Telefon, telefon berbunyi,
Telefon, kami datang,
Ada haiwan dalam bahaya,
Ada haiwan dalam bahaya,
Ada haiwan dalam bahaya di sana..
Sempena cuti panjang, bosan tak de keja apa nak buat, aku berkesempatan layan Wonder Pets di rumah.
Secara kasar aku bagi kartun Wonder Pets ini 5 dari 5 bintang. Jalan ceritanya mudah dan menarik. Kalau aku ada anak sendiri memang aku galakkan anak aku tengok Wonder Pets sebab pengajaran moral yang paling penting dalam Wonder Pets ialah:
"Apa yang penting? Kerjasama!" - Wonder Pets
Ya, itu bagus untuk anak-anak.
Salah satu cerita Wonder Pets yang aku tengok ialah mereka menyelamatkan seekor anak Triceratops gemuk yang tersepit di celah batu. Usaha menyelamat ini hampir menemui jalan buntu kerana anak Triceratops ini terlalu gemuk dan skuad Wonder Pets boleh pula terlupa nak bawa minyak pelincir.
Merumitkan lagi keadaan, ada seekor Pterosaur yang hinggap di atas sebiji batu yang terletak di atas bukit. Batu tersebut boleh tergolek jatuh dan menimpa skuad Wonder Pets dan anak Triceratops gemuk tadi. Celaka punya Pterosaur!
Namun, terima kasih pada kebijaksanaan skuad Wonder Pets dan semangat kerjasama mereka, anak Triceratops tadi berjaya juga diselamatkan dari tersepit di celah batu dengan menggunakan lumpur sebagai pelincir. Terima kasih Wonder Pets!
Macam aku cakap, kartun begini elok untuk anak-anak. Sebab ia mengajar anak-anak apa yang penting.
"Apa yang penting? Kerjasama!" - Wonder Pets
Cuma satu perkara saja aku tak puas hati. Bidaah apa itik, kura-kura dengan hamster boleh selamatkan Triceratops yang dah pupus berjuta tahun dulu?
Tahyul semua ni!
No comments:
Post a Comment