Sebelum menamatkan tingkatan 6, mengikuti jadual pembelajaran buat aku rasa bosan dan mau segera tamatkan sesi persekolahan. Dalam kotak fikiran selalu terfikirkan bila nak cuti sekolah. Anak mata sering kali menjeling ke arah jam, mengira detik dan saat untuk pulang ke rumah. Itu dulu, zaman pemberontakan jiwa muda ketika di bangku sekolah yang mahu cepat-cepat habis zaman persekolahan. Sebenarnya, zaman persekolahan merupakan zaman yang sangat bahagia, hebat dan paling gempak! Sapa setuju dengan statement aku sila angkat keyboard? hahaha..
Yup, memang best zaman sekolah. Kalau diimbas kembali saat berhingus dulu masa darjah 1 sampai ke darjah 6 memang akan buat kita tergelak, tersenyum dan ter ter lagi. Waktu macam nie la enjoy sampai habis comot baju sekolah. Kenakalan waktu nie memang terserlah, main kejar mengejar, menulis surat cinta, bergaduh ala budak-budak dan banyak lagi. Selepas saja habis UPSR, mula la rasa sedih nak tinggal rakan-rakan sepermainan, sekelas dan sekutu. Mula hidup baru, suasana baru di alam sekolah menengah..
Jika sekolah rendah dulu nakal, tak semestinya nakal tu di bawa sampai ke alam sekolah menengah. hehe. Tapi ada juga masa sekolah rendah tak nakal, bila di sekolah menengah dia mula belajar jadi nakal. Zaman sekolah menengah lagi la pening kepala mak bapak memikirkan perangai anak-anak. Jika dulu baik pijak semut pun tak mati, sekarang pijak gajah pun boleh mati..hahaha
Ya la, di waktu sekolah menengah la yang akan menggilap hala tuju kita. Kalau asyik main-main macam di bangku sekolah rendah, kita boleh bayangkan masa depan kelak. Aku dulu pun nakal jugak, tapi bila syukur ada kesedaran diri dan aku boleh buktikan aku tak la seteruk yang pernah dilabel orang. Aku bangga!
Sekarang, zaman kegemilangan tu terpaksa ditinggalkan buat selama-lamanya. Hanya tinggal kenangan apabila duduk termenung sorang-sorang mengingat kembali kisah di zaman persekolahan kemudian gelak terbahak-bahak sorang diri.. Masa nie lah akal singkat berfikir kalau la boleh daftar sebagai pelajar tingkatan 7 alangkah bestnya. hahaha
Hakikatnya sekarang, semua tu kita dah tinggalkan untuk maju ke hadapan. Pesanan ikhlas buat adik-adik yang di bangku sekolah, habiskan waktu persekolahan dengan sebaiknya kerana masa tak akan berundur kembali. Sesungguhnya, zaman persekolahan merupakan tempoh masa yang paling manis dalam hidup kita.
Di waktu dan ketika nie lah ada banyak kenangan kenakalan, cinta monyet, ponteng kelas dan sebagainya. Huhu, aku rindu semua tu, tapi apakan daya.. Masa tak akan kembali ke belakang.
Rindu sangat2 zaman sekolah.. Semoga memori sepanjang zaman persekolahan sentiasa lekat dalam kepala kita dan tidak akan sekali kali dilupakan..
No comments:
Post a Comment