You Follow Me, I Follow You

Tuesday, March 15, 2011

Cinta Ibarat Matematik


Cinta itu ibarat Add Math (Matematik Tambahan). Soalan pertama pasti sangat mudah untuk di jawab. kesilapan pada soalan pertama akan buat anda menyesal. kerana sebegitu senang untuk anda mendapatkan markah tapi anda sia-siakan begitu sahaja. pada permulaan bercinta semuanya indah. anda mampu berkata dan berjanji apa sahaja kepada si dia. ibarat anda mampu pejam mata untuk jawab soalan pertama, kedua dan ketiga. anda menyesal jika anda gagal menjawab dan mendapat markah sebaiknya untuk 3 soalan pertama. begitu anda menyesal jika anda tidak betul-betul merasai saat cinta menerjah ke dalam hati anda. seindah permulaan cinta anda, ibarat indahnya menjawab soalan yang senang tanpa perlu memerah otak

Cinta itu ibarat Add Math. setelah selesai dengan soalan yang mudah anda akan diuji dan mengoyahkan pemahaman anda dengan beberapa soalan yang mungkin anda langsung tak boleh jawab padahal soalan itu pusing sikit saja dari pemahaman anda mengenai Add. Math. ibarat pergaduhan pertama dalam bercinta. anda mungkin akan gagal, sekadar lepas atau berjaya. kadang kala pergaduhan pertama akan memberi kesan kepada pergaduhan seterusnya. ibarat kau pening, dan berputus asa untuk menjawab soalan add math setelah 3 soalan pertama yang senang. kau banyak buang masa di situ. tak pun kau tinggalkan terus soalan tersebut. anda mungkin tak cukup masa untuk menghabiskan semua soalan atau anda banyak kehilangan markah. kesannya bukan sahaja di soalan tersebut. ia memberi kesan kepada soalan yang lain. jika anda bertindak dengan cara yang salah untuk memperbetulkan pergaduhan pertama anda, ia mungkin akan memberi kesan kepada pergaduhan seterusnya.

Cinta itu ibarat Add Math. bila anda berjaya menyelesaikan 1 soalan. bertapa bangganya anda terhadap diri sendiri. bertapa indahnya dunia ini. dan anda akan begitu teruja ingin menjawab soalan seterusnya walaupun anda tahu risiko untuk menjawab soalan seterusnya. pasti soalan seterusnya akan lebih mencabar dan mungkin anda tidak mampu untuk menjawabnya. ibarat anda dah berjaya memenangi hati si dia atau konflik kau dan si dia sudah selesai. hari-hari kau kembali indah dan lebih ceria. walaupun kau tahu, risiko dia di rampas orang, tidak lagi mencintai anda mahupun pergaduhan bakal berlaku lagi. anda cuma tak ambil peduli. anda ingin saja teruskan bersamanya.

Cinta itu ibarat Add Math. begitu susah untuk anda capai target. inikan nak dapat A, dapat B pun dah bersyukur. ada yang sudah bersyukur asalkan tak gagal. tapi jika anda betul-betul berusaha untuk subjek ini. malam-malam tak tidur, hari-hari dalam kepala ingat Add. Math tapi apabila dapat balik kertas peperiksaan, apa yang anda dapat tiada langsung peningkatan dari ujian yang lepas. malah lebih teruk. malah anda gagal. kau kecewa sangat, tak sanggup nak tengok kertas soalan sendiri. ibarat kau putus cinta. kau dah letak harapan dan telah kau susun masa depan bersamanya. semua seakan berjalan lancar seperti yang di rancang. tapi kau tak di takdirkan bersama. kau harus terima dia bukan untuk kau. kau harus terima peperiksaan kali ini, grade A bukan untuk kau. usaha lebih lagi. jangan putus asa. satu hari Allah akan bagi kejayaan setimpal dengan usaha kau. satu hari Allah akan utuskan gadis setimpal dan sesuai dengan kau.

No comments:

Post a Comment