You Follow Me, I Follow You

Wednesday, March 30, 2011

Perlis Banjir Lagi

Salam to all, Hari ni Perlis banjir lagi. Perubahan cuaca yang berlaku menyebabkan berlakunya banjir kilat melanda negeri Perlis buat kali kedua dalam tempoh 4 bulan. Pada awal November tahun lalu Perlis dilanda banjir terburuk yang melibatkan banyak kawasan di sini ditenggelami air.

Rasa kecewa aku dengan pengarah pelajaran Perlis yang lembab sangat nak umumkan cuti sekolah. Dia nak tunggu rumah dia banjir dulu baru nak umum cuti? Air mula naik dari petang kelmarin, dan sehingga semalam air tak surut-surut malah makin naik. Benda macam ni tak patut la sebab menyusahkan ibu bapa.

Empangan Timah Tasoh mula melepaskan air pagi tadi  disebabkan parasnya yang naik berikutan hujan berterusan sejak semalam. Hujan sesekali lebat masih berlaku di Perlis dan ia dijangka berterusan sehingga esok.

Jumlah mangsa banjir di Perlis meningkat apabila 416 mangsa daripada 120 keluarga dipindahkan ke 13 pusat pemindahan banjir sehingga pagi ini.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Negeri, berkata angka itu bertambah berbanding 306 mangsa pada malam tadi. Kawasan yang dilanda banjir termasuk di kawasan Bintong, Sena dan Santan. Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu meninjau kawasan-kawasan banjir sejak semalam dan bertemu mangsa-mangsa di beberapa pusat pemindahan.

Beliau menasihati orang ramai di kawasan banjir supaya mematuhi arahan berpindah berikutan paras air yang meningkat. Sementara itu, data paras air sungai Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menunjukkan Sungai Korok di utara Perlis melepasi paras bahaya dengan ketinggian 29.80 meter sehingga jam 9.15 pagi ini. Paras bahaya sungai itu ialah 29.60 meter.

Korang boleh semak paras sungai utama di Perlis, klik sini InfoBanjir

Maklumat terkini akan menyusul..

1 comment:

  1. ni salah JPS... kalau depa lepas air sikit sikit dari hari Ahad ianya tak akan banjir teruk macam ni... sebab hari sabtu dah hujan dah... dan tak kan lah depa tak dapat laporan jabatan kaji cuaca yg hujan lebat akan melanda... pagi ahad tu saya dok di depan pintu air empangan.. dan ianya belum dibuka lagi dan paras air agak tinggi di Tasoh resort... padahal ikut berita radio jam 5, MADA dah mintak JPS lepas air utk bendang di kawasan beseri tanam padi... tapi beseri bukan kawasan MADA... MADA dah tau hujan lebat nak turun...

    ReplyDelete