INNALILAHWAINNALILAHIRAJIUN.. Siapa sangka anak yang di hantar untuk menimba ilmu di sekolah agama berasrama akhirnya jadi begini.. Dengan usia anak yg baru mencecah 7 tahun boleh kata baru sangat nak mengenai alam persekolahan. Kena pulak dengan usia begitu telah di hantar ke sekolah berasrama,terpaksa berpisah dengan ahli keluarga, dah kena hidup berdikari dalam menguruskan kehidupan seharian di alam persekolahan. Jauh beza dengan kanak-kanak yang lain yang mana segalanya di urus oleh ibu bapa masing2 bermula dari bangkit tidur hinggalah masuk ke pintu pagar sekolah.
Mungkin begitu berat untuk adik ini nak berpisah dengan ahli keluarganya akan tetapi demi harapan ahli keluarga terpaksa jua dia tempuhi dengan berat hati. Boleh kata besar juga lah pengorbanan adik ini. Begitu juge besar lah harapan ahli keluarga pada pihak sekolah untuk mendidik, menjaga keselamatan dan menjaga kebajikakan anak2 mereka bila bila berada di sekolah ini.
Namun apa yang di harapkan sebalik nya pulak yang berlaku, sepatutnya pada guru lah tempat untuk mengadu dan tempat untuk meminta bantuan sekira berlaku apa2 perkara yang berlaku di dalam sekolah. Dengar khabar puncanya bermula dengan kejadian kecurian barang, dan arwah mungkin ada kena mengena dengan kejadian tersebut, lalu ia di bawa kepada seorang guru untuk di soal siasat dalam 1 bilik dalam keadaan tangan yg terikat.
Akibat dari soal siasat itu lah arwah ini berkemungkin di belasah dan di lanyak oleh guru yang tak ada perasaan itu,dan meyebabkan arwah ini mengalami kecederaan yang serius dan disah kan meninggal dunia..
Mangsa menghembuskan nafas terakhir selepas mengalami pendarahan dalaman di kepala dan komplikasi jantung akibat kejadian itu yang berlaku di bilik asrama sekolah agama itu, Khamis lepas.
Sampai macam tu sekali cikgu durjana itu melakukan soal siasat hanya pada kes sedemikian dan dengan keadaan umur arwah itu, langsung tak menggunakan akal dan pikiran yang waras. Kalau nak marah sekali pun bukan itu imbuhannya.
Aku doakan moga arwah di tempatkan di dalam kalangan orang-orang yang benar dan juga mendoakan agar guru durjana tersebut akan medapat balasan yang setimpal dengan kelaku bodohnya itu.
Sepatah dua kata dari aku: Amat tak setuju dengan kenyataan YB Rus’ele yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Empat yang membela warden asrama terbabit. “Ustaz yang disabitkan itu adalah seorang ustaz yang sangat baik dan kita percaya perkara tersebut berlaku tanpa disengajakan dan tujuan utama beliau adalah untuk mendidik,” katanya yang dilaporkan oleh Sinar Harian. Mendidik manusia bukan seperti mendidik binatang.
No comments:
Post a Comment