You Follow Me, I Follow You

Sunday, April 3, 2011

Kentut Lembu Punca Global Warming

Dalam menghadapi masalah pemanasan global, sekumpulan saintis di London menemui cara yang lebih mudah untuk mengurangkan masalah tersebut, iaitu membuatkan lembu ternakan kurang kentut dan sendawa.

Kumpulan saintis tersebut berpendapat bahawa menggunakan kaedah penternakan moden seperti mencipta makanan baharu yang boleh mengurangkan haiwan tersebut kentut dan sendawa merupakan antara cara mengurangkan pelepasan gas rumah hijau yang menyumbang pemanasan global. Antara caranya adalah dengan memperkenalkan makanan berasaskan kekacang yang mudah dihadamkan dan mengurangkan pelepasan gas metana ke udara.


Secara purata lembu ternakan mengeluarkan 100 hingga 200 liter gas metana pada setiap hari. Fenomena ini menjadikan perubahan cara makanan sebagai faktor utama dalam usaha mengurangkan pelepasan gas rumah hijau ke atmosfera bumi. Lembu yang kentut dan bersendawa berupaya melakukan 23 kali lebih banyak kerosakan alam sekitar kita berbanding dengan pencemaran kereta.

Sedikit info mengenai kentut manusia:
  • Seorang manusia biasa akan kentut sebanyak 14 kali sehari dan akan menghasilkan 0.5 liter gas kentut setiap hari iaitu bersamaan 2 cups.
  • Kentut juga sejenis gas mudah terbakar!
  • Kelajuan kentut adalah 7mph!
  • Menghasilkan suhu setinggi 98.6F ketika ia terhasil.
  • Anda tidak akan lemas dalam sebuah bilik yang dipenuhi oleh gas kentut anda sendiri.
10 golongan kerap kentut:
  1. Anai-anai
  2. Unta
  3. Zebra
  4. Kambing biri-biri
  5. Lembu
  6. Gajah
  7. Anjing baka labrados retriever
  8. Manusia(vegeterians)
  9. Manusia(bukan vageterians)
  10. Tikus baka Gerbils
p/s: Renung-renungkan dan selamat kentut. kah kah kah..

1 comment:

  1. 'gas' lembu lagi teruk drpd gajah? mmm..
    bagus banyak fakta n3 ni. boleh saye link nanti? tq in advance :-)

    ReplyDelete