You Follow Me, I Follow You

Thursday, October 8, 2009

..: Pilihanraya SMKAr :..

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan blogger dan juga pengunjung blog yang budiman..
Merujuk tajuk di atas, jelas la bahawa akan diadakan pilihanraya sekolah bertujuan memilih ketua pegawas merangkap ketua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Arau bagi sesi 2009/2010..
Tarikh sebenar berkempen dan juga hari membuang undi belum lagi ditetapkan oleh pihak sekolah.. Senarai calon yang bertanding sudah pun ada dan sudah diberitahu pada calon2 tersebut.. Seramai 6 orang yang bakal bertanding dan merebut jawatan tersebut.. 3 orang lelaki dan juga 3 orang perempuan terdiri daripada pelajar Lower 6 dari fakulti perniagaan dan juga fakulti ekonomi.. Calon2 dikehendaki menyediakan teks ucapan dan akan disampaikan pada hari berkempen yang akan dihadiri oleh semua warga SMKAr..
Krew media sempat menemu bual salah seorang calon yang tercalon:



Nama: Mohd Farhan bin Azis
Umur: 18 tahun
Tarikh lahir: 30 April 1991
Tempat kelahiran: Perlis
Taraf pendidikan: Sekolah Rendah Islam 1 Abi Tok Hashim, SMA Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah Arau, SMK Arau (2008-sekarang)
Pencapaian akademik: UPSR 2003, PMR 2006, SPM 2008
Pencapaian kokurikulum: Kadet bomba, kelab catur, AJK kelab bimbingan kaunseling dan ketua tingkatan
Hobi: Menulis dan membaca
Cita-cita: Peguam, penganalisis politik, ahli politik
Fakta: Selama bersekolah, x pernah jadi pengawas..ha3



Krew
media: Assalamualaikum.. Pa habaq?

Farhan A: Waalaikumsalam.. Habaq baik.. Terima kasih kerana sudi menemu bual saya..

Krew media: Sama2 kasih..he3.. Berbalik pada topik hangat kita, apakah perasaan anda setelah diumumkan sebagai calon ketua pengawas??

Farhan A: Alhamdulillah segala puji bagi Allah di atas pencalonan saya pada tahun ini.. Buat julung kalinya dalam sejarah saya dipilih untuk bertanding merebut jawatan ketua pengawas merangkap ketua pelajar..

Krew media: Syukur.. Bagaimana anda melihat calon2 yang turut terpilih bagi menentang anda? Bagaimana persiapan anda bagi menghadapi pilihanraya ini??

Farhan A: em.. Saya melihat dari segi profile kelima-lima calon yang lain agak hebat dan saya jangkakan akan wujud persaingan sengit antara semua calon.. Dari segi persiapan, saya akan menyediakan teks ucapan serta manifesto saya dan juga saya akan bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan.. Menang kalah adat pertandingan..

Krew media: Apakah kandungan teks ucapan dan manifesto anda??

Farhan A: Itu belum saya fikirkan lagi.. No komen laaa..

Krew media: Pada pandangan peribadi anda, apakah pendapat anda mengenai pilihanraya ini??

Farhan A: Bagi pendapat saya, pilihan raya ini adalah untuk mengasah bakat kepimpinan para pelajar kerana adalah tidak adil bagi pelajar jika bakat memimpin tidak diserlahkan di samping kita mahu mengenal pasti kewibawaan pelajar.. Pilihan raya ini juga adalah salah satu daripada usaha untuk mendedahkan pelajar tentang proses pilihan raya yang sering dibaca oleh pelajar dalam mata pelajaran sejarah di samping merasai sendiri amalan demokrasi sebenar..

Krew media: Apakah harapan anda dalam pilihanraya kali ini??

Farhan A: Harapan saya, semoga pilihanraya ini akan berlangsung dengan baik.. Jika saya menang, saya akan membantu sekolah dalam mencapai Visi dan Misi sekolah..

Krew media: Terima kasih nah sebab sudi meluangkan masa dengan kami, Krew media.. Semoga anda beroleh kejayaan..he3

Farhan A: sama2..

Laporan mengenai pilihanraya SMKAr akan dilaporkan dari masa ke semasa.. Semoga pilihanraya ini berlangsung dalam keadaan amat damai tanpa sebarang provokasi..ha3
Moga2 x dak la pengundi hantu.. Emm undi hanya melalui peti undi yang akan disediakan.. Sebarang undian sms, undi pos x akan dilayan..hi3
Semoga berjayaaa..

1 comment: