You Follow Me, I Follow You

Saturday, January 15, 2011

diam sejenak, renung ke hadapan.

Sitting in an empty room
Trying to forget the past
This was never meant to last,
I wish it wasn't so..


 Kekecewaan yang lepas biarkan berlalu. Kesilapan diri sendiri sudah di akui dan diterjemahkan dalam bentuk penyesalan yang tak sudah. Lumrah hidup, siang tidak berpanjangan silih berganti malam.
Sekelip mata, semuanya berubah dan ianya takkan kembali kepada sediakala.

Sebenarnya semuanya berada pada luar jangkaan kita. Oleh itu, persiapan mental dan fizikal diperlukan bagi menghadapi saat-saat kritikal sebegini. Andai kata, berlaku kematian di kalangan keluarga, saudara mahupun sahabat, semua itu berlaku di luar jangkaan kita dan ianya berlaku sekelip mata.

Ini semua bakal mengusik perasaan tapi kita perlu segera sedar dan bingkas keluar dari kesedihan supaya memikirkan keadaan diri kita untuk menjalankan tanggungjawab sebagai hamba-Nya. Di sebalik ketentuan dari yang Esa pasti ada hikmahnya. Ia mendekatkan kita dengan Maha Pencipta.

Kita diam sejenak dan renung ke hadapan, hari ini bukanlah noktah kepada hari esok. Yakin pada diri, yakin pada janji Tuhan yang tak pernah mungkir. Ubati kekecewaan di hati dengan mendekatkan diri kepada yang Esa: aku dekat, kau dekat.

Cinta kepada Allah adalah cinta yang kekal abadi dan tidak akan mengecewakan setiap insan, manakala janji Allah adalah janji yang akan tertunai dan tak akan dimungkiri-Nya. Subhanallah, maha suci Allah.

Bangun dan mulakan hidup baru tanpa menoleh ke belakang. Kembali bersemangat mengejar duniawi sebagai titian ke ukhrawi. Insyaallah, diam sejenak, renung ke hadapan dan cari titik perubahan. Setiap manusia tak pernah lari dari kesilapan, bila terjatuh bangun kembali dan ingatlah bahawa kita perlu berhati-hati agar tidak jatuh buat kali kedua dan seterusnya..

Perubahan, dan berubah..

No comments:

Post a Comment