Jangan tanya, ungkapkan, atau bisikkan pada seorang lelaki pekara berikut:
1# Jangan tanya kemampuan seorang lelaki sekiranya kita tahu apa yang kita tahu. Jangan nak gatal meriahkan lagi soal jawab dan kecil hati bila tanya dia : "You ni agak-agak boleh tak beli jam Oris, Chopard atau Rolex berlian? Bila-bila you beli ar kat I baby." Kita sebenarnya bergurau kering tetapi yang kering tulah yang bagi sakit hati dan kecik hati gila kat pasangan lelaki ni. Jangan mengada nak sindir atau test power pada orang yang baru belajar menyusur hidup dan mempunyai kewangan yang terhad. Yang baru bertatih untuk berdiri dan mempelajari akan hidup ini.
2# Jangan tanya benda yang terang-terang yang dia tak tahu. Contohnya kalau lelaki ni memang tak tahu langsung bab-bab politik, bab pengetahuan am dan semasa.. Lepas tu janganlah cakap: " I tak suka laa kalau bf I ni akal macam blurr something ajer. Nak bawak jalan pun rasa macam jumpa orang kampung semacam. You ni apasal la study aje memanjang. I jadi malu sebab you tau belajar ajelah." Ini macam tak sampai lima jam, mesti kena tinggal. Dah gatal kutuk semacam tu apasal. Nak cakap boleh, tapi mesti adalah caranya.
3# Jangan tanya tahap belajar dia kalau kita tahu dia belajar tak tinggi. Kalau dia ada SPM, jangan sindir dia bab diploma dan ijazah. Confirm kecik hati.
4# Kalau dah kahwin, jangan sibuk tanya bila dia dapat gaji dan berapa dia dapat bonus setahun. Boring. Betul, nanti dia mulalah nampak muka macam ulat gonggok yang tengah merah nak bergulung. Ingat satu pekara, kalau dia jujur pada kita, adalah rezeki kita. Buat apa nak meriahkan lagi benda-benda yang nak buat punca bergaduh ni. Memang tak ke mana. Dia akan sayang kita sebagai mana adanya kita.
5# Jangan ajak dia kahwin beria-ia kalau kita tahu situasi kewangan dia macam mana. Di buatkan pulak hantaran perempuan dekat 20K ke 50K, lelaki pun nak buat kenduri sebelah dia, tak ke putih mata. Masa ni perempuan jangan keluar ayat power: " I tau you tak sayang I. Kalau macam ni kita break aje laa." Jangan buat kerja gila.
6# Jangan ulang ayat yang dia menyampah banyak kali terutama sejarah dia dengan bekas teman wanita. Pulak tu yang paling bagi nak sakit hati ialah ayat: " Kalau you buat macam ni kat your ex, confirm nanti I pun you tinggal." Penampar Jepun kang..
7# Orang lelaki biasanya ada sejarah diri dan keluarga yang dia kadang kala malu dan sukar untuk perincikan. Lelaki tidak macam perempuan yang lebih terbuka untuk menceritakan tentang kesusahan dan kesedihan. Mereka tidak mahu sedih itu nampak dan ego seorang lelaki amatlah kuat. Peliharalah air muka mereka. Jangan tanya sekiranya dia belum bersedia.
8# Lelaki biasanya mati modal bercakap bila dengan orang yang disayang. Kadang kala faktor ini ialah kerana lelaki biasanya pendiam dan banyak berfikir. Siapa pun dia sekiranya dia teman lelaki, kekasih, tunangan atau suami orang ada ketikanya yang difikirannya ialah hanya mahu memandang dan memegang tangan cinta hatinya. Tidak mahu berbual banyak dan tidak mahu kusut. Jangan desak mengapa, kenapa dan macam-macam lagi soalan yang akan menambahkan kusut itu sendiri.
9# Semua orang mahu senang dan bahagia dalam hidupnya. Ada ketikanya kita tidak dapat apa yang kita inginkan. Doa kita masih belum dimakbul Tuhan. Jadi kita harus akur, itu ialah ketentuan. Contoh seperti untuk beli rumah, kereta baru atau pun untuk menimang cahaya mata. Jangan desak dan salahkan lelaki ini, dia akan rasa tertekan dan tidak tenang. Belajar untuk memahami bahawa setiap doa itu akan jadi milik kita sekiranya itu yang kita akan dapat dariNya. Jadi telinga dan mata pasangan kita. Dengar dan jangan kusutkan dia.
10# Terima lelaki itu seadanya dirinya. Kalau dia gemuk, janganlah tanya kenapa gemuk sangat. Kalau kurus jangan tanya kenapa kering sangat badannya dan kalau susah jangan di tanya mengapa miskin sangat dirinya.
No comments:
Post a Comment