You Follow Me, I Follow You

Saturday, June 12, 2010

~Kemunculan Facebook~

Bagaimana mereka dapat nama Facebook??
Anda nak tahu bagaimana Facebook mendapat nama??



Pada suatu hari, ada seorang nie dia asyik gembira dengan kehenseman muka beliau, lalu pereka Facebook ni bengang dan tidak berpuas hati dengan kehenseman orang itu lalu dia bertanya..


Pereka Facebook:Is this your Face?
Orang Kehenseman: Yeah, handsome right..

Lalu..

Pereka Facebook:Oh, Your Face.....(Akibat geram dengan kehenseman orang itu dia menumbuk muka orang tu lalu bunyi: BUK!)

Orang Kehenseman: Ouch! My Face..

Sambil orang kehenseman tu cakap Face lalu pereka Facebook menumbuk muka dia BUK!

Orang kehenseman: Face!

BUK! (Pereka Facebook menumbuk mukanya lagi)

Lalu pereka Facebook pun mendapat nama berdasar cerita di atas dia mengabungkan FaceBUK! (Bunyi tumbukan muka) maka, jadi la Facebook..

Wednesday, June 9, 2010

Sepuluh..!!




Sepuluh.. Sepuluh.. Sepuluh.. Sepuluh.. Sepuluh.. Sepuluh.. Sepuluh.. Sepuluh.. Sepuluh.. Sepuluh.. Sepuluh.. Sepuluh.. Sepuluh.. Sepuluh.. Sepuluh.. Sepuluh.. Sepuluh.. Sepuluh.. Sepuluh.. Sepuluh.. Sepuluh.. Sepuluh.. Sepuluh.. Sepuluh.. Sepuluh.. Sepuluh.. Sepuluh.. Sepuluh.. Sepuluh.. Sepuluh.. Sepuluh.. Sepuluh.. Sepuluh.. Sepuluh.. Sepuluh.. Sepuluh.. Sepuluh.. Sepuluh.. Sepuluh.. Sepuluh.. Sepuluh.. Sepuluh.. Sepuluh.. Sepuluh.. Sepuluh.. Sepuluh.. Sepuluh.. Sepuluh.. Sepuluh.. Sepuluh.. Sepuluh.. Sepuluh.. Sepuluh.. Sepuluh.. Sepuluh.. Sepuluh.. Sepuluh.. Sepuluh.. Sepuluh.. Sepuluh.. Sepuluh.. Sepuluh.. Sepuluh.. Sepuluh.. Sepuluh.. Sepuluh.. Sepuluh.. Sepuluh.. Sepuluh.. Sepuluh.. Sepuluh.. Sepuluh.. Sepuluh.. Sepuluh.. Sepuluh.. Sepuluh.. Sepuluh.. Sepuluh.. Sepuluh.. Sepuluh.. Sepuluh.. Sepuluh.. Sepuluh.. Sepuluh.. Sepuluh.. Sepuluh.. Sepuluh.. Sepuluh.. Sepuluh.. Sepuluh..

Sepuluh bulan kami saling mengenali..
Hati mula bercantum dan cinta mulai mekar..
Kau bunga ku, mewarnai hidupku indah..
Kan ku pegang erat janji kita, menuju cinta sejati..
Sepuluh langkah baru bermula menuju sepuluh langkah yang seterusnya..


Ich liebe dich.. 4ever



Tuesday, June 8, 2010

Kisah Cinta dan Si Lelaki..



Pada suatu ketika, langit dan laut saling jatuh cinta.. Mereka saling menyukai antara satu sama lain.. Oleh sebab sangat sukanya laut kepada langit, warna laut sama dengan warna langit.. Oleh sebab sangat sukanya langit kepada laut, warna langit sama dengan warna laut..

Setiap kali senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-kata ‘Aku Cinta Padamu’ ke telinga langit.. Setiap kali si langit mendengar luahan cinta laut, langit tidak menjawab apa-apa, hanya tersipu-sipu malu dan wajahnya kemerah-merahan..

