)



Lagi beberapa hari lagi Pelajar Pra Universiti SMKAr akan berkunjung ke Parlimen Malaysia buat julung kalinya.. Suatu pencapaian yang dibanggakan.. Terima kasih kepada ahli jawatankuasa gerak kerja yang bertungkus lumus untuk menyiapkan program yang dianggap gergasi dan melibatkan protokol yang perlu dilalui.. Dengan adanya pengurusan yang cekap dalam menghasilkan gerak kerja yang memuaskan seterusnya dapat memaximumkan kepuasan semua pihak.. Semoga kita mendapat pengalaman yang baik dari hasil kerja yang kita lakukan moga dapat dimanfaatkan pada masa hadapan..

Terima kasih juga kepada rakan2 seperjuangan yang memberikan komitmen dan sokongan yang tak terhingga sehingga kita mampu melaksanakan program yang dianggap gergasi ini.. Guru2 yang banyak membantu dan menyumbangkan idea sehingga mampu menggerakkan impian dan hasrat kami, para pelajar.. Terima kasih yang tak terhingga kepada ayahanda kami, Encik Ghazali bin Ahmad, Penolong Kanan 1 yang banyak membantu dan memberikan semangat kepada jawatankuasa gerak kerja sehingga mampu menyelesaikan beberapa isu dan juga masalah di sepanjang perancangan program ini..

Setelah di atur dengan teliti, jadual lengkap mengenai perjalanan aktiviti lawatan ini dihasilkan sekali lagi yang akan diedarkan kepada pelajar bertujuan melicinkan perjalanan aktiviti seperti dirancang:

*Jadual terkini & lengkap

Setelah berbincang, majoriti pelajar memilih Genting Highlands sebagai destinasi seterusnya lawatan kami dan dipersetujui oleh guru penasihat.. Oleh yang demikian, kami telah mengatur semula jadual dan ia adalah tetap.. Majlis perjumpaan dengan para pelajar akan diadakan sekali lagi untuk berbincang dan mendapatkan maklumat peribadi masing2..


*Fax dari Genting Malaysia Berhad

Semua perkara sudah pun lengkap cuma, senarai nama peserta yang terkini masih dalam proses bersama2 dengan maklumat peribadi pelajar.. Pengangkutan bas dari Jabatan Pelajaran Perlis sudah pun di sahkan dan diluluskan.. Kini, kami cuma menghitung hari..

*Surat rasmi dari JPN Perlis

Alhamdulillah syukur, segala persiapan sudah hampir disiapkan.. Walaupun kini, kami berada dalam musim final exam sekolah2 Perlis tetapi nasib kami baik kerana tiada pertembungan jadual dengan peperiksaan.. Pilihanraya sekolah juga akan berlangsung pada bulan ini, fuhh.. Penat, exam, lawatan dan pilihanraya.. Jadual peribadi cukup padat.. Namun, ibadah tidak di abaikan.. Semoga semua perkara yang kita lakukan diberkati dan diredhai oleh Allah.. Amin..

Sekian dahulu di sini, Terima Kasih..


No comments:

Post a Comment