You Follow Me, I Follow You

Friday, March 25, 2011

Sepuluh Siri Kartun Popular Zaman Aku Dulu

Kali ni aku telah senaraikan 10 kartun yang popular masa zaman aku dulu. Biasa la masa kecik-kecik dulu, aku dan kartun tak dapat nak dipisahkan. Sebenarnya tengok kartun ni best, sambil merangsang minda berfikir luar dari kotak fikiran. Dalam kartun juga ada moral value yang tersendiri yang boleh diambil teladan contohnya semangat kerja berpasukan.

Kartun zaman sekarang jauh bezanya dengan kartun zaman sebelumnya. Teknologi canggih zaman sekarang mampu menghasilkan grafik yang lebih kreatif dan kesan visual memaksimumkan kepuasan penonton. Tetapi, kartun-kartun lama ni masih lagi orang ingin melihatnya kerana mempunyai sentimen retro yang mengingatkan kembali kita kepada zaman kanak-kanak.

Kartun-Kartun lama ni ada lagi yang ‘hidup’ dengan pembaharuan dari segi jalan cerita, dan ada juga yang difilemkan contohnya Transformers. Okey mari kita imbas kembali kartun popular pada zaman aku iaitu era 90 an. Di sini aku sertakan lagu tema kartun-kartun yang pernah popular suatu masa dulu yang di petik dari laman YouTube..

1.Scooby Doo

2.The Flintstones

3.Pink Panther

4.Ghostbusters

5.Spiderman cartoon

6.Popeye

7.Jetman

8.Dragon Ball

9.Transformers

10.Sailor moon

Semoga terhibur. Kalau nak tau lebih lanjut berkenaan dengan kartun-kartun ni, tanya la mr.google atau puan yahoo. Sepuluh kartun ni memang terbaik masa aku kecik-kecik dulu. Bila tengok semula siri kartun ni, teringat nostalgia di waktu kanak-kanak dulu. Indahnya zaman kanak-kanak dulu dan kalau boleh nak ke masa lampau hehe. Sekian :)

No comments:

Post a Comment