You Follow Me, I Follow You

Wednesday, March 16, 2011

Condolences to Japanese citizens


Dunia dikejutkan dengan berita gempa bumi berskala 8.9 richter  yang mengakibatkan gelombang tsunami di Jepun yang menyebabkan kemusnahan besar.Gempa bumi yang berlaku di Jepun merupakan yang kelima terbesar dalam sejarah gempa bumi sejak 1900.

Tsunami terdiri dari rangkaian gelombang yang dikenali sebagai ‘wave train’, dan ianya bukan gelombang tunggal. Jarak antara ‘wave train’ ini boleh mencapai sehingga 100 kilometer bagi setiap gelombang atau lebih kurang berjarak dalam tempoh sejam.

Gelombang Tsunami boleh merentasi lautan tanpa kehilangan kadar kelajuan secara drastik. Sebagai rekod, gelombang Tsunami di Lautan Hindi berkemampuan bergerak sejauh 3,000 batu (kira-kira 5,000 kilometer) sehingga ke Afrika dan cukup untuk mengakibatkan kematian serta kemusnahan harta benda dengan dahsyatnya.

Jepun adalah negara yang paling banyak diancam dengan bencana alam di dunia dan telah berusaha berdekad-dekad untuk membangunkan pelbagai strategi untuk menghadapi pelbagai mara bahaya termasuklah gempa bumi dan Tsunami. Negara ini digelar sebagai the state of the art in readiness for earthquake and tsunami disasters. Selain itu, Negara Jepun juga merupakan negara yang terletak di dalam kawasan Lingkaran Api Pasifik.

Namun begitu, Jepun banyak belajar dari kesilapan bencana Kobe 1995. Mereka sentiasa bersedia. Itu sebab, bangunan di Tokyo dibina mengikut standard eartquake. Dikatakan ada sebilangan bangunan Tokyo Metropolitan tu boleh bergoyang dengan kecondongan 45%.

Berikut ialah senarai gempa bumi terkuat di dunia yang direkodkan semenjak tahun 1900 oleh U.S. Geological Survey:
1.Chile (1960) – 9.5
2. Alaska, U.S. (1964) – 9.2
3. Sumatra, Indonesia (2004) – 9.1
4. Kamchatka, Russia (1952) – 9.0
5. Honshu, Japan (2011) – 8.9
6. Maule, Chile (2010) – 8.8

Berikut merupakan kejadian tsunami utama dalam sejarah:
•   2011: Gempa bumi berukuran 8.9 di Utara Jepun
•   2004: Gempa bumi di Lautan India menyebabkan tsunami melanda banyak negara dan mengorbankan lebih 150,000 orang.
•   1998: Gempa bumi berukuran 7.0 di perairan Papua New Guinea menghasilkan ombak setinggi 10 m, dan membunuh lebih 6,000 orang.
•   1976: Tsunami yang melanda Filipina mengorbankan lebih 5,000 orang.
•   1960: Gempa bumi paling besar dalam sejarah (berukuran 9.5) di selatan perairan Chile menghasilkan tsunami di Lautan Pasifik dan membunuh lebih 3,000 orang di Chile dan Hawaii.
•   1946: Gempa bumi berukuran 7.8 berhampiran Alaska, Amerika Syarikat menghasilkan ombak besar setinggi 35 m, dan membunuh sebanyak 165 orang.
•   1883: Letupan gunung berapi Krakatoa di Selat Sunda menghasilkan tsunami setinggi 35 m, dan mengorbankan 36,000 orang.
•   1755: Tsunami menghancurkan Lisbon, Portugal dan mengorbankan kira-kira 60,000 orang.
  
Satu masalah demi satu masalah berlaku di Jepun. Krisis nuklear Jepun yang disifatkan sebagai paling serius di dunia sejak malapetaka Chernobyl di Ukraine pada 1986, semakin meruncing hari ini apabila paras radiasi didapati meningkat ke tahap membahayakan kesihatan di sekitar sebuah loji nuklear setelah beberapa reaktornya meletup dalam tempoh empat hari lalu selepas berlaku gempa bumi Jumaat lepas. Pakar-pakar nuklear mereka yang bertaraf dunia tidak mampu untuk menyekat bahan radioaktif terlepas "secara terus" ke atmosfera daripada tapak reaktor nuklear dengan kadar dos sehingga 400 milisievert sejam seperti dilaporkan di loji tenaga nuklear Fukushima. Menurut Persatuan Nuklear Sedunia, pendedahan terhadap dos melebihi 100 milisievert setahun adalah tahap yang boleh menyebabkan barah, inikan pula 400 milisievert!

Pihak berkuasa keselamatan nuklear Perancis berkata, insiden letupan ke atas sebuah loji nuklear di Jepun dikelaskan pada tahap 5 atau tahap 6 mengikut skala antarabangsa dan dianggap berada pada tahap bahaya.
Tahap keselamatan dalam insiden letupan di loji tenaga nuklear di Fukushima itu boleh disamakan dengan tahap keselamatan dalam kejadian kebocoran di loji tenaga nuklear di Three Mile Island di Amerika Syarikat pada 1979.

Sudah jatuh, ditimpa tangga. Hari ini Negara Jepun dilanda salji tebal yang boleh menyukarkan kerja-kerja menyelamatkan mangsa-mangsa. Salji turun dengan lebatnya di beberapa kawasan di sekitar Jepun dan kebanyakannya adalah kawasan yang di landa Tsunami. Dengan suhu yang telah jatuh di bawah paras 0 darjah Celcius dan ditambah pula dengan ketiadaan peralatan yang lengkap pada musim salji mungkin membantutkan usaha menyelamat mangsa yang tertimbus di bawah runtuhan.

Salam Takziah dari aku dan seluruh rakyat Malaysia buat rakyat Jepun, semoga tabah menghadapi dugaan. Sebagai rakyat dunia, kita perlu menghulurkan bantuan samaada dari segi moral atau wang ringgit. Sifat tidak kebertanggungjawab rakyat dunia khususnya rakyat Malaysia yang lantang mengkritik dan mempersendakan kesusahan yang dialami oleh rakyat Jepun merupakan suatu tindakan yang BODOH! dan biadap! Dan peringatan juga buat pemimpin Malaysia, pembinaan loji nuklear akan menggadaikan nyawa generasi akan datang kerana keburukan lebih banyak dari kebaikan. Bebaskan Malaysia dari pencemaran radioaktif!

Gambar-gambar sekitar bencana yang melanda Jepun:













No comments:

Post a Comment