Hinggalah sekarang, kasih antara langit dan laut tidak terpisah.. Kita juga boleh melihat di mana mereka menjalin kasih.. Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada satu garis di antara laut dan langit, di situlah mereka berpacaran..

Carila seseorang yang anda sayangi dan dia menyayangi anda..
jangan mencari kerana paras rupa..
tapi cari yang cantik dan hensem dari segi perwatakan, budi bahasa..
Jika anda mendapat pasangan yang hensem atau cantik, anggaplah ia satu bonus..

Seterusnya mari kita mengenali LELAKI yang setia cintanya..(bukan playboy atau yang sama waktu dengannya) Apabila seorang lelaki betul-betul jatuh cinta dan setia akan pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas..

Berikut adalah tanda-tanda lelaki yang jatuh cinta dengan jujur dan ikhlas:

  1. Si dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela dan bukan kerana terpaksa..
  2. Si dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan sanggup berubah demi menyenangi hati pasangannya..
  3. Si dia banyak menasihati kekasihnya kerana si dia amat menyayangi kekasihnya..
  4. Si dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap (maksud: mengambil berat setiap apa yang dilakukn oleh kekasihnya)
  5. Si dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya..
  6. Si dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana si dia sentiasa berasa curiga jika kekasihnya diganggu lelaki lain..
  7. Si dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya..
  8. Si dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya..
  9. Adakalanya si dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana si dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain..
  10. Si dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja..
  11. Si dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk dan dimanjai oleh kekasihnya..
  12. Si dia akan menggelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama..
  13. Si dia sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya..
  14. Si dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri..
  15. Si dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana si dia tidak mahu kasih sayang antara mereka menjadi luntur..
  16. Si dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya..
  17. Si dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa mengorbankan masa dirinya sendiri..
  18. Apabila timbul orang ketiga,si dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya..
  19. Si dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri..
  20. Si dia sanggup menitiskn air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan (Tidakkah anda terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi anda?)

Jika hati lelaki dianggap keras selama ini, tiba-tiba secara semulajadi ia akan menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya.. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya.. Sekeras manapun hati lelaki dia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai.. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untuk anda..


Seteguh Cinta Kau dan Aku, Segalanya Untukmu..



Monday, June 7, 2010

¿ Aku Tak Ingin Menangis Lagi ?


Setelah sekian lama aku gembira,
Hari ini air mata mengalir,
cuma seketika..
Aku rasa tewas!!
Aku tak ingin menangis lagi..


Mengapa perlu menangis? Bila aku menangis? Mana ada aku menangis.. Istilah menangis biasanya merujuk pada tindakan mengeluarkan air mata sebagai respon terhadap suasana emosi yang berlaku di sekeliling kita.. Kajian Profesor Farhan Azis mengatakan bahawa lelaki akan menangis sebulan sekali secara puratanya manakala perempuan akan menangis lima kali dalam sebulan.. Emm menarik sekali.. Apa pulak kaitan dengan puisi aku di atas? Sebenarnya.. Saja je..



Sewaktu detik kelahiran seorang bayi dihiasi tangisan, nyaring berkumandang menyaring segala suara yang menyapa telinga ibu.. Lonjak hati ibu memuncak gembira menjadi penawar sakit dan lesu.. Lalu bermulalah sebuah kehidupan yang mewarnai bumi berpenakan hati, berdakwatkan air mata.. Air mata adakalanya penyubur hati,penawar duka.. Adakalanya buih kekecewaan yang menyempit perasaan, menyesak kehidupan.. Barangsiapa gembira di dunia akan berdukacita di akhirat.. Barangsiapa yang banyak dukacitanya di dunia akan gembira di akhirat..



Sabda Rasulullah s.a.w. “Ada dua titisan yang Allah cintai, pertama titisan darah para Syuhada dan titisan air mata yang jatuh kerana takutkan Allah.”

