You Follow Me, I Follow You

Sunday, January 16, 2011

Untuk suami isteri

Untuk suami.. renungkanlah
Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia.
Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah
tidaklah setaqwa Aisyah
pun tidak setabah Fatimah
Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi
solehah..

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya
Isteri ladang tanaman kamu pemagarnya
Isteri kiasan ternakan kamu gembalanya
Isteri adalah murid kamu mursyidnya
Isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya
Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya..
Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya..
Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya

Pernikahan atau perkawinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt
kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana
Justeru kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Rasulullah saw
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh.. amin
 
Untuk isteri pula.. renungkanlah
Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia
Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad saw
Tidaklah setaqwa Ibrahim
Pun tidak setabah Ayyub
atau pun Segagah Musa
apalagi setampan Yusuf
Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang
punya cita-cita membangun keturunan yang soleh..

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban
bersama Suami menjadi pelindung kamu penghuninya
Suami adalah nahkoda kapal kamu pengemudinya
Suami bagaikan pelakon yang nakal kamu adalah penonton kenakalannya
Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya
Seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya
Seandainya suami bengis lagi lancang sabarlah memperingatkannya
Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan
kita perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt
Kerana memiliki suami yang tak segagah mana
Justeru kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga
Pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah.. amin

Justeru itu wahai para suami dan isteri
jangan menuntut terlalu tinggi
seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya
Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah 

andai diri tidak semulia Rasulullah
Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof 

seandainya kasih tak setulus Zulaikha
Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis 

andai diri tidak sehebat Sulaiman
DAN Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim 

andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah..

2 comments: