You Follow Me, I Follow You

Monday, June 7, 2010

¿ Aku Tak Ingin Menangis Lagi ?


Setelah sekian lama aku gembira,
Hari ini air mata mengalir,
cuma seketika..
Aku rasa tewas!!
Aku tak ingin menangis lagi..


Mengapa perlu menangis? Bila aku menangis? Mana ada aku menangis.. Istilah menangis biasanya merujuk pada tindakan mengeluarkan air mata sebagai respon terhadap suasana emosi yang berlaku di sekeliling kita.. Kajian Profesor Farhan Azis mengatakan bahawa lelaki akan menangis sebulan sekali secara puratanya manakala perempuan akan menangis lima kali dalam sebulan.. Emm menarik sekali.. Apa pulak kaitan dengan puisi aku di atas? Sebenarnya.. Saja je..



Sewaktu detik kelahiran seorang bayi dihiasi tangisan, nyaring berkumandang menyaring segala suara yang menyapa telinga ibu.. Lonjak hati ibu memuncak gembira menjadi penawar sakit dan lesu.. Lalu bermulalah sebuah kehidupan yang mewarnai bumi berpenakan hati, berdakwatkan air mata.. Air mata adakalanya penyubur hati,penawar duka.. Adakalanya buih kekecewaan yang menyempit perasaan, menyesak kehidupan.. Barangsiapa gembira di dunia akan berdukacita di akhirat.. Barangsiapa yang banyak dukacitanya di dunia akan gembira di akhirat..



Sabda Rasulullah s.a.w. “Ada dua titisan yang Allah cintai, pertama titisan darah para Syuhada dan titisan air mata yang jatuh kerana takutkan Allah.”

Menangis kerana gagal? Gagal dalam pelajaran atau cinta? Menangis kerana dikhianati?
Secara lumrah, manusia akan menangis tak kisah la dia kacak atau cute giler asalkan bila hati dan perasaannya tersentuh atau disentuh maka titisan cecair jernih yang terbit dari kelopak matanya akan jatuh membasahi pipi seterusnya jatuh ke bumi.. Normal la, bila seseorang itu sedih mesti dia, kamu dan hampa semua akan meluahkan perasaan bersendirian berhad dengan mengalirkan air mata.. Tiba-tiba handphone bunyi, ada mesej masuk.. "Jangan menangis sayang" pujuk pakwe kepada makwe..he3



Tapi kalau lelaki yang menangis macam mana? Hilangkah macho lelaki itu atau bertambah cute? Lelaki kalau menangis cute pe.. x kisah la sapa pun yang menangis, itu hal peribadi masing-masing.. Hang Hang, Aku Aku la.. Tapi, jangan la buat orang lain menangis.. Secara dasarnya, kesian dia.. Jangan la biarkan orang lain membazir air mata kerana 'kita'.. Membazir kan amalan syaitan a.k.a setan..


So, pendek cerita.. Aku Tak Ingin Menangis Lagi..
Sekian terima kasih..

No comments:

Post a Comment