#1 Mengungkapkan magic word ‘I love you‘ masa tengah gaduh atau dia tengah marah. Ada kebenarannya. Bayangkan kalau si lelaki ada buat salah atau ada salah mana-mana lepas tu cakap ‘I love you’ mesti dia balas balik, ‘Kalau u sayang, kenapa u buat macam ni? bla.. bla.. bla.. ‘ Jadi kalau nak play safe, elok sangatlah pihak lelaki ni bersabar sikit time perempuan tengah panas. Diamkan je, biar dia habis membebel, biar dia menang. Ya kan je apa yang dia cakap, lebih-lebih lagi kalau dapat perempuan jenis yang kuat merajuk ni. Dia dah habis cakap, dah diam kejap baru tegur balik. Make up for your mistakes atau kalau dah kahwin boleh make out terus kan. hehehe.. Apa-apa pun dalam relationship, masa tengah gaduh api tak boleh dibalas api. Kena kasi air baru padam.
#2 Perempuan ni dia suka minta pendapat lelaki dia dalam apa-apa decision making process yang dia rasa sesuai untuk dibincangkan. Betul. Ini salah satu sign untuk tahu samada korang berdua ni dah cukup rapat ke belum, atau samada perempuan tu percaya si lelaki ke tak. Kalau dia percaya boleh la proceed to the next step kan. Yang buat perempuan jadi frust adalah bila dia tanya pendapat, lelaki pulak bagi jawapan terserah anda. fuhh.. memang masa tu dia rasa korang lah manusia yang terpaling tak berguna sekali dalam hidup dia. Serius. Kalaupun susah atau benda tu dan korang tak tau langsung, cuba jelah kasi pendapat sebaris dua. Sekurang-kurangnya dia boleh bagi markah sebab mencuba. Lagipun, takkan la perempuan ni nak tanya benda yang memang tak berkaitan langsung untuk dibincangkan. Tak logik la macam tu.
#3 Okey.. yang ni aku kurang pasti sangat. Tapi biasanya perempuan ni akan datang pada lelaki untuk mengadu masalah. Dengar je. Dengar dengan sepenuh perhatian dan jangan buat benda lain. Aku selalu je nampak kaum lelaki ni macam acuh tak acuh je layan girlfriend dia. Kesian pulak tengok. Kadang - kadang tak ada apa sangat pun, diorang nak mengadu je. Itu hak mereka sebagai kekasih|isteri. Jangan diabaikan. Karang ada tempat mengadu yang lain, korang jugak yang susah. Padan muka!
#4 Bila bersama janganlah diam membisu sebab pada perempuan kalau lelaki ni diam je, mesti ada udang di sebalik batu. Diam ubi berisi.. Lepas tu diorang dah tak senang duduk, mula fikir macam - macam. Ada yang terus takde mood, fed up sebab keluar jumpa tunggul kayu. Walaupun korang ni jenis tak reti cakap macam aku, cuba cari sesuatu yang boleh dijadikan topik. Apa-apa sahaja asalkan bersesuaian. Tapi kalau masa first date dah macam takde apa-apa sangat, masing-masing tak boleh nak click, boleh lupakan jelah.
#5 Ni pun aku tak tau sangat, tapi kalau aku play safe je. Dia tanya, ‘How do I look?’ Sila jawab dengan jawapan standard macam, ‘You look good|beautiful’ Always play safe lebih-lebih lagi on the first date. Kalau boleh masa first date tu, terus je puji: ‘Ah.. you look beautiful than I’ve imagined’ hehehe.. dia confirm cair punya.
#6 Tak tau nak komen. hehehe
#7 Ini salah satu pantang larang terbesar dalam relationship. Jangan sesekali puji perempuan lain yang korang nampak depan dia walaupun dia ada tanya, terutamanya perempuan yang korang atau dia kenal. ish.. Kalau dia tanya si X ni ok tak? Just cakap ok. Jangan nak kasi detail apa-apa. Serius. Sila elakkan kesilapan bodoh ini wahai kaum lelaki.
#8 Perempuan ni kalau sampai time emotional dia, ya ampunn.. Ada yang memang emo habis. Tak boleh silap sikit, habis dia gunakan terhadap korang. Bila macam ni satu je, jangan cakap, ‘Apesal you ni emo sangat hari ni?’ Ada perempuan yang jenis ok sikit akan sedar dan dia akan kurangkan buat perangai tu, tapi ada juga yang tak maka terjadilah kes api lawan dengan api. Kalau jadi macam tu, eloklah kasi dia cool down terus. Kurangkan komunikasi.
#9 Lagi satu pantang larang terbesar, jangan sesekali bandingkan dia dengan perempuan lain atau lebih teruk lagi dengan bekas kekasih korang.. Memang dia akan mengamuk atau pun merajuk seminggu dua. Jangan buat. Tapi perempuan ni kadang-kadang suka je nak tau pasal ex korang. Mesti dia akan tanya, aku pun tak faham kenapa. Lelaki ni kalau boleh dah tak nak fikir pasal bekas kekasih dia, tak nak ingat. Jadi kaum perempuan kalau boleh, jangan la tanya kalau dia tak suka dan lelaki kalau diorang nak sangat tau, elakkan bagitau benda detail-detail sangat.
#10 Hal perut berlipat, terlebih lemak atau apa tak perlulah diungkapkan secara terang-terangan. Kecik hati dia nanti. ishh..
No comments:
Post a Comment