You Follow Me, I Follow You

Tuesday, July 6, 2010

Say No To Racisme (✖)



Rasis atau perkauman merupakan satu bentuk kepercayaan, sikap dan amalan yang mendiskriminasi segolongan manusia berdasarkan ciri-ciri perkaumannya. Pada dasarnya, kepercayaan ini mengandaikan bahawa manusia boleh dibahagikan kepada kaum yang berbeza, dan serentak itu ia juga mengandaikan bahawa nilai dan darjat seseorang boleh ditentukan berdasarkan kaum yang diwakilinya. Dalam bahasa Melayu, konsep rasisme sangat berkaitan dengan perkauman dan juga semangat assabiyah..

Fahaman rasisme sentiasanya akan membawa kebinasaan kepada manusia. Pada kebanyakan masa, rasisme akan melibatkan permusuhan terhadap kaum-kaum yang tertentu. Daripada itu, fahaman ini akan menghasilkan amalan seperti berikut:

    * Diskriminasi kaum
    * Pengasingan kaum
    * Pembasmian kaum

Rasisme boleh dibahagikan kepada jenis-jenis yang berikut:

* Rasisme Individu
      Amalan rasisme yang dilakukan oleh orang perseorangan..
    
* Rasisme Struktur
      Amalan rasisme yang dijalankan melalui institusi sosial seperti perundangan dan pendidikan..
    
* Rasisme Ideologi
      Amalan rasisme yang disokong oleh justifikasi bersistem. Contohnya, kaum A menganggap dirinya lebih unggul kerana mereka adalah daripada keturunan dewa B..   
 
* Rasisme Berbalik
      Amalan rasisme yang tercetus sebagai reaksi kepada rasisme. Contohnya, kaum A memandang rendah kepada kaum B kerana kaum B memandang rendah kepada kaum A..


Di negara kita, Malaysia isu perkauman sering berbangkit. Oleh kerana kaum-kaum di negara ini menjalani kehidupan mereka secara berasingan yang bermula dari sekolah yang berasingan kemudian bekerja di lapangan yang berasingan maka sukar bagi mereka untuk bergaul dan berkawan rapat antara satu kaum dengan kaum yang lain. Tidak hairanlah apabila mereka hendak membentuk persatuan, membuat apa-apa rancangan, hendak menjalankan perniagaan termasuk juga hendak menubuhkan parti politik atau untuk masuk parti politik, mereka akan mencari rakan-rakan kenalan mereka sahaja..
 
Selagi kita semua tidak mahu menggalakkan anak-anak kita bergaul dan berkawan rapat maka selagi itulah kita tidak dapat melihat satu badan, syarikat, pertubuhan yang betul-betul mewakili komposisi rakyat Malaysia. Peluang yang terbaik untuk anak-anak kita dapat berkawan dan bergaul ialah dengan mengumpulkan mereka di sekolah yang sama.  Seharusnya usaha kerajaan untuk menggalakkan anak-anak tidak kira kaum belajar di sekolah yang sama perlu mendapat sokongan dari semua pihak demi keutuhan perpaduan bangsa pada masa depan..
 
Oleh tu, marilah sama-sama kita bersatu hati dalam memakmurkan negara tanpa sebarang isu perkauman yang boleh menjejaskan keharmonian negara kita, Malaysia. Generasi muda perlu mengambil iktibar dari kisah lalu agar ia tidak berulang kembali. Apa yang dimaksudkan ialah, peristiwa 13 Mei tahun 1969. Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan manakala 211 kenderaan musnah. Tapi ramai telah menganggar ramai lagi dibunuh. Sebuah thesis daripada Universiti California menganggar seramai 20,000 orang hilang nyawa dalam peristiwa 13 Mei..
 
Statistik tidak rasmi jumlah kematian:

    * Melayu  : 86 orang
        * Cina : 342 orang
     * Lain-lain  : 3 orang

Generasi sekarang harus sedar dan bersyukur dalam menikmati keamanan dan kemakmuran yang kekal sehingga kini tanpa membangkitkan isu perkauman. Harus diingat, api perkauman mampu memusnahkan keamanan dan kemakmuran dalam sekelip mata. Toleransi dan semangat perpaduan harus disemai seusia kecil agar sebati dengan cara hidup yang akan mencetuskan keindahan kehidupan dalam masyarakat..
 
 
Say No To Racisme!!



No comments:

Post a Comment