Manusia akan terus berjalan - dan terus berjalan - mengeksplorasi sekelilingnya - demi ruang dan masa - seperti bergeraknya atom mengembang angkasa.
Sempena 50 tahun penerbangan manusia ke angkasa - Yuri Gagarin,eloklah kiranya kita bercerita tentang konsep ruang dan masa - yang terus bergerak laju.
Manusia - sifat lahiriahnya - adalah mengembara.Manusia bergerak dari satu tempat ke satu tempat mencari makanan dan tempat tinggal yang selesa.45,000 tahun yang lalu ketika manusia menemui api - manusia belajar dan terus belajar untuk mengembangkan teknologi.Bermula dengan kayu dan batu untuk memercik api - kini manusia memercik api semudah memetik lighter untuk membakar rokok.
Semua ini tidak berhenti sekadar disitu.Penemuan demi penemuan telah datang sejajar dengan keperluan ruang dan masa,disamping untuk meneruskan survival bangsa manusia Homo Sapiens itu sendiri.45,000 tahun dahulu manusia tidak terfikir untuk sampai ke cahaya-cahaya bintik-bintik kecil di waktu malam kelam,tetapi dengan penemuan demi penemuan - hari ini penuh dengan ribuan satelit di angkasa raya.
Kita - bangsa manusia - baik si kapitalis baik si sosialis, baik yang atheist baik yang beragama - harus berterima kasih kepada Republik Sosialis Soviet ini kerana menjadi entiti pertama yang bergerak untuk mengembangkan fikrah manusia yang selama ini tidak terfikir apatah lagi bermimpi untuk keluar dari lingkungan planet Bumi ini.Hakikat bahawa kemajuan angkasa ini diterokai oleh Republic Sosialis Soviet tidak boleh disangkal lagi.Tanpa negara ini - mustahil kita dapat menonton televisyen,melayari internet ataupun memiliki telefon canggih seperti BlackBerry dan iPhone.
Selama ribuan tahun manusia menyangka matahari mengelilingi bumi - bumi ini rata - dan juga siang dan malam berlaku bila matahari menyorok di balik bukit - dan ada segelintir manusia akan terus cuba mencari makna hakikat diri.Mencari apa kebenaran yang sebenar walaupun segelintir lagi,yang boleh digelar sebagai konservatif - enggan berganjak dengan alasan "selesa dengan pengetahuan yang ada".
Biar saya beritahu satu cerita.Cerita yang saya semasa kecil menjangka Malaysia ini sudah cukup luas untuk saya.Perjalanan jalan lama dari Johor ke Kuala Lumpur melalui denai-denai hutan Semenanjung sudah cukup menakutkan saya.Dan sepanjang saya membesar - proses pengembaraan saya - baik dari segi perjalanan saya mengembara,mahupun pengalaman saya - telah membuatkan saya berfikir apa tujuan saya berada di muka bumi ini.
Paul Gauguin pernah bersabda,"where do we come from,who are we,where are we going" merupakan soalan saya yang sampai sekarang saya tidak boleh jawab.Ini adalah satu soalan yang tak mampu kita jawab.Daripada partikel-partikel halus atom terbentuknya planet-planet dan bintang-bintang - dari yang panas hingga yang sejuk,dari yang bernyawa dan tidak bernyawa - membentuk apa yang kita dapat lihat hari ini.
Siapa kita ini?Mungkin ini satu soalan yang kita sedang cuba menjawab.Jawapan mungkin boleh diberi macam-macam hakikatnya kita manusia masih mencari jawapan.Bukan semua soalan ada jawapan - tetapi kita terus mencari dan terus mencari.
Manusia yang mempunyai akal fikrah yang baik akan ada satu ketakutan - ketakutan untuk tidak tahu apa-apa.Fear of unknown.Seperti kalau kita di satu bilik yang gelap yang tidak bertingkap dan tidak ada cahaya - kita sudah pasti ketakutan kerana kita tidak tahu apa yang ada di luar sana.Apa yang sedang berlaku di luar pengetahuan kita.
Ada dua jenis manusia dalam bumi ini - manusia yang akan terus mencari jawapan,dan manusia yang cuma mengagak dan mahu selesa dengan agakan jawapan itu.Dan sebenarnya - mereka yang mahu selesa dengan agakan jawapan - jauh di sudut hati mereka,mereka takut untuk ditinggalkan dan dilupakan.Oleh itu mereka akan terus menghalang manusia yang mahu mencari jawapan agar terus menerima agakan jawapan mereka.Dan berlaku pertentangan - mereka yang idealis dan mereka yang mahu idealis untuk diam dan menerima agakan jawapan mereka.
Mereka yang mahu memaksa orang lain menerima jawapan mereka selalu takut bahawa suatu hari nanti mereka terbukti salah dengan agakan jawapannya.Lalu mereka mencipta undang-undang untuk menghalang orang lain dari meneroka kebenaran.Kerana itu mereka cuba menguasai fikrah orang dan mahu mereka semua mengikut apa yang mereka agak.
Masa berubah,ruang berubah - tetapi manusia jenis ini terus menghalang orang dari melihat apa yang berlaku dalam bilik gelap itu.Akan ada manusia yang akan dapat keluar - dan mahu mengajak mereka yang lain untuk keluar.
Sebab itu apabila ada yang mahu menyekat internet,mereka yang mahu menyekat BlackBerry atau mereka yang mahu mendakwa golongan yang mempersoalkan autoriti mereka - supaya mereka tidak keseorangan.Mereka enggan kerana mereka sudah selesa dengan autoriti mereka.Tetapi tidak semua yang mahu berada di comfort zone - mereka mahu terus meneroka alam ini.Jika semua manusia mahu lepas bebas dari autoriti mereka - mereka akan tinggal sendirian dan tidak ada siapa yang mahu mendukung autoriti mereka.
Demi masa,sesungguhnya manusia itu adalah dalam kerugian.Tetapi manusia jenis ini tidak mahu mengambil iktibar dari sepotong ayat dalam surah ini.Mereka terus mahu mengongkong dan menyeksa fikrah orang yang mahu lepas bebas.
Dan mengambil semangat keberanian Yuri Gagarin menjadi wakil manusia pertama ke angkasa - eloklah kita membebaskan dan memerdekakan minda kita dari terus terperap dalam bilik gelap tak bertingkap ini.Hapuskan segala keraguan dengan mencari jawapan - bukan sekadar selesa dengan jawapan yang kita tidak cari - kerana sipolan ini kata begini kata begitu.Carilah hakikat kebenaran sendiri - dan ajaklah yang lain untuk bersama.
Salam salute kepada Yuri Gagarin.
Tuesday, April 12, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment