You Follow Me, I Follow You

Thursday, January 13, 2011

Kami sentiasa berbakti..

 
 

Kerinduan di alam persekolahan sedikit terubat pabila diundang oleh pihak sekolah bagi membantu guru penyelaras orientasi pelajar bagi tahun 2011. Sekalung penghargaan terima kasih kepada Tuan Hj Jamil, guru kaunselor sekolah yang sudi menjemput kami sebagai fasilitator. Rasa cinta kami kepada sekolah membuatkan kami (fasilitator) sentiasa ingin menabur bakti kepada sekolah.
Minggu orientasi 2011 dimulakan dengan orientasi pelajar tingkatan satu. Ini adalah suatu pengalaman yang berharga bagi kami, dan tidak mungkin dapat kami lupakan. Kerjasama yang diberikan oleh adik-adik amat kami hargai tanpa sebarang kerenah yang buruk. Adik-adik memang yang terbaek!!


 

Sepanjang seminggu orientasi bersama adik-adik tingkatan satu 2011, pelbagai aktiviti yang telah kita lakukan bersama. Tidak dapat dinafikan, terdapat banyak kelemahan dari kami (fasilitator) kerana kurang pengalaman dan kurang persediaan. Segala kesulitan yang dihadapi kami mohon maaf.. 

 



Seterusnya 10 hingga 11 Januari merupakan minggu orientasi pelajar tingkatan empat. Syukur, segalanya berjalan dengan lancar dan majlis perasmian penutup di sempurnakan oleh tuan  pengetua, Tuan Hj Halim bin Mansor. Di akhir majlis, acara penyampaian sijil dan cenderamata kepada fasilitator menandakan khidmat bakti kami berakhir namun tidak terhenti di situ. Kami akan sentiasa menabur bakti kepada sekolah kami tercinta, Sekolah Menengah Kebangsaan Arau.

 


Terima kasih kepada pihak sekolah, guru-guru tersayang, adik-adik yang dikasihi dan juga kepada rakan-rakan fasilitator yang membantu bagi menjayakan minggu orientasi 2011..

No comments:

Post a Comment