You Follow Me, I Follow You

Monday, August 31, 2009

ღBack To Sekolahღ


Setelah seminggu bercuti, kini tibalah masa untuk kembali ke sekolah.. Mungkin agak keberatan untuk melangkah ke sekolah kerana terpaksa bangun lebih awal, serta menjalani waktu pengajian dan pembelajaran yang membosankan.. Namun begitu, kita hendaklah kembali merenung serta mengingati tentang kepentingan ilmu kepada kita..

Sejarah telah membuktikan bahawa kemajuan sesuatu bangsa di dunia ini berkait rapat dengan kemajuan dan perkembangan ilmu pengetahuan yang terdapat pada sesuatu bangsa.. Ini kerana ilmu akan mengangkat darjat seseorang atau sesuatu bangsa itu ke arah kemuliaan dan kebahagiaan hiudp di dunia dan di akhirat.. Kepentingan ilmu ini telah diakui sendiri oleh Rasulallah s.a.w melalui wahyu dan ilham yang disampaikan kepada baginda yang mana ilmu sangat penting untuk kemajuan sesuatu bangsa..

Ia juga terbukti dari ajaran Islam yang telah mengangkat begitu tinggi darjat ilmu.. Dengan ilmu pengetahuan akan membawa manusia ke arah kebahagian hidup di dunia dan di akhirat, memberikan kekuatan ketika dalam kesusahan dan ketika berhadapan dengan musuh.. Ilmu agama atau ilmu yang terdapat dalam al-Quran dan Al-sunnah akan menjadi benteng yang dapat mencegah seseorang itu dari melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh syariat, dapat menolak kejahilan dan kebodohan sama ada dalam perkara agama atau dalam mengejar kebendaan duniawi.. Pelbagai jenis ilmu yang dituntut seperti ilmu kejuruteraan, ilmu kedoktoran, ilmu pertanian dan sebagainya yang dapat membantu kemaslahatan hidup manusia di dunia.. Orang yang berilmu dapat mendekatkan didrinya dengan Allah kerana ilmu merupakan jalan menuju kebahagian di akhirat.. Di antara kepentingan-kepentingan ilmu dapat dijelaskan di sini ialah :

  • Ilmu dapat membentuk keperibadian yang baik dan menjadikan seseorang itu bertaqwa dan cintakan Allah s.w.t dan RasulNya. Firman Allah dalam al-Quran yang bermaksud : " Sesungguhnya yang takutkan Allah daripada hambanya ialah ornag-orang yang berilmu" (al-Fathur:ayat 28)
  • Ilmu dapat meninggikan dan membezakan taraf dikalangan manusia. Firman Allah yang bermaksud : " Katakanlah adakah sama orang-orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Sesungguhnya mereka yang mendapat peringatan dan petunjuk hanyalah di kalangan hambanya yang berilmu dan bijaksana"(al-Zumar: ayat 9)
  • Ilmu dapat mengangkat darjat seseorang kepada darjat yang tinggi di sisi Allah dan masyarakat. Firman Allah yang bermaksud : "Allah mengangkat beberapa darjat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan" (al-Mujadalah : 11 )
  • Dengan ilmu manusia dapat menjalankan tugas ibadah (sama ada ibadah umum atau ibadah khusus) dan dapat melaksanakan peranan sebagai khlifah Allah di muka bumi..
Islam amat menggalakkan umatnya menuntut pengetahuan walau dengan apa jua cara dan keadaan sekalipun.. Tiada satu agama atau ajaran di dunia ini sejak dahulu hingga sekarang yang dapat menandingi Islam dari segi pengutamaan ilmu pengentahuan.. Hal ini dapat dibuktikan apabila wahyu pertama yang diturunkan kepada Rasullah s.a.w yang menitikberatkan ilmu pengetahuan.. Firman Allah dalam surah al-Alaq ayat 1 - 5 yang bermaksud :

" Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menciptakan (sekelian makhluk).. Ia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah.. Bacalah dan Tuhanmu amat pemurah.. Yang mengajarkan (menulis) dengan pena.. Yang mengajarkan kepada manusia apa-apa yang tiada diketahuinya"..

Kesimpulan dari ayat tersebut :

  • Allah s.w.t menyuruh manusia membaca yang membawa proses pengenalan, pengamatan, pengingatan dan pemikiran (ransangan akal)..
  • Allah s.w.t memerintah manusia supaya berfikir tentang kejadian alam yang mana segala tanda-tanda yang ada pada kejadian alam adalah sumber ilmu pengetahuan..

Ilmu pengetahuan dikatikan dengan Islam kerana Islam adalah agama yang mementingkan ilmu pengetahuan malah Islam mewajibkan supaya umatnya menuntut ilmu..

Antara dalil-dalil yang menekankan kewajipan menuntut ilmu :

  1. Sabda Rasulallah s.a.w yang bermaksud " menuntut ilmu menjadi kewajipan ke atas setiap umat Islam"
  2. sabda Rasulallah s.a.w yang bermaksud " Tuntutlah ilmu dari dalam buaian hingga ke liang lahad"
  3. sabda Rasulallah s.a.w yang bermaksud " Tuntutlah ilmu walau sampai ke negeri China"


Ilmu pengetahuan juga dikaitkan dengan ibadah kerana menuntut ilmu merupakan ibadah yang diber ganjaran oleh Allah s.w.t.. Banyak dalil dari al-Quran dan hadith yang menceritakan tentang kelebihan menuntut ilmu antaranya :-

  • Firman Allah yang bermaksud : " Barangsiapa yang memudahkan satu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah mudahkannya satu jalan menuju ke Syurga"..
  • Sabda Rasullalah yang bermaksud : " Ilmu itu ibarat gudang dan anak kuncinya adalah pertanyaan, dari itu bertanyalah! sesungguhnya setiap kali ada yang bertanya, ada 4 golongan yang diberi pahala iaitu : yang bertanya, yang ditanya, yang mendengar dan yang mengintai mereka."
  • Sabda Rasullah yang bermaksud : " Sekiranya anda keluar ada waktu pagi untuk memepelajari satu bab dari ilmu adalah lebih baik daripada anada solat 100 rakaat."
  • Firman Allah yang bermaksud :" Diangkat oleh Allah orang yang beriman daripada kamu dan orang-orang yang berilmu dengan beberapa darjat."

.:Selamat kembali ke sekolah:.

1 comment: