You Follow Me, I Follow You

Tuesday, June 8, 2010

Kisah Cinta dan Si Lelaki..



Pada suatu ketika, langit dan laut saling jatuh cinta.. Mereka saling menyukai antara satu sama lain.. Oleh sebab sangat sukanya laut kepada langit, warna laut sama dengan warna langit.. Oleh sebab sangat sukanya langit kepada laut, warna langit sama dengan warna laut..

Setiap kali senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-kata ‘Aku Cinta Padamu’ ke telinga langit.. Setiap kali si langit mendengar luahan cinta laut, langit tidak menjawab apa-apa, hanya tersipu-sipu malu dan wajahnya kemerah-merahan..

Hinggalah sekarang, kasih antara langit dan laut tidak terpisah.. Kita juga boleh melihat di mana mereka menjalin kasih.. Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada satu garis di antara laut dan langit, di situlah mereka berpacaran..

Carila seseorang yang anda sayangi dan dia menyayangi anda..
jangan mencari kerana paras rupa..
tapi cari yang cantik dan hensem dari segi perwatakan, budi bahasa..
Jika anda mendapat pasangan yang hensem atau cantik, anggaplah ia satu bonus..

Seterusnya mari kita mengenali LELAKI yang setia cintanya..(bukan playboy atau yang sama waktu dengannya) Apabila seorang lelaki betul-betul jatuh cinta dan setia akan pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas..

Berikut adalah tanda-tanda lelaki yang jatuh cinta dengan jujur dan ikhlas:

  1. Si dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela dan bukan kerana terpaksa..
  2. Si dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan sanggup berubah demi menyenangi hati pasangannya..
  3. Si dia banyak menasihati kekasihnya kerana si dia amat menyayangi kekasihnya..
  4. Si dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap (maksud: mengambil berat setiap apa yang dilakukn oleh kekasihnya)
  5. Si dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya..
  6. Si dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana si dia sentiasa berasa curiga jika kekasihnya diganggu lelaki lain..
  7. Si dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya..
  8. Si dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya..
  9. Adakalanya si dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana si dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain..
  10. Si dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja..
  11. Si dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk dan dimanjai oleh kekasihnya..
  12. Si dia akan menggelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama..
  13. Si dia sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya..
  14. Si dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri..
  15. Si dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana si dia tidak mahu kasih sayang antara mereka menjadi luntur..
  16. Si dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya..
  17. Si dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa mengorbankan masa dirinya sendiri..
  18. Apabila timbul orang ketiga,si dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya..
  19. Si dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri..
  20. Si dia sanggup menitiskn air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan (Tidakkah anda terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi anda?)

Jika hati lelaki dianggap keras selama ini, tiba-tiba secara semulajadi ia akan menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya.. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya.. Sekeras manapun hati lelaki dia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai.. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untuk anda..


Seteguh Cinta Kau dan Aku, Segalanya Untukmu..



No comments:

Post a Comment