Ungkapan itu salah!  Jangan  menegakkan benang yang lencun basah ditimpa hujan.
 
Kerana kubur masing-masinglah saudara seislam kita yang lain mengambil berat tentang diri kita kerana mereka melaksanakan kewajipan yang Allah tetapkan ke atas semua Umat Islam iaitu mesti menyampaikan nasihat dan dakwah dalam apa pun keadaan dan bentukar.
 Kerana kubur masing-masinglah saudara seislam kita yang lain mengambil berat tentang diri kita kerana mereka melaksanakan kewajipan yang Allah tetapkan ke atas semua Umat Islam iaitu mesti menyampaikan nasihat dan dakwah dalam apa pun keadaan dan bentukar.
Kerana kubur masing-masing jugalah mereka menasihatkan kita supaya  Islam itu tidak dipandang hina oleh orang lain.
 Kerana kubur masing-masinglah mereka menegur kesalahan  kita tadi   kerana mereka yakin tentang gambaran pada Hari Pembalasan. Ketika semua  manusia akan dihitung amalannya dan dipersoal  apa yang telah dilakukan  ketika hayatnya di dunia.
 Waktu itu kita akan saling tuding menuding ke arah orang lain  semata-mata takut dicampakkan ke dalam Neraka . Jadi daripada mereka  akan dipersalah nanti , sepatutnyalah mereka menegur dan memberi  peringatan agar tudingan itu nanti tidak terbeban keatas mereka kerana  mereka telah menjalankan kewajipan tersebut.
 Ingatlah dan jangan lupa , memang kubur masing-masing tetapi mengajak  manusia ke jalan kebaikan adalah ajaran Islam.  Ilmu Allah tidak  terpilih-pilih dan semua makhluk beragama Islam harus patuh pada seruan  agamaNya.
 Di dalam al-Quran Surat Al-Anfaal  Ayat 25 mengatakan:
Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang  membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang  zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara  umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya.
Saya pernah mendengar satu ceramah yang dipetik dari sebuah hadits yang menyebut bala Allah itu tertunda apabila ada  salah satu diantara 3 perkara ini,
 Yang pertama :  selagi masih ada bayi-bayi yang menyusu pada ibunya. Jadi jangan takut beranak ramai-ramai  dan menyusu sendiri anak-anak  kita. 
Yang kedua : Selagi ada binatang-binatang yang memakan rumput (makanan)
Yang kedua : Selagi ada binatang-binatang yang memakan rumput (makanan)
Yang ketiga : selagi ada yang bangun malam sembahyang tahajud
Siapa lagi yang berani nak cakap “buat apa kau sibuk, kubur masing-masing” sedangkan kubur kita pun orang lain yang gali. Ok, dah kalau kubur masing masing,nanti bila hang mati, hang jangan panggil orang la suruh tanam, lepas hang mati, hang gali sendiri kubur,then hang tanam sendiri mayat hang pastu baca talkin sendiri. Apa macam?

 
 
 
No comments:
Post a Comment