You Follow Me, I Follow You

Monday, April 25, 2011

Drama Juvana malam ini..

Sebuah lagi drama baru akan ditayangkan di TV3 bagi menggantikan drama Gemilang yang baru sahaja tamat pada 18 April yang lalu. Drama Juvana akan menemui anda pada malam ini, 25 April ini dan sudah pasti setiap hari Isnin jam 9 malam. Drama Juvana ini dilakonkan oleh Bront Plarae, Izreen Azminda, Zahiril Adzim, Irfan Roslan dan Beto Khusyairy. Lihat barisan pelakon pun boleh tahan, jom layan sinopsis drama Juvana pula.

Sinopsis

JUVANA, sebuah drama bersiri yang akan mengupas sisi hidup pesalah-pesalah juvana. Selain menyelami dunia dan perasaan hati pesalah juvana, JUVANA juga mahu mendidik para penonton supaya mengambil iktibar daripada paparan kisah kehidupan watak-watak siri drama tersebut.

Drama Juvana mempunyai 13 episod semuanya, mengisahkan seorang remaja bernama Daim Yahya yang telah dituduh membunuh ibu dan teman lelaki ibunya. Daim telah dihantar ke sekolah pemulihan akhlak Wira Bakti iaitu sekolah badan bukan kerajaan semasa umurnya 17 tahun. Dalam drama ini Raja lakonan Bront Palare akan menjadi watak warden yang jahat, Raja tidak memperdulikan Daim (Zahiril Adzim) yang dibuli oleh penghuni asrama yang jahat.

Macam menarik bukan drama Juvana ini, tambahan pula ada Bront dan Beto Khusairay. Daim kemudiannya mendapat sinar gembira apabila Cikgu Zakiah lakonan Izreen Azminda ( yang watak jahat dalam Samson Delaila). Cikgu Zakiah ini menjadi baik dalam drama Juvana ini. Dia akan membantu Daim yang lemah dan selalu menjadi mangsa buli rakan-rakan samseng yang ada di sekolah itu.

Itu adalah serba sedikit mengenai drama Juvana yan bakal ditayangkan di TV3 25 April ini, jangan lupa menontonnya jam 9 malam. Sudah pasti drama ini mempunyai nilai-nilai moral yang tinggi dan sesuai untuk tontonan semua lapisan masyarakat.

Selamat menonton..



No comments:

Post a Comment