You Follow Me, I Follow You

Monday, April 11, 2011

Sistem Pendidikan Islam

Pernahkah kalian terfikir? Negara kita ini sudah lama merdeka. Negara Malaysia di kategorikan sebagai sebuah negara membangun. Banyak tenaga mahir yg telah dilahirkan.Tetapi mengapakah kita masih tidak mampu melahirkan individu-individu seperti al-khindi, al-farabi, dan lain-lain? Kenapakah umat islam hari ini tidak mampu melahirkan produk-produk seperti di zaman Khalifah Turki Uthmaniah? Mengapakah kita tidak mampu membina peradaban seperti di zaman keagungan Islam dahulu? Di manakah silapnya? Adakah kerana kelemahan sistem pendidikan negara?

Saya teringat masa zaman sekolah dulu. Walaupun di sebuah sekolah harian yang pendidikannya sekular, sahabat-sahabat saya masih lagi boleh berfikir tentang Islam. Antara pemikiran yang dilontarkan ialah, "subjek pendidikan islam kita sekarang ni dah macam nak sama je dengan pendidikan moral". Agak tepat juga kata-kata kawan saya tersebut. Mana tidaknya, ada beberapa pelajar India dan Cina mampu belajar subjek pendidikan islam dan mendapat A dalam subjek tersebut sedangkan mereka bukan beragama Islam. Topik dalam subjek itu juga banyak yang bersifat umum. Mata pelajaran PAFA pula, nama sahaja Fardhu Ain, tetapi skop Fardhu Ain itu telah dikecilkan sehingga hanya ibadah khusus seperti solat, wudhuk,dan puasa sahaja yang dapat dilihat. Akhinya, pelajar itu sendiri ramai yang walaupun telah dewasa tetapi masih lagi bergelut dengan persoalan perihal agama yang tidak berkesudahan.

Jika kita masih berharap pada pendidikan kita, maka kita akan dihadapkan pada dua pilihan:
1. Apakah pendidikan kita akan mencetak manusia yang dapat menjadikan bangsa ini menjadi bangsa pemimpin dunia? atau
2. Akan mencetak manusia yang akan menjadikan bangsa ini sebagai bangsa budak, kuli, atau hamba?

Jika memilih pilihan pertama, maka kita harus meninjau format ilmu yang selama ini telah diberikan dalam sistem pendidikan kita. Apabila diteliti dengan lebih mendalam, kita dapati bahawa masih ada yg kurang dalam tingkatan ilmu yg ada dalam pendidikan kita.
Apa yang kurang?
pernahkah anda dengar jurusan kungfu ada peringkat atau tahap yang perlu dicapai? Begitu jugalah sistem pendidikan kita.

Sesungguhnya sistem pendidikan kita hanya mengajarkan ilmu pengetahuan sampai peringkat ke tiga sahaja. Seharusnya pendidikan kita harus mengajarkan ilmu pengetahuan sampai ke peringkat ke enam, dan itulah peringkat yang paling tinggi.

Ilmu peringkat pertama:
Ia merupakan tingkatan keilmuan yang paling dasar. Ilmu yang diberi akan mampu membuat anak didik mengidentifikasi objek yang dapat diindera secara langsung yang dapat diperoleh melalui 4 unsur dalam berfikir:
1. adanya fakta yang diindera
2. adanya pancaindera
3. adanya otak
4. adanya maklumat assabiqah (maklumat sebelumnya)
hasilnya, manusia mengenali apa itu meja, kerusi dan lain-lainnya kerana mempunyai maklumat sebelumnya dan dapat mengindera objek tersebut.

Ilmu peringkat ke-2:
Ilmu yang mengajar kita supaya mampu mengidentifikasi objek yang tidak dapat diindera secara langsung. Ia meliputi:
1. sesuatu yang tersembunyi
2. suatu kejadian di masa lampau
3. meramalkan kejadian di masa depan
Untuk memperoleh ilmu ini, perlulah kita menggunakan metodologi tertentu. Ilmu ini disebut sebagai Pure Science. Contohnya: kimia, biologi, fizik, dll.

