You Follow Me, I Follow You

Monday, August 3, 2009

~Love is Cinta~

Apa itu CINTA? Apa yang anda faham tentang CINTA? Apa yang anda cari pada CINTA? Adakah wajar untuk kita meletakkan diri dalam satu lembah yang cukup dalam dan berbahaya iaitu CINTA? Waktu dibangku sekolah begini, cinta dianggap satu perkara yang sungguh indah. Perkenalan yang berputik hingga kepada rasa cinta itu seakan menjadikan hidup berada di awang-awangan. Setiap masa, hati berbunga bahagia, di mata terpancar cahaya kegembiraan. Setiap masa seakan bercahaya dalam taman CINTA. Tiada apa2 yang mampu untuk memisahkan kasih sayang yang terjalin dan janji mula diikat tanda setia antara satu sama lain.

Adakah perlu melepaskannya sedangkan CINTA itu sedikit sebanyak membantu anda dalam pelajaran? Semuanya anda boleh pilih mengikut kehendak dan kemampuan anda sendiri. Anda boleh lihat, jika CINTA anda itu yang membawa cita2, mungkin perkara itu sesuatu yang sangat berbaloi dan berfaedah. Anda boleh gunakan CINTA itu untuk anda berjaya. Jadikan si kekasih sebagai teman untuk anda menimba ilmu bersama-sama meredah arus dan kesukaran untuk menggapai bintang kejayaan.

Anda juga boleh jadikan si dia yang dipuja untuk anda menjadi lebih bersemangat dalam menggali ilmu. Tidak salah jika anda meletakkan seseorang yang anda sayang sebagai tangga untuk anda berjaya. Jika bernasib baik, CINTA yang dijalin mungkin mampu membawa kepada kejayaan dan jenjang pelamin.

"Kekuatan tidak datang daripada kemampuan fizikal, tetapi datang daripada semangat yang tidak pernah mengalah."

wallahua'lam..

No comments:

Post a Comment