Menangis kerana gagal? Gagal dalam pelajaran atau cinta? Menangis kerana dikhianati?
Secara lumrah, manusia akan menangis tak kisah la dia kacak atau cute giler asalkan bila hati dan perasaannya tersentuh atau disentuh maka titisan cecair jernih yang terbit dari kelopak matanya akan jatuh membasahi pipi seterusnya jatuh ke bumi.. Normal la, bila seseorang itu sedih mesti dia, kamu dan hampa semua akan meluahkan perasaan bersendirian berhad dengan mengalirkan air mata.. Tiba-tiba handphone bunyi, ada mesej masuk.. "Jangan menangis sayang" pujuk pakwe kepada makwe..he3



Tapi kalau lelaki yang menangis macam mana? Hilangkah macho lelaki itu atau bertambah cute? Lelaki kalau menangis cute pe.. x kisah la sapa pun yang menangis, itu hal peribadi masing-masing.. Hang Hang, Aku Aku la.. Tapi, jangan la buat orang lain menangis.. Secara dasarnya, kesian dia.. Jangan la biarkan orang lain membazir air mata kerana 'kita'.. Membazir kan amalan syaitan a.k.a setan..


So, pendek cerita.. Aku Tak Ingin Menangis Lagi..
Sekian terima kasih..

Sunday, June 6, 2010

Memperjudikan Gaza..



Judi?
Bunyinya agak mengasyikkan.. Apa itu judi? Mungkin kanak-kanak di bawah usia 12 tahun belum mengerti maksud judi.. Media massa sekarang kecoh dengan berita mengenai pencabulan tentera rejim zionis terhadap kapal-kapal bantuan kemanusiaan yang melalui perairan Gaza.. Sanggupkah kita melihat kekejaman rejim zionis itu? Dimana kedudukan kita ketika isu ini muncul?


Di lamun demam bola?

Tidak aku nafikan ramai penduduk dunia, khasnya rakyat Malaysia yang menunjukkan prihatin dan sokongan dalam membela nasib yang menimpa saudara kita di Gaza.. Tapi ada juga yg tidak menghiraukan situasi yg berlaku sekarang.. Yalah, Piala Dunia x lama lagi akan berlangsung dan mungkin akan membuatkan kita KAYA dengan bermain judi bola.. Pertamanya, kita perlu melihat situasi yg berlaku di Gaza sekarang.. Di mana ketegasan Malaysia dalam membantah tindakan kejam rejim zionis? Hari ini jika kita menyelak akhbar, Perdana Menteri 1 Malaysia mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menunjukkan keprihatinan Kerajaan 1 Malaysia.. Datuk Seri 1 Malaysia menyatakan Malaysia akan terus tekan Israel untuk menghentikan kezaliman.. Datuk Seri 1 Malaysia berkata:

Malaysia akan meneruskan usaha bersama masyarakat antarabangsa bagi memaksa Israel menamatkan kezaliman terhadap rakyat Palestin, kata Datuk Seri 1 Malaysia..

Perdana Menteri 1 Malaysia berkata, Malaysia mahu tekanan diplomatik terhadap Israel ditingkatkan dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengambil tindakan yang boleh menamatkan kepungan terhadap Gaza..

Tindakan susulan mesti kita lakukan, kita tidak mahu sekadar satu usul yang mengutuk Israel tetapi tindakan yang boleh membawa perubahan.. Katanya lagi..


Jika Datuk Seri 1 Malaysia sendiri x menghormati protes rakyat membantah tentang judi, inikan pula beliau nak tekan Israel untuk menghormati protes dunia? Mengenai cadangan memboikot barangan Israel, Datuk Seri 1 Malaysia berkata, cadangan itu tidak banyak memberi kesan dan tambahan pula produk buatan Israel tidak ada dijual di negara ini.. Benarkah kata-kata Datuk Seri 1 Malaysia ini? Anda mampu menilainya..


Jika beginilah perangai dan tabiat Kerajaan 1 Malaysia, aku yakin dan pasti diorang akan rebah tersungkur di depan pintu masuk Putrajaya menjelang PRU ke 13 nanti.. Sanggupkah negara kita menjadi "mini Las Vegas" dan dipenuhi oleh golongan-golongan Yahudi zionis yg best main judi di Malaysia?

Viva la Reformation..!!