Ilmu peringkat ke-3:
Inilah peringkat yang tertinggi dapat dicapai dengan sistem pendidikan yang kita ada sekarang. Di peringkat ini, anak didik mampu memanfaatkan produk pengetahuan yang didapati dari peringkat ke-2. Ia juga disebut sebagai Applied Science iaitu memanfaatkan ilmu peringkat ke-2 dalam bentuk produk atau perkhidmatan. Sebagai contoh, kedoktoran, pertanian, penternakan, kejuruteraan, dll.

kesannya??
Lahirlah manusia 'tukang'atau kuli yang siap untuk dimanfaatkan oleh pemesannya. Manusia itu berkerja membuat sesuatu kerana ada yang memesannya.Pemesan itu sudah pastinyalah penjajah. Mereka mencengkam kukunya di negeri ini namun dengan bentuk penjajahan model baru.

Penjajahan Model Baru:
Penjajah tidak perlu datang menjajah ke negeri kita dengan membawa senjata dan tentera. Cukup sekadar membawa wang Dolar, Euro, dll, untuk membeli segenap kekayaan sumber alam kita. Padahal kita semua tahu bahawa kertas-kertas wang itu tidak ada nilainya sama sekali, kerana ia dicetak tanpa ada logam mulia yang digunakan sebagai penjaminnya. Inilah bentuk penjajahan baru.
Apa ertinya?
Sistem pendidikan kita tidak dapat menghasilkan manusia yang faham dengan apa yang harus dikerjakan. Seramai mana pun pakar, mereka hanyalah sebagai "tukang" yang siap untuk menerima arahan. Sistem seperti ini menyebabkan manusia menjadi bangsa mudah terjajah dan hanya mengikuti agenda dan arahan dari para penjajahnya sahaja.
Maka di sinilah seharusnya kita memilih sistem pendidikan Islam. Adapun sistem pendidikan Islam itu bersambung ke tahap 4 hingga 6.

Ilmu peringkat ke-4:
Mengajak anak didik untuk memikirkan tentang hakikat dan eksistensi dari kehidupan. 3 pertanyaan mendasar yang berkaitan:
1. tujuan hidup (untuk tunduk pada sang Pencipta)
2. asal-usul kita (Kehidupan ini ada Penciptanya)
3. kemana kita selepas kehidupan ini (adanya akhirat)
Sistem yang ideal akan mampu memberi jawapan yang benar. Jika telah mendapat jawapan bererti anak didik sudah mempunyai aqidah.

Ilmu peringkat ke-5:
Merupakan manifestasi dari peringkat ke-4. Ilmu yang terpancar dari aqidah (dari peringkat ke-4) ialah:
1. gambaran jelas tentang pengaturan yang benar terhadap kehidupan manusia di dunia ini
2. Ia meliputi: sistem pemerintahan, ekonomi, sosial, politik, pendidikan, dan hukuman.

Boleh juga ilmu ini disebut sebagai mabda' atau ideologi, atau satu cara hidup. Jika aqidahnya adalah aqidah Islam, maka terpancarlah Mabda Islam. Hasilnya anak didik faham apa yang harus dikerjakan untuk mengelola negeri ini dengan betul sesuai dengan kehendak Islam. Dia akan kebal dari ancaman terjadinya penjajahan. Dia akan mampu mempertahankan, mengembangkan, dan menyebarluaskan mabda Islam yang telah diyakininya.

Ilmu peringkat ke-6:
Peringkat inilah yang paling tinggi. Ilmu ini memberi kemampuan kepada anak didik untuk menyelesaikan segala masalah harian sesuai dengan kehendak Islam iaitu metod ijtihad. Inilah ciri-ciri ideal seorang anak didik yang mampu menggambarkan peraturan kehidupan bermasyarakat dan kemudian turut mampu menyelesaikan segala masalah yang muncul dalam kehidupan masyarakat tersebut dengan melakukan ijtihad.

Manusia yang seperti ini akan menjadi manusia yang sejati dan tidak mudah diperbudakkan oleh kaum penjajah. Dia juga akan mempertahankan kehormatan dan harga diri negerinya, sekaligus mampu membantu menyebarkan rahmat Islam ke seluruh alam. Model yang melahirkan manusia seperti ini tidak lain tidak bukan adalah sistem pendidikan Islam.

Inilah rahsia kejayaan umat terdahulu dalam membentuk peradaban dunia sebelum ia dijatuhkan oleh Laknatullah Mustapha Kamal di turki.

1 comment:

  1. betol!! sokong!! haish.. i had nothing so say bout our country, but hopefully, it will change in the future.. aminnn..

    ReplyDelete