You Follow Me, I Follow You

Thursday, July 1, 2010

Sukan Tahunan SMKAr


Temasya sukan tahunan SMK Arau berlangsung dengan jayanya. Selaras dengan pendirian Kementerian Pelajaran Malaysia yang mahu setiap sekolah menjalankan sukan sepanjang tahun, SMK Arau telah mengambil inisiatif dengan mengubah jadual sukan sekolah agar ianya terus dilaksanakan sepanjang tahun.

 

1 Pelajar 1 Sukan..

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia, mahu kegemilangan sukan dikembalikan ke sekolah-sekolah memandangkan ia adalah institusi utama mengembangkan bakat sukan di peringkat akar umbi. Kementerian Pelajaran akan mewajibkan setiap pelajar sekolah menengah dan rendah mengambil satu jenis sukan bermula tahun depan. Dasar ini telah lama wujud tetapi kurang diberikan penekanan oleh semua pihak. Justeru, pihak kementerian akan menstruktur semula jawatankuasa yang membabitkan sukan dan akan mengkaji aspek pemarkahan dan penilaian yang akan diberikan kepada pelajar yang terlibat..



 Sukan Tahunan SMKAr..

Acara olahraga dan bar lapan berlangsung pada 30 Jun sehingga 1 Julai 2010. Semangat kesukanan jelas terpancar pada wajah pelajar-pelajar SMK Arau dengan memberikan komitmen dalam menjayakan sukan tahunan sekolah buat kali ke-12. Penyempurnaan sukan tahunan sekolah berlangsung pada petang 1 Julai dengan majlis perasmian yang dirasmikan oleh wakil pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Perlis dan acara penutup disempurnakan oleh Tuan Nor Azam, Pegawai PDRM Perlis..


Majlis perasmian dimeriahkan dengan perarakan masuk kontijen-kontijen badan beruniform dan rumah sukan SMK Arau. Kemudian, bacaan ikrar di ketuai oleh saudara Amir Ashaf Bin Rumli dari rumah Pesona.
Selepas selesai upacara penyempurnaan perasmian, hujan membasahi bumi Arau. Namun ianya tidak mematahkan semangat kesukanan pelajar SMK Arau. Acara sukan olahraga dan bar lapan tetap diteruskan..


Temasya sukan tahunan sekolah 2010 berlangsung dengan jayanya. Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan temasya kali ini. Segala kelemahan dan kekurangan semasa menganjurkan temasya ini diharap dapat dijadikan iktibar di temasya akan datang. Tahniah diucapkan kepada para pemenang..

*Acara tarik tali antara rumah sukan..

*Dari meja urusetia..

 *Pegawai kejohanan: Pra universiti 2010..

No comments:

Post a